Tudung kanak-kanak
Idea Sedia Bekal Ke Sekolah Untuk Anak – Kongsi Macam2 Cerita

Idea Sedia Bekal Ke Sekolah Untuk Anak

Idea sedia bekal ke sekolah untuk anak .

Relevankah idea sedia bekal ke sekolah untuk anak bagi dipraktikkan oleh ibu-ibu moden dan berkerjaya pada zaman sekarang ?

Apabila menyebut tentang bawa bekal ke sekolah, teringat tentang kegigihan emak yang tak pernah jemu membekalkan saya dengan nasi goreng atau nasi lemak setiap hari untuk saya makan ketika waktu rehat di sekolah.

Logiknya tindakan emak ketika itu adalah supaya saya dapat menyimpan wang saku yang tak seberapa nilainya itu untuk kegunaan lain. Dan anak jiranlah yang setiap hari terpaksa menjadi posmen untuk membawakan bekalan tersebut kerana saya tinggal di asrama. Betapa jika dikenang pengorbanan seorang ibu, sampai ke akhir hayat pun takkan mampu saya balas rasanya.

Dan ya, jika direnung-renungkan semula corak perbelanjaan keluarga pada tahun ini setelah diri sendiri menjadi ibu, jujur saya akui banyak wang gaji saya dihabiskan untuk bahagian makan-makan ini selain daripada peruntukan untuk pendidikan mereka di samping hal-hal perubatan dan sebagainya.

Jika difikirkan semula tentu banyak yang boleh saya jimatkan jika idea sedia bekal ke sekolah untuk anak ni saya aplikasikan semula seperti mana beberapa tahun lepas, iaitu ketika mereka berada di bangku sekolah rendah dahulu.

Dengan keadaan ekonomi Malaysia pada hari ini yang sedia kita maklumi sendiri, rasanya idea sedia bekal ke sekolah untuk anak mahupun untuk suami ke pejabat atau diri sendiri adalah satu langkah kecil yang bagi saya sangat berpotensi sebagai satu cara mengurangkan perbelanjaan harian yang sekaligus dapat pula membantu kita untuk meningkatkan tabungan keluarga untuk hal-hal kecemasan atau keperluan lain di luar jangka.

Idea Sedia Bekal Ke Sekolah Untuk Anak

Buku Idea bekal ke sekolah oleh PTS Millennia seperti gambar di atas ini mungkin dapat membantu anda menjana idea bagi menyediakan menu sihat dan berkhasiat bagi dijadikan bekal ke sekolah oleh anak-anak atau pun suami.

Ini kerana terdapat 44 menu Asia yang sememangnya serasi dengan selera rakyat Malaysia iaitu menu berasaskan nasi, bihun, roti dan sebagainya lagi.

Ok, moh sama-sama kita lihat secara ringkas apa yang menarik tentang buku Idea Bekal Ke Sekolah yang ditulis oleh Chef Azian dan diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn Bhd ini.

Himpunan lebih dari 40 resipi dalam buku Siri Idea Bento ini memberikan idea kepada para pembaca dalam menyediakan bekal sama ada untuk anak, suami mahupun diri sendiri. Setiap resipi dalam buku ini disertakan gambar-gambar cara membuat. Resipi-resipinya juga ringkas, mudah disediakan dan enak. Tidak menggunakan bahan-bahan perasa tambahan, resipi ini sesuai bagi menjaga kesihatan. Selain dari itu, Chef Azian tip-tip berbento bagi ibu-ibu yang sibuk. Penyediaan bahan-bahan lebih awal serta sos-sos yang disediakan terlebih dahulu menjadikan penyediaan bekal bukanlah sesukar yang dijangka. Dapatkan buku ini di pasaran bagi memberi idea dalam penyediaan bekal untuk anak-anak.

Antara resipi yang menarik perhatian saya terdapat dalam buku comel ini ialah :

  • Sandwic ayam panggang
  • Roti goreng tepung
  • Kebab daging
  • Nasi goreng keju
  • Crepe daging goreng rangup

Jika dilihat kepada senarai tersebut, ia adalah antara menu yang disukai oleh anak-anak zaman sekarang betul tak ..

Buku Idea Bekal Ke Sekolah ini adalah sebagai satu alternatif untuk para wanita bergelar ibu untuk mempelbagaikan hidangan. Bukannya pula bermaksud yang ibu-ibu ni tak pandai memasak. Memasak tu sudah pun menjadi rutin selagi hayat bergelar ibu, malah sebutlah apa saja, semua resepi ada dalam ingatan baik hidangan barat mahupun timur.

Buku ini sekadar untuk membantu  para ibu agar menjadi lebih kreatif, berasa seronok menyediakan sajian hasil air tangan sendiri dan paling penting sekali dapat menjamin kebersihan serta kandungan hidangan. Dan jangan lupa ye, masakan ibu berperanan besar untuk membantu melahirkan anak-anak yang bijak dan berakhlak mulia. Seperti kata pepatah ‘ hati ditempa daripada makanan’.

Jangan lupa, dapatkan segera Buku Idea Bawa Bekal Ke Sekolah untuk anak-anak ini sebelum kehabisan stok. Boleh dapatkannya di kedai-kedai berhampiran atau kalau nak mudah lagi beli secara online di Kedai Buku BookCafe dengan harga RM 15.00 sahaja.

Terima kasih sudi luangkan masa membaca Idea Sedia Bekal ke Sekolah Untuk Anak kali ini. Mudah-mudahan kita beroleh kebaikan daripadanya.

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

1 Comment on "Idea Sedia Bekal Ke Sekolah Untuk Anak"

  1. kene beli la ni. anak dah nak masuk sekolah dah!

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me