Tudung Meedina Tudung Kanak-kanak Yang Simple Lagi Selesa

By | May 21, 2017

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tudung Meedina Tudung Kanak-kanak Yang Simple Lagi Selesa . Hehe … tak habis-habis lagi dengan cerita tudung kanak-kanak. Yelah, dah memang tugas saya sebagai Wakil Jualan Sah merangkap Krew Khidmat Pelanggan TudungSiComel, tentulah perlu mempromosikan produk terbaik keluaran Muslim sendiri ye dak ..  😀

At least bila orang beli, dapat juga sedikit sebanyak pahala kerana menggalakkan orang ke arah kebaikan In Sha Allah, tak gitu kan ..

Nampaknya tak syak lagi yang cik akak sorang ni nak kongsi cerita tentang tudung kanak-kanak yang simple lagi selesa untuk dipakai. Apa lagi kalau bukan Tudung Meedina yang jadi pilihan ramai ibu untuk anak gadis cilik mereka. Nah, kalau design simple yang jadi idaman untuk anak-beranak balik kampung beraya dengan keluarga, mungkin inilah pilihan paling sesuai.

Baiklah, berbalik kepada pengalaman saya menguruskan pembelian tudung kanak-kanak tak kira lah sama ada tudung sekolah atau tudung kasual. Macam-macam cerita kerenah atau permintaan yang saya terima daripada pembeli yang rata-ratanya adalah kaum ibu walau pun sekali sekala ada tersesat juga kaum bapa sebagai pelanggannya ( memang sah bapa mithali nih 🙂 ).

Walaupun terkadang penat, saya layankan saja sebab bagi kami seller online  ni, pelanggan adalah raja segalanya.

Ada kaum ibu yang mahukan tudung dengan gaya terkini. Mungkin kerana mereka sendiri seorang yang suka bergaya dan sering mengikuti perkembangan fesyen muslimah  dan secara tak langsung anak-anak gadis mereka pun cenderung memakai tudung fesyen terkini. Tapi ada juga sesetengah ibu yang bertanyakan tentang tudung dengan design yang lebih simple dan tak sarat dengan hiasan. Alasannya supaya anak lebih mudah dan selesa memakainya biar pun untuk tempoh yang panjang dan tak kelihatan terlalu ‘serabut’ , sesuai mengikut umur anak yang masih terlalu muda.

Sebenarnya lain orang, lain cita rasanya. Tak kiralah mahu tudung yang stylish atau tudung yang simple, yang penting sekali adalah kesedaran mendidik anak-anak menutup aurat bermula sejak anak-anak ini kecil lagi. Dan apabila berhadapan dengan permintaan ibu terhadap tudung yang ringkas, saya cadangkan saja Tudung Meedina.

Tudung Meedina tudung kanak-kanak yang simple lagi selesa, hiasannya ringkas dan harganya juga sangat mampu milik.

Ok, mungkin ada ibu-ibu yang mahukan penjelasan yang lebih tentang Tudung Meedina ni. Ada berapa warna, awning lembut ke keras, buat daripada kain apa … macam-macam persoalan lagilah sebelum buat keputusan membeli.

So bagi memuaskan hati meh sini hakak ceritakan serba sedikit maklumat berkenaan Tudung Meedina ye.

Kita ringkaskan saja kepada bentuk point penting ye… supaya tak lah boring sangat membacanya nanti 🙂

  • Dijahit menggunakan kain jenis Cotton Prada yang original. Kain jenis ini selesa dipakai kerana ia lembut dan sejuk.
  • Dihias dengan corak bunga kecil beserta reben yang ringkas tetapi ceria
  • Awning lembut, mudah dibentuk dan terletak kemas
  • Terdapat 5 pilihan warna menarik ( rujuk katalog )
  • Ringkas dan mudah dipakai,, hanya sarungkan sahaja
  • Terdapat dalam 2 saiz sahaja iaitu saiz SS dan S
  • Sesuai untuk kanak-kanak comel berusia dalam lingkungan 4 bulan -9 tahun
  • Saiz SS dicadangkan untuk kanak-kanak berumur 4-7 tahun
  • Saiz S sesuai untuk kanak-kanak  berumur 7-9 tahun
  • Harga jualan RM29.00 ( tidak termasuk kos pos ) untuk semua saiz
  • Kos pos /postage hanya RM6 sahaja untuk 4 helai pertama bagi Semenanjung , manakala RM 8.60 sahaja bagi  Sabah & Sarawak
  • Jaminan pemulangan sehingga 180 hari andai kata tidak berpuas hati.

Diharapkan dengan penjelasan di atas, dapatlah membantu puan-puan para ibu untuk membuat keputusan ye..

Oh ye, dalam edah 4 hari lagi nak masuk Ramadhan ni, jika ibu-ibu berminat hendak mendapatkan tudung ini atau pun Instant  Shawl Kupu-kupu , Teja dan sebagainya .. buatlah pembelian lebih awal. Usah tunggu seminggu hendak raya baru hendak order. Dikhuatiri abang posmen pun nak cuti raya, terlalu sibuk dan tak sempat nak hantar ye. Alamatnya 3 minggu lepas raya  , baru boleh dapat kot. Haaa, jangan cakap hakak tak payung tauuuu  😀 😀

Sebelum entri Tudung Meedina tudung kanak-kanak yang simple lagi selesa ni menemui noktahnya, suka juga saya nak maklumkan yang puan-puan ada peluang untuk dapatkan harga diskaun penghantaran percuma  jika membuat tempahan sekarang. Nak tau caranya tak ?

Ok, puan-puan boleh layari web rasmi TSC. Perhatikan pada tab sebelah kanan atas, ada tertulis ‘RAKAN ISTIMEWA’. Klik pada tab tersebut dan akan keluarlah paparan seperti di bawah ini. Isikan maklumat ringkas yang diminta. Lepas tu submit / hantar. Mudah je, tak sampai seminit pun.

In Sha Allah apabila puan-puan,mak-mak berdaftar sebagai RAKAN ISTIMEWA, makanya puan-puan layak mendapatkan penghantaran percuma untuk belian tudung si comel. Best kan !!

Baik, jika Tudung Meedina   hanya cantik untuk adik tapi tak sesuai untuk si kakak , mungkin puan-puan boleh dapatkan Shawl Teja. Design Teja ini lebih sesuai untuk anak gadis yang lebih besar iaitu dalam lingkungan 11-13 tahun. Apabila gadis sunti pakai Shawl Teja, nampak lebih ayu dan sedikit matang gitu…

Cumanya, perincian Teja tak dapat saya sertakan di sini buat kali ini. Perlu satu entri khas pula untuk Shawl Teja supaya taklah jadi panjang berjela sangat entri kali ini. Mungkin pada lain entri ya puan-puan …

Ok, terima kasih ye kerana sudi singgah dan membaca entri pada kali ini. Moga bermanfaat dan dapat membantu 🙂 dan jangan lupa jengah-jengahlah katalog TSC selalu apalagi menjelang Ramadhan kerana khabarnya akan keluaran batch baru tudung kanak-kanak yang pasti lebih menawan dan mungkin dihasilkan sedondon dengan tudung ibu.

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

One thought on “Tudung Meedina Tudung Kanak-kanak Yang Simple Lagi Selesa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me