Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam sejahtera semua

Tudung kanak-kanak instant shawl Farah Ainn koleksi baru  dari TSC atau nama penuhnya Tudung Si Comel kini sudah pun bersedia menemui anda di pasaran.

Nah, kepada para ibu yang sedang berusaha mendidik anak-anak perempuan untuk belajar menutup aurat dari kecil, inilah pilihan tudung yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan.

Instant shawl Farah Ainn koleksi baru dari TSC a.k.a Tudung Si Comel ini adalah pilihan terbaik para ibu untuk anak-anak perempuan kerana tudung ini bukan sekadar direka mengikut perkembangan fesyen semasa, malah yang lebih penting lagi kainnya selesa dipakai dan harganya sangatlah berpatutan iaitu RM 24.90 sahaja.

Mengapa Penting Memilih Tudung Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak ??

Ya, persoalan tentang ini perlu diberi perhatian  oleh ibu-ibu yang benar-benar serius berusaha menggalakkkan pemakaian tudung dalam kalangan anak perempuan.

Ini kerana, kanak-kanak pada peringkat umur 6 – 12 tahun adalah  lasak pergerakannya. Mereka aktif dan lazimnya mempunyai banyak aktiviti luar rumah seperti pergi ke sekolah, menghadiri kelas KAFA, menghadiri tuisyen atau kelas tambahan, terlibat dengan sukan permainan di sekolah, menyertai perkhemahan dan sebagainya.

Butik Huda Idaman

Butik Pakaian Muslimah untuk ibu-ibu pun ada … :)

Untuk aktiviti sebegini, walaupun masih kecil namun sebagai manusia biasa mereka tetap ada naluri untuk bergaya dan kelihatan cantik di mata rakan-rakan, guru atau pun ahli keluarga. Pada masa yang sama, mereka juga sama seperti orang dewasa tetap  inginkan keselesaan dalam berpakaian.

Jadi, untuk memenuhi keperluan mereka dan yang paling penting lagi untuk menjayakan usaha mendidik mereka bertudung sedari kecil lagi, para ibu perlu bijak memilih tudung yang dijahit kemas, diperbuat daripada material atau kain yang sejuk serta mudah dipakai atau dibentuk.

Cute sesangat lah … sesuai dengan namanya Tudung Si Comel :-D

 

Bukan senang ye tak  hendak membeli atau mendapatkan tudung yang bukan sahaja murah harganya tetapi juga sejuk & selesa dipakai serta berkualiti tinggi kan … oleh kerana sekarang ni terdapat sangat ramai peniaga tudung kanak-kanak yang menjual tudung kanak-kanak baik secara offline mahu pun online.

Ok, jika anda sudah banyak kali membeli tudung kanak-kanak untuk anak perempuan anda, namun kurang berpuas hati kerana harganya yang mahal namun sangat tidak selesa dipakai, panas dan senget sana-sini, apakata cuba dapatkan tudung kanak-kanak instant shawl  Farah Ainn koleksi terbaru TSC yang kini sudah pun memasuki pasaran.

Cuba dahulu dengan membeli sepasang tudung instant shawl Farah Ainn atau pun lain-lain koleksi tudung kanak-kanak di kedai online Tudung Si Comel dan lihat bagaimana prestasinya. Jika dirasakan ia masih tidak memenuhi cita rasa anda dan anak anda, bolehlah dapatkannya dari peniaga tudung kanak-kanak yang lain.

Ok, apa kata ibu-ibu semua… jom kita lihat tudung kanak-kanak Instant Shawl Farah Ainn koleksi terbaru dari TSC yang terdiri daripada beberapa jenis warna menarik yang mungkin disukai dan sesuai untuk anak-anak perempuan kesayangan anda.

Ok ibu- ibu , cantik kan instant shawl Farah Ainn ni kalau anak-anak kita yang memakainya 🙂

Koleksi lain tudung kanak-kanak termasuk juga tudung sekolah dengan harga murah  pun boleh anda beli di TSC.

Diucapkan selamat berjaya kepada ibu-ibu yang sedang mendidik anak untuk menutup aurat. In sya Allah, doa saya niat anda yang murni atas tuntutan agama ini akan dipermudahkan Allah SWT. Aminnn …