Peluang Usaha Niaga Bersama Usahawan.Com

By | October 27, 2015

Salam ukhwah buat semua,

Sharing kali ini mengenai peluang usaha niaga bersama Usahawan.Com, amat saya harapkan dapat membuka jalan penyelesaian kepada sesiapa saja di luar sana yang berhasrat memulakan perniagaan namun kurang pasti bidang apa yang sesuai serta mempunyai potensi besar di pasaran semasa.

Jika ditanya, rata-rata daripada kita pasti akan bersetuju bahawa cabaran membangunkan ekonomi keluarga hari ini bukan lagi satu hal yang mudah. Dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, pelaksanaan GST, kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian yang berterusan, kejatuhan nilai ringgit dan terbaru kenaikan kadar tol di 12 lebuhraya utama negara, sesungguhnya ia pasti menjejaskan corak perbelanjaan sedia ada.

Terasa benar perbezaannya bukan ?!

Sebagai pengguna, bagaimanakah anda bertindak untuk menangani beban kewangan sebegini ? Adakah anda berusaha mencari pendapatan sampingan dengan melakukan kerja sambilan atau terjun ke dunia perniagaan ?

Jika berniaga menjadi pilihan anda, anda jelas berada di laluan yang betul. Ini kerana dalam Islam sendiri ada menyebut bahawa daripada 10 punca rezeki, 9 daripadanya datang daripada perniagaan.

Namun untuk memulakan sesuatu perniagaan, beberapa faktor seperti modal, jenis perniagaan , pembekal, lokasi atau tapak perniagaan serta strategi pemasaran amat perlu diambil kira. Ini bagi memastikan kejayaan anda dalam bisnes yang anda jalankan.

Di sinilah bagaimana peluang usaha niaga bersama Usahawan.Com boleh membantu anda memulakan perniagaan dan memilih jenis perniagaan yang sesuai dengan modal, minat serta latar belakang anda.

Lebih menarik lagi Usahawan.Com adalah merupakan pembekal kepada beberapa jenis mesin runcitan penghasilan produk selain berkeupayaan membantu memberi khidmat nasihat serta latihan menggunakan kepakaran mereka.

Pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Usahawan.Com pula sesuai untuk diniagakan secara part-time atau full-time samada di rumah, kedai, kiosk, karnival, ekspo, pejabat, sekolah, kolej, universiti mahupun secara online bergantung pada jenis perniagaan yang dipilih.

Siapakah Usahawan.Com ?

Pejabat Urusan Usahawan.Com @ Evora Marketing

Pejabat Urusan Usahawan.Com @ Evora Marketing

  • Usahawan.Com Sdn Bhd, dahulunya lebih dikenali sebagai Evora Marketing adalah merupakan sebuah syarikat 100 % milik Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2005.
  • Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dengan nombor pendaftaran SSM 1020223-D
  • Menyediakan peluang perniagaan berasaskan makanan dan percetakan terutama kepada peniaga kecil dan sederhana sebagai kumpulan sasaran utama sesuai dengan motto mereka iaitu “Mencipta Peluang Perniagaan Baru untuk Peniaga Kecil dan Sederhana”.
  • Menawarkan 3 pakej perniagaan utama meliputi bisnes percetakan, bisnes food and beverages ( makanan & minuman ) dan bisnes mesin runcitan ( vending machine ).
  • Kesemua produk di Usahawan.Com diperolehi secara langsung daripada kilang, pengeluar dan pengimport. Mereka juga memiliki kilang pengeluaran produk berasaskan makanan yang telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM.

Pakej Bisnes Food and Beverages

Di antara 3 pakej utama yang ditawarkan, pakej ini adalah pakej yang amat menarik perhatian saya kerana pada pandangan saya sendiri bisnes berkaitan makanan adalah bisnes paling berpotensi yang tidak akan mati selagi mana adanya kehidupan di muka bumi ini. Ia juga lebih berdaya maju dan mengambil masa yang cepat untuk berkembang jika kena caranya.

