” Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ”

Panduan bisnes air balang bulan Ramadhan ini adalah entri khas kepada bakal para peniaga air balang yang berhasrat menambah pendapatan sampingan sepanjang bulan Ramadhan kali ini.

Memandangkan bulan Ramadhan sudah semakin hampir, saya percaya ramai yang menyimpan hasrat untuk mencari pendapatan sampingan dengan berniaga lauk-pauk, kuih-muih dan juga air minuman

selain daripada pakaian raya dan sebagainya.

Maha Suci Allah yang menganugerahkan bukan saja bulan yang penuh dengan rahmat dan kemuliaan, malah membuka pintu-pintu rezeki lebih daripada kebiasaan kepada umat Nabi SAW.

3 minggu lepas, sebelum hujan mulai turun di Perlis ni, cuaca sangat-sangat panas.Kering kontang dan berdebu . Hangat lit-lit kata orang Utara. Bagaikan satu rahmat pula apabila tumbuh dengan banyaknya gerai menjual air kelapa, air tebu , air soya dan aneka jenis air balang di sekitar tempat tinggal saya. Satu senario yang saya lihat sangat ketara bagai memberikan satu petunjuk di mana di sebalik setiap musibah akan ada hikmahnya yang tersendiri. Dan keputusan membuka gerai menjual air balang oleh peniaga-peniaga baru ini nampaknya tepat sekali kerana kelihatannya sangat mendapat sambutan.

Itu cerita ketika musim panas.

2 hari lepas, sebaik selamat memasuki Kelantan menuju sempadan negeri Terengganu, saya sempat lihat berdirinya beberapa buah gerai dengan tulisan “Air Kocak” dan “Air Goncang”. Perkataan berbeza namun bermaksud sama. Bererti,bisnes kecil-kecilan menjual minuman seperti bisnes air balang ini pun ada masa depan. Jika diusahakan dengan betul boleh mencapai keuntungan sehingga RM7000 sebulan. Wah, RM7000 sebulan tu. Lebatttt !!

Sumber : Google Images

Itu yang diperkatakan oleh Encik Mizan bin Sulaiman, seorang peniaga minuman yang mula berniaga air minuman di bazar Ramadhan sejak tahun 2008 lagi. Haaa, bukan hakak yang memandai ye cakap RM7000 sebulan tu 😀

Beliau dalam ebook Panduan Bisnes Air Balang Bulan Ramadhan ada menceritakan bagaimana langkah mula beliau menjalankan bisnes air balang sehingga berjaya memperoleh sehingga RM7000 sebulan. Rm7000 sebulan kalau anda nak tahu, jauh melebihi gaji seorang kakitangan awam macam saya ni ye 🙂

Kos rendah & untung lebih 1000% itu kata beliau. Saya petik sedikit beberapa baris ayat yang beliau perkatakan dalam ebook Panduan Bisnes Air Balang Bulan Ramadhan.

Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000. (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Sebagai contoh… Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00… Bermakna anda sudah memperolehi RM120… Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Begitu juga dengan air-air yang lain…. Kadar keuntungan kasar bisnes air ini… selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Banyak lagi rahsia atau tips berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang beliau kongsikan secara lebih terperinci bagaimana mendapatkan keuntungan lumayan dan memastikan bisnes air balang ini dapat anda jalankan secara santai dan laku dengan mudah.

Semua tips ini ada beliau kongsikan di dalam buku maya atau ebook Panduan Bisnes Air Balang . Tinggal untuk anda baca dan amalkan sahaja ya.

Mungkin ramai yang mencari maklumat berkenaan Panduan Bisnes Air Balang Bulan Ramadhan ini tertanya-tanya, istimewa dan bagus sangatkah ebook panduan bisnes air balang ni ? Sejauh mana ia dapat membantu anda memulakan bisnes ini dengan lebih jimat ?

Ok, apa kata sama-sama kita lihat apa keistimewaan ebook panduan bisnes air balang ni. Dan yang paling penting bagaimana ebook ini dapat menjadi ‘GURU’ kepada anda yang benar-benar serius untuk memulakan bisnes air balang.

Ebook bisnes air balang ini mengandungi 60 halaman lengkap tentang strategi memulakan bisnes air, teknik pemasaran terbaik untuk memastikan air balang dapat dijual habis setiap hari,resepi terperinci air balang paling laris, pengurusan operasi berniaga air di bazar Ramadhan, pasar malam, tapak-tapak karnival dan sebagainya lagi.

Dibahagikan kepada 7 bab berasingan yang mengupas tentang:

  • cara bagaimana memohon lesen dan tapak berniaga air balang
  • cara memilih lokasi atau bazar untuk berniaga air balang
  • cara mendapatkan peralatan dan kelengkapan bisnes air balang serta pembekal dengan harga paling murah
  • cara persediaan dan pengurusan masa berniaga
  • 8 resepi jus buah paling laris
  • cara rahsia menyediakan jus paling laris
  • case study bagaimana tips menjana RM7000 sebulan hanya dengan menjual air balang
  • Jika dilihat sepintas lalu, banyak ilmu yang diperturunkan melalui ebook ini yang sangat berguna untuk memastikan anda dapat menjalankan bisnes air balang ini dengan jayanya. Andai kata mengharapkan temu bual semata-mata dengan peniaga air balang lain yang lebih senior dalam bidang ini pun, belum tentu anda dapat mengorek rahsia mereka sepenuhnya,betul tak ? Ye laa, siapa yang senang-senang nak beri tips itu ini terutama kepada pesaingnya sendiri kan. Realiti hari ini tu .. 😐

    Berniaga Air Balang Secara Sambilan Selepas Waktu Kerja

    Ini lah yang sedang dilakukan oleh salah seorang rakan kepada adik saya.Beliau merupakan seorang kakitangan awam yang bekerja di pejabat. Pada hujung minggu dan selepas waktu kerja, beliau berniaga air tebu di hadapan sebuah masjid. Baru lebih sebulan sahaja memulakan operasi, tapi saya lihat sambutannya hebat. Sentiasa habis terjual. Strategi jangka panjang beliau, adalah menjadikan tapak berniaga air tebu tu sebagai tapak berniaga air balang dan kuih-muih seterusnya pada bulan Ramadhan yang akan tiba tak berapa hari saja lagi ni. Memang bijak !

    Berapa pendapatannya tak pernah pula saya tanyakan. Tapi jika dilihat perjalanan gerainya yang sentiasa buka je sepanjang sebulan lebih dah di situ, boleh agak sendiri kan untung atau tidak bisnes air balangnya tu.

    8 Comments

    1. wah, musti banyak yang tergiur dengan bisnes di bulan ramadhan ni. Julan tudung pun menjadi way terbaik lah good sharing tuan….

      1. Author

        ya, bisnes air satu daripada cabang pendapatan lumayan terutama pada bulan Puasa ni..untung bagi yang berani rebut peluang ni

    2. boleh segera cari bazar ramadhan location untuk jualan ni…

    3. dah pernah buat dulu.

      memang untung.

      cuma penat tu, toksah main la.

      lagi-lagi bila dapat port panas baik punya.

    Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *