Mungkin masih ramai yang tak sedar akan banyaknya kelebihan beli buku secara online di BookCafe.

Just my personal thoughts. Mungkin lain orang lain pula pendapatnya ..Terpulang kepada pandangan masing-masing lah kan.

Apa yang tercoret di sini berdasarkan pengalaman sendiri sebagai seorang pengguna.

Yup, betul. Memang hobi saya merayap kat kedai buku .Pantang bila keluar window shopping dengan family, lokasi wajib singgah pastilah kedai buku. Terkadang tak ada target pun nak beli apa-apa, tapi tetap juga nak kena singgah . Maybe beli pen,beli kertas, file etc. Mungkin sebab saya cikgu kot ehehe. Kalau tak singgah rasa macam tak lengkap pulak hidup. Fuhh, melampau betul statement ek 😀

Bagi saya memang ada banyak kelebihan beli buku online di BookCafe, terutamanya.

Pertama, tak perlu nak bergerak dari satu rak ke satu rak dan berdiri lama-lama nak membelek buku mana yang berkenan di hati dan sesuai dengan keperluan pada waktu itu. Kalau beli di BookCafe, boleh pilih dengan selesa sambil dok kat sofa dan layan tv drama Korea hehehe.

Tak ada had masa atau waktu buka atau tutup. Terasa nak beli, jam 3 pagi pun boleh beli. For sure dengan aman dan damai. Tak ada gangguan dari salesgirl yang sibuk menyusun dan memasukkan buku di rak.

Yang penting sekali jimat masa, jimat tenaga , jimat minyak dan jimat duit. Ini kelebihan yang paling utama sekali.

Bayangkanlah kalau kita tinggal di sebuah lokasi yang jauh dari kedai buku, perjalanan sudah pasti menggunakan kenderaan yang kalau nak bergerak mesti nak pakai minyak. Dah lah harga minyak bukannya macam zaman dulu-dulu lagi kan. Dah hampir 40 minit atau sejam perjalanan, sampai-sampai kat kedai buku, buku yang dikehendaki pula tak ada atau habis. Hishhh… mau berangin juga satu badan kan. Penat je yang dapat separuh hari tu.

Lebih jimat jika beli secara online sebab kurang kemungkinan untuk ‘terbabas’ membeli buku-buku yang tak perlu atau kurang penting. Berbeza jika berkunjung ke kedai fizikal, kadang-kadang rambang mata dibuatnya. Apa lagi jika membawa anak-anak bersama. Budak-budak namanya pun, ada je yang mereka inginkan. Kalau tak dipenuhi, kat situ juga mereka buat hal. Malu punya pasal, beli lah juga walaupun dah berdozen buku komik atau buku mewarna ada kat rumah. Kan dah lari budget tu.

Berbeza jika membeli secara online, kita just betul-betul pilih apa yang dikehendaki sahaja. So secara tak langsung, budget masih tetap dalam kawalan.

Tak perlu gundah atau susah hati kalau-kalau buku yang dicari tu tak ada memandangkan terdapat lebih daripada 2000 judul buku yang dijual di kedai buku online ini. Mustahil celah-celah 2000 tu tak ada buku yang kita nak hoho.

Salah satu kelebihan beli buku secara online di BookCafe ni juga adalah peluang untuk mendapatkan buku pada harga lebih rendah kerana mereka sangat kerap mengadakan promosi buku dengan potongan harga yang menarik. Contohnya macam jualan Kombo BookCafe kat bawah ni 🙂

Kombo BookCafe Siri Motivasi penyuntik semangat … tawaran had masa terhad !!

Macam sekarang ni tengah ada offer sale gila-gila sampaikan 60% potongan harga bagi beberapa jenis atau kategori buku. Novel dan buku pada harga tawaran RM5.00 senaskah pun ada. RM 5.00 ?? Hmm… biar betul. Contohnya seperti buku Travelog Ramadan Al-Mubarak, Qasidah Untuk Kekasih, novel remaja Gadis Blink Blink, Lukisan Hati dan macam-macam lagilah yang lebih baik anda tengok sendiri lah.

Bukan itu saja, kadang-kala siap dapat hadiah percuma lagi. Wow, siapa yang tak nak benda-benda free ni kan…
Pendek kata, banyaklah kelebihan beli buku secara online di BookCafe ni berbanding membeli buku di kedai buku fizikal yang lain.

Best nye kan,kan,kan …

Namun, perlu diingatkan ye jika nak menikmati potongan harga menarik untuk mana-mana buku yang ingin dibeli serta keistimewaan lain, anda perlulah  daftar dahulu akaun anda dengan BookCafe. Bukannya apa, ini adalah prosedur biasa atau cara urusniaga BookCafe yang sebenarnya nak memudahkan depa punya customer in case ada apa-apa masalah buku tak sampai ke apa. Sooo far, servis mereka sangat cekap dan efisyen so tak perlu lah nak risau hal-hal macam tu ek.

Proses nak daftar pun bukannya susah, tak sampai 10 saat dah siap. Zuppppp  laju ko 😀  Haha, dan jangan bimbang tak ada sebarang caj atau bayaran untuk anda mendaftar ye. 200% dijamin tak ada ok.

Selepas je  mendaftar, bila-bila masa saja terasa nak beli buku, login lah ke akaun anda bagi melayakkan anda akses ke ruangan ahli dan menikmati potongan harga serta keistimewaan lain sebagai ahli BookCafe.

Jom pakat-pakat jadi ulat buku uolls 🙂