Pakej Bisnes Food And Baverages menawarkan kepada anda 7 jenis perniagaan makanan iaitu :

  1. Pakej Bisnes Crepes
  2. Pakej Bisnes Kentang Spring
  3. Pakej Bisnes Popcorn
  4. Pakej Bisnes Soft Ice Cream
  5. Pakej Bisnes Bubble Waffle
  6. Pakej Bisnes Classic Waffle
  7. Pakej Bisnes Waffle Stick

Ketujuh-tujuh jenis pakej bisnes di atas adalah pakej perniagaan popular masa kini yang pastinya biasa anda lihat di mana-mana.

Pakej soft ice cream contohnya , adalah salah satu pakej perniagaan makanan dan minuman ( food and beverages ) yang menarik serta mempunyai potensi besar untuk membantu anda menjana keuntungan dengan begitu cepat dan mudah.

Klik pada imej untuk dapatkan sebut harga dan spesifikasi mesin

Klik pada imej untuk dapatkan sebut harga dan spesifikasi mesin

Mesin aiskrim yang dijual melalui pakej ini boleh membuka peluang perniagaan dan membolehkan anda membuat eksperimen untuk pelbagai resepi baru dan manisan yang menarik.

Mesin membuat aiskrim ini bukan hanya sesuai untuk menyediakan aiskrim kon sahaja, bahkan banyak lagi sajian sejuk beku lain yang boleh dihasilkan seperti sorbet, yogurt dan waffle aiskrim.

Menjual ais krim juga tidak sesukar mana kerana terdapat banyak lokasi sesuai untuk dijadikan tapak jualan seperti di pesta-pesta atau karnival , berhampiran sekolah , kawasan rekreasi , taman permainan mahu pun majlis kenduri kahwin. Sekadar menyebut beberapa contoh.

Begitu juga halnya dengan pakej bubble waffle atau bisnes crepes yang boleh dipadankan dengan pakej soft ice cream bagi melengkapkan lagi jualan anda.

Klik pada imej unuk maklumat harga dan spesifikasi mesin

Klik pada imej unuk maklumat harga dan spesifikasi mesin

crepes-elektrik2

Jika anda perasan, kiosk jualan gandingan  pakej ini lazimnya sering saja kita lihat wujud hampir di kebanyakan pasar raya kecil mahu pun besar. Malah saya percaya, anda sendiri mungkin pernah membeli dan gemar menikmatinya.

Bagaimana pula jika anda kurang berminat dengan perniagaan makanan ?

Jangan bimbang kerana mungkin bisnes printing ( percetakan ) lebih sesuai dengan anda.

Pakej Bisnes Printing ( Percetakan )

Bisnes printing juga adalah salah satu bisnes yang berkembang pesat pada hari ini. Pakej bisnes printing oleh Usahawan.Com menawarkan kepada anda 9 jenis perniagaan printing iaitu :

Klik pada imej untuk maklumat harga dan spesifikasi mesin

Klik pada imej untuk maklumat harga dan spesifikasi mesin

  1. Pakej Perniagaan Button Badge
  2. Pakej Perniagaan Cenderahati
  3. Pakej Perniagaan Cetak Mug
  4. Pakej Perniagaan Cetak T-Shirt
  5. Pakej Perniagaan Flash Stamp
  6. Pakej Perniagaan Instant Business card
  7. Pakej Perniagaan PVC ID Card
  8. Pakej Perniagaan Sticker
  9. Pakej Perniagaan T-Shirt & Cenderahati

9 jenis pakej perniagaan printing ini mempunyai masa depan yang cerah memandangkan pada masa kini terdapat ribuan syarikat di luar sana yang sentiasa memerlukan khidmat mencetak kad perniagaan, flyers, leaflet, bunting, banner dan sebagainya. Keuntungan syarikat-syarikat percetakan ini ada yang mencecah jutaan ringgit setiap tahun.

Bagi melihat keterangan yang lebih menyeluruh tentang mana-mana pakej perniagaan yang ditawarkan, kelebihan setiap pakej serta mendapatkan sebut harga bagi setiap unit peralatan berkenaan anda bolehlah layari laman rasmi mereka di Usahawan.Com.

