REZEKI AMBANG RAMADHAN

By | July 8, 2013

Salam Ceria,

Yeah…. kalau tak mahu cepat tua, mesti hepi-hepi kan diri, senyum selalu dan buat-buat macam tak ada masalah walaupun sebenarnya berkepuk masalah sedang berbaris minta diselesaikan ^_^

Haii, ceria semacam je Cik Kiah…. ada apa-apa ke niĀ ?

He he tak ada la ceria-cerianye, saya macam biasa saja. Tak ada apa yang extraordinary.

Sekadar mahu panjatkan rasa syukur kerana 4 hari lepas, masa berpanas atas ‘tangga ayam’ kerana bertugas sebagai hakim masa, kejohanan olahraga peringkat sekolah, saya terima satu lagi komisyen ( yang ke-3 ) hasil kerja -kerja promosi produk soya dan taufufah šŸ˜› dan beberapa hari sebelum tu ada CPUV baruĀ dari Mr Nuff yang masuk. Hari ni pula ada satu lagi CPUV singgah menjadikan semuanya 6 yang sedang running. Alhamdulillah …… mungkin agaknya inilah rezeki ambang Ramadhan .

HonestlyĀ , saya tak begitu suka dan tak mahu membiasakan diri mendedahkan tentang dapat komisyen itu dan ini melalui entri di blog walaupun jumlah yang dapat tu tak lepas pun nak beliĀ handbag BONIA.. hu hu hu. Ā Sangat bimbangĀ  kalau-kalau ia membuahkan rasa riak dalam diri sendiri disamping takutĀ disalahanggap sebagai blogger yang suka show off.

Berkongsi cerita dapat komisyen ini saya gagahi tulis sebagaiĀ bukti bahawa dengan blog, boleh buat duit jika kena caranya. Ā Dan jika telah berusaha dengan betul dan bersungguh-sungguh, insyaAllah akan ada hasilnya. Rezeki Allah kan ada di mana-mana.

Untuk kali seterusnya, saya tak berhasrat untuk kepoh-kepohkannya di dalam blog. Cukuplah setakat ini sahaja. Kalau saya lupa, tolong ingatkan ye.

Sebelum terjun ke dunia blogging, saya pernah sertai MLM, ada blogshop, macam-macam lagi secara online dan offline, tapi hasilnya mengecewakan. Sekarang terasa seperti serasi pula dengan kerja-kerja affiliates. Terasa seronok pula ..

Nak Belajar Tingkatkan Trafik Blog ?

Saya gunakan teknik menulis dari hati, jiwa raga dan semua yang seangkatan dengannya (kononnya hihiks ).Ā Untuk satu produk , mengikut saranan cikgu ini perlu ditulis 5Ā entriĀ . Dalam bentuk yang bagaimana, pandai-pandai lah sendiri memikirkannya. 2 teknik yang dipelajari secara curi-curi daripada hasil blogwalking di blog beliau. Alhamdulillah, ada antara produk yang entri nya ditulis baru 2 kali, sudah memberi hasil.

Jika rakan blogger memilih produk affiliate sebagai target utama menjana pendapatan di blog, bolehlah cuba 2 teknik di atas. Sebenarnya banyak lagi teknik-teknik atau rahsia lain yang selalu dikongsi oleh cikgu tadi. Jika rajin, cuba blogwalking ke blog beliau, terjah dan gali lah sebanyak mana termampu.

Baru-baru ini, kompilasi teknik beliau dalam menjadikan blog sebagai punca wang masuk telah dibukukan dalam satu panduan khusus. Just baca dan fahami betul-betul, then ikut setiap stepĀ yang diperkatakan. InsyaAllah, semua teknik ada di dalamnya. Senang gituuu…

Bukannya saya tak beri kalian terjah untuk cari satu demi satu …. Penat woo, nak gali semua yang ditulis oleh beliau dalam blog yang ditulis sejak 10 tahun dulu ! Fikir sendiri laa. Larat ke kalian …. ?

Ok lah, salam Ramadhan al-Mubarak ikhlas dari saya buat semua pembaca dan rakan blogger. Mudah-mudahan kita beroleh 1000 rahmat dariNya. Mudah-mudahan ini juga bukan Ramadhan terakhir buat kita.

Selamat berpuasa.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada šŸ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye šŸ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

16 thoughts on “REZEKI AMBANG RAMADHAN

  1. TehR

    tahniah2
    ilmu nak dapat memang kena gali sungguh2
    kalau sambil lewa, hasilnya juga sambil lewa je

    Reply
  2. suri

    cpuv ada mood dia adoi..tpi bolehlah layan sesekali masyuk mmg senyum depan laptor ar kawan šŸ™‚

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me