” Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani “

Salam Sejahtera semua

Malam ni  sementara mata masih separuh celik  ni hakak nak ambil kesempatan untuk share dengan korang semua tentang satu website yang baru-baru ni ada mengeluarkan tudung raya kanak-kanak yang murah tetapi  cantik.

Entri berkaitan tudung raya kanak-kanak yang murah tetapi cantik ni mungkin  tak laa sepanjang entri-entri yang lain sebab masuk ni dah nak dekat 10 kali dah menguap. Ngantuk lor !!

Siang tadi tak sempat nak update sebab sibuk menulis entri untuk web sekolah. Hakak kan admin web sekolah. Korang punnn … saja buat-buat tak faham pulak 😀

Ok,ok jom kembali kepada tajuk ..

Pengeluar tudung raya kanak-kanak yang murah tetapi cantik untuk pengetahuan anda ni , baru-baru  ni telah release 2 design tudung instant kanak-kanak terbaru khas untuk sambutan raya 2016 ni. Kalau tak silap namanya tudung instant  shawl Aina dan tudung instant shawl Sara 2 muka.

Tapi difahamkan  bahawa stok bagi setiap design yang dikeluarkan oleh mereka khabarnya sangat terhad disebabkan mereka tidak mahu berlakunya lambakan stok memandangkan sekarang ni banyak tudung kanak-kanak ada di pasaran.

Lagi pun mereka mungkin menjaga eksklusivisiti tudung-tudung keluaran syarikat mereka dengan sentiasa menghasilkan tudung edisi terhad yang pastinya berkualiti tinggi. Nama pun pengeluar tudung kanak-kanak nombor 1 di Malaysia kan. Haa eksklusif kau.

Saya dapati tudung kanak-kanak keluaran syarikat ini termasuk lah tudung raya kanak-kanak yang murah tetapi cantik ni mendapat sambutan hangat daripada kaum ibu yang sangat mengambil berat akan pemakaian tudung anak-anak perempuan mereka  semenjak dari kecil lagi.

Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti penggunaan material yang berkualiti, selesa dan sedap dipakai, tak panas , design atau coraknya yang cantik dan of course lah sebab harganya yang sangat murah. Selalu, siap ada diskaun lagi. Ibu mana yang tak suka kan .. Memang confirm murah sangat lah kalau nak dibandingkan dengan tudung kanak-kanak yang biasa anda lihat di pasaran.

sara 2 muka

Ok cuba tengok design terbaru tudung kanak-kanak oleh TSC ni. Serius cantik kan ?!

shawl aina

Percaya atau tak, ramai kaum ibu yang  sudah membuat persediaan awal dari segi pembelian baju raya  anak-anak dan si suami untuk menyambut hari raya puasa tahun ni .

Ini terlihat sendiri pada ramai kawan  sekerja saya yang awal-awal lagi membeli dan membuat tempahan baju kurung dan baju Melayu untuk keluarga masing –masing atas beberapa sebab seperti untuk mengelakkan kesesakan bershopping pada saat akhir dan dapat merancang perbelanjaan menyambut hari raya dengan lebih terkawal.

Persediaan awal dalam bab-bab baju raya ni tak terkecuali melibatkan pembelian  tudung raya untuk anak-anak perempuan juga. Al maklum sajalah , anak-anak perempuan walau pun masih kecil lagi tapi bab melawa ni memang depa pun tak kalah huhuhu.

Pembelian tudung tak kira untuk si anak mahu pun si ibu selalunya bertema sama macam baju rayanya juga. Tak percaya , jengah lah sekejap kedai online tudung kanak-kanak ni dan lihat bagaimana mereka juga ada menghasilkan tudung anak dan ibu yang sedondon ..

Tudung ibu dan anak yang sedondon dan bertema …

Sebagai pengeluar tudung, mereka tahu apa cita rasa ibu dan anak !

Wahh, bombastik betul ayat hakak bab promosi mempromosi gitu. Ha ha ha ..

Ok, anda juga boleh subscribe newsletter dorang jika mahu dapat harga lebih istimewa ya. Tak susah mana pun nak subscribe. Just masukkan nama dan alamat email anda jer. Kelebihan subscribe atau melanggan surat berita mereka ni ialah apabila keluarnya design baru, maka anda akan dapat makluman lebih awal. Jadi tak perlu susah-susah hati bimbang tak sempat nak tempah tudung kanak-kanak design yang terbaru ye.

Ok dah.Konon entri ringkas … Ringkas sangat la kononnya ni weih 😀

Happy viewing.