Tudung kanak-kanak
Terkenal Di Langit – Kongsi Macam2 Cerita

Terkenal Di Langit

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sungguh, seperti Khairul Hakimin Muhammad saya benar-benar ingin terkenal di langit.

DOA IBU

Petang semalam, saya dan dua orang kakak di pejabat bersembang mengenai pemergian ibu salah seorang rakan sekerja kami.

Kedua-dua kakak ini juga telah kehilangan ibu mereka.

Kakak 1 :

Yang akak tak boleh lupa di dapur,

‘Mak, kat mana kicap?’

Tak menyahut. Baru teringat emak dah tak ada. Ini berlarutan hingga hari ini. Allah…

Kakak 2 :

Setiap kali balik, pasti akak akan buatkan kopi untuk emak. Tapi bila emak dah tak ada, akak sendiri pun dah tak minum. Rindu sangat pada emak.

Saya mendengar perbualan mereka dengan teliti. Mata mereka berkaca.

Mereka dahulunya berkongsi dapur, berkongsi ruang hati, malah sentiasa berkongsi segala masalah. Kini terhapus satu doa yang mudah dimakbulkan Allah.

Doa ibu.

Saya dan kalian masih ada emak. Dan saya sangat takut kehilangan anugerah yang sangat-sangat bernilai ini.

Kalian, ibu yang jauh ditelefonlah.

Ibu yang dekat disantunilah,

 

Diskaun 60% di Book Cafe

Ya, pembaca yang budiman. Doa Ibu ini adalah salah satu daripada catatan Abu Ain dalam Terkenal Di Langit. Ringkas dan bersahaja tapi 4 kali  Terkenal Di Langit diulang baca, 4 kali jugalah hati terasa dijentik-jentik. Sebak !

Sayalah antara jutaan anak di dunia yang culas dalam menghargai satu-satunya wanita mulia yang telah melahirkan dan bekerja keras membesarkan. Kesibukan kerja menutup mata hati bahawa emak ingin disapa, walau untuk beberapa minit sahaja sehari sebenarnya sudah memadai. Allah hu akbar…

Moga peluang yang masih bersisa ini dapat saya gunakan untuk berbakti kepada emak ..

Saya ingin jadi terkenal di langit seperti Abu Ain. Mudah-mudahan ..

Pembaca sekalian, jadikan Terkenal Di Langit seperti jam loceng yang mampu membangkitkan kita dari tidur dan ‘mimpi’ yang panjang.

p/s : Terkenal di Langit adalah buah tangan Khairul Hakimin Muhammad yang berbaloi untuk dimiliki. Boleh dibeli di Kedai Buku Bookcafe jika masih ada stok. Atau tanyakan terus dari penulisnya di kuahkari.com

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

1 Comment on "Terkenal Di Langit"

  1. saya tak perlu la nak terkenal dilangit..

    apa yang penting saya memberi manfaat kepada orang lain..

    tolong doakan kepada saya…

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me