Anda juga boleh datang terus ke pejabat jualan mereka yang terletak di :

Pejabat Urusan Seremban
No 7-G, Jalan Coco Drive 3,
Taman Bandar Senawang,
70450 Seremban, Negeri Sembilan

Hotline: 1-300-888-114
H/P: 013-6063393

Peta lokasi pejabat Usahawan.Com

Peta lokasi pejabat Usahawan.Com

Atau di cawangan-cawangan berikut :

Cawangan Shah Alam
No 8-48 G, Blok 8, Ground Floor,
Jalan Pahat H, 15/H Dataran Otomobil,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-55235089
H/P: 012-2414471

Cawangan Johor Bahru
No 41-01, Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti, 81300 Skudai,
Johor

Tel: 07-5204034
H/P: 012-6738994

Cawangan Seberang Jaya
No 6, Jalan Todak 5,
Pusat Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Tel : 04 – 3838291
H/P : 019-6714844

Memilih untuk bekerjasama dengan Usahawan.Com yang menjadi pembekal mesin dan alatan produk adalah satu langkah yang cukup bijak terutama jika anda ingin meminimumkan kos permulaan perniagaan anda . Ini kerana mereka tidak menawarkan sistem francais seperti mana syarikat-syarikat lain  yang memerlukan kos tinggi untuk kos yuran, royalti bulanan dan sebagainya.

Demikian perkongsian serba ringkas berkenaan peluang usaha niaga bersama Usahawan.Com. Pakej perniagaan yang ditawarkan kepada anda ini berpotensi untuk dijalankan sama ada secara online atau pun offline bergantung kepada kemahuan dan kreativiti anda sendiri.

Bimbang akan berdepan dengan pelbagai masalah apabila memilih salah satu daripada pakej yang mereka tawarkan ?

Usah berasa risau kerana mereka di Usahawan.Com adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang yang ditawarkan. Khidmat selepas jualan ( after sales services ) mereka adalah sangat baik. Terdapat banyak seminar atau bengkel latihan yang sering dianjurkan dari masa ke semasa bagi membantu anda sehingga berjaya.

Dengan perkongsian ini diharapkan akan membuka jalan kepada mana-mana bakal usahawan yang sedang mencari laluan untuk memiliki perniagaan sendiri.

Secara peribadinya, jika anda ingin keluar dari belenggu hutang dan perbelanjaan yang acap kali melebihi pendapatan, usahlah bertangguh lagi.  Insya-Allah di sinilah langkah permulaan untuk anda mencapai kebebasan kewangan.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

14 thoughts on “Peluang Usaha Niaga Bersama Usahawan.Com

  1. akubiomed

    Macam-macam peluang perniagaan yang ditawarkan. Boleh jana pendapatan tambahan memandangkan kos sara hidup semakin meningkat.

    Reply
  2. kerja sendiri

    Satu perkongsian yang baik. Ada ramai lagi kat luar sana yang perlukan info dalam artikel ni sebab tak tahu macam mana nak mulakan bisnes sendiri.

    Reply
  3. Hero Borneo

    peluang perniagaan begini memmudahkan usaha untuk ke dunia perniagaan yang lebih besar..

    saya perlukan sedikit masa lagi untuk menceburi bidang secara sepenuh masa..

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Ya HB, ada banyak peluang sebegini di luar sana yang kita tak tahu kerana mungkin kurang pendedahan daripada pihak ketiga sendiri

      Reply
    1. SisHaza Post author

      Ya, merka bukan sahaja menulis berkaitan tips bisnes dan mengendalikan bengkel berkaitan tapi juga merupakan vendor mesin runcitan menjurus ke arah bisnes makanan dan printing

      Reply
  4. ahmadyani

    Bukan setakat jual mesin. Tapi tawarkan juga cara pengoperasiannya. Selepas ini kedai yang jual hanya mesin kemudian..pandai-pandailah sendiri pasti akan lingkup.

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Maaf lambat reply … Sdra Shah boleh berhubung terus dengan Usahawan.Com. Ada saya sertakan no contact di dalam entri di atas ..harap maklum ye 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me