Tudung kanak-kanak
Ebook Master Dropship Dalam 30 Hari – Kongsi Macam2 Cerita

Ebook Master Dropship Dalam 30 Hari

Salam Sejahtera

Sementara relaks-relaks tak ada buat apa ni, ingin saya kongsi cerita dengan sahabat dan pembaca di luar sana yang mungkin berminat dengan ebook Master Dropship Dalam 30 hari yang ditulis oleh seorang usahawan online yang berpengalaman luas menjadi seorang agen dropship bagi produk kesihatan.

Ringkas cerita nak buat review sikit tentang Ebook Master Dropship Dalam 30 hari lah ni 🙂

Sebenarnya idea nak menulis tentang Ebook Master Dropship Dalam 30 Hari ni lama dah difikirkan . Kebetulan pula 2 hari lepas saya berjaya membuat satu lagi sales untuk produk digital ni 😀 Kiranya semangat tengah berkobar-kobar lah ni hehe. Jangan marah aaar …. So, sebelum ia bertukar jadi hangat-hangat tahi ayam, kena lah cepat-cepat bertindak.

Rasanya ramai yang dah tahu kot apakah itu dropship. Kalau belum tahu, bolehlah baca post terdahulu berkenaan flow atau aliran cara kerja seorang agen dropship. Insyaallah selepas baca entri tersebut, anda akan dapat memahami betapa mudahnya menjalankan perniagaan dropship sama ada secara part time atau pun full time.

Bagi yang berminat menjadi seorang agen dropship atau kata mudahnya ada perancangan nak buat bisnes dropship dengan jayanya, ebook ini sangatlah saya syorkan sebab ia sangat sesuai untuk anda jadikan sebagai panduan dan rujukan.

Bukan tak boleh kalau nak cuba sendiri-sendiri atau macam omputih kata try and error tu .. Tapi masalahnya anda mungkin akan ambil masa yang terlalu lama untuk mendapat hasilnya. Silap-silap hari boleh buat anda give up terus sedangkan bisnes dropship adalah home based business yang sangat mudah untuk membantu anda mencapai kebebasan kewangan dan hidup senang kemudian hari.

Ok lah, bercakap panjang lebar pun tak guna ye dak. Tak pasal-pasal nanti orang menyampah pula, so baik lah Cik Kiah teruskan cepat-cepat ye 😀

E-book Master Dropship Dalam 30 Hari

  • Ditulis oleh Lala Ashila yang juga merupakan penulis kebaboom da boom ebook Rahsia Bisnes Tudung yang meletup-letup jualannya satu ketika dulu
  • Ebook ini dibahagikan kepada 4 modul . Modul 1 pula terbahagi kepada 2 bab yang menerangkan tentang :
  • Permulaan dan asas perniagaan dropship . Maksudnya bagaimana untuk bermula step by step dengan betul.
  • Kelebihan dropshipping dan keuntungannya.
  • Cara memilih produk apa yang sesuai dengan anda. Anda kena tahu produk apa yang laku keras atau terlajak laris di pasaran.
  • Di mana dan bagaimana mencari pembekal yang boleh menawarkan harga paling rendah agar anda dapat mark up harga dan menghasilkan komisen jualan yang tinggi.

Modul 2

  • Apa teknik yang digunakan untuk ‘ meletupkan ‘ Jualan.
  • Teknik promosi serta penggunaan ayat power yang mampu memujuk orang untuk membeli.
  • Masa / musim sesuai untuk promosi gila-gila.
  • Bagaimana membina blog jualan yang menarik – jika anda mahu berniaga melalui medium blog.

Modul 3

  • Teknik berkesan membina rangkaian atau networking untuk memudahkan pemasaran.
  • Mengenal pasti lubuk dropshipping dengan betul.

Modul 4

  • Rahsia sulit teknik menjemput rezeki dalam bisnes dropship anda.

Ok, itu review sepintas lalu tentang ebook Master Dropship Dalam 30 Hari. Maaf saya tak boleh kupas lebih-lebih . Kalau nak tahu, anda perlu dapatkan segera buku digital ni.

Lebih istimewa lagi, Lala Ashila juga akan memberikan beberapa hadiah percuma kepada anda berupa 6 buah ebook berkaitan pemasaran bisnes atau produk di Facebook. Bab-bab benda free ni siapa yang tak suka kan .. Emmm, pemasaran di FB memang tak dapat dielakkan lagi jika anda mahu bisnes dropship anda berkembang dengan cepat. Jadi, sangat tepatlah hadiah percuma ni disediakan oleh penulis untuk anda.

Selain itu, ada satu lagi hadiah yang best osem mosem akan diberikan kepada sesiapa yang membeli ebook berkenaan iaitu berupa 5 video panduan yang juga ada kaitannya dengan pemasaran produk. Bukan itu saja, malah anda juga akan dijemput menjadi ahli grup dropshipping di FB beliau , yang pasti saja sarat dengan ilmu dropship. Memang best sangat-sangat kan …

So sahabat semua, kalau dalam minda sudah ada ura-ura untuk mencuba bekerja dari rumah dengan menjalankan bisnes dropship ini , saya doakan moga kalian sukses. Mungkin ada yang bercadang untuk memulakannya sebaik menjelang tahun 2016 nanti.

Bagi saya, mengapa tidak mulakan dari sekarang ? Mengapa perlu tunggu awal tahun baru sedangkan kita selalu dengar orang berkata .. nak buat benda baik tak perlu tunggu esok . Sebab kita sendiri pun tak tahu sampai bila Allah pinjamkan masa untuk kita, betul tak !?

Kepada yang nak mulakan bisnes dropship, saya ucapkan selamat berjaya. Usah jemu belajar dan terus belajar.
RM 69 tidaklah sebesar dan semahal mana pun, berbanding hasil yang akan anda peroleh nanti. Insyaallah , mudah-mudahan …

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

5 Comments on "Ebook Master Dropship Dalam 30 Hari"

  1. siapa nak mulakan bisnes atau apa2 pun
    elok mulakan sekarang
    tak perlu nak tunggu lama2

  2. kalau sapa nak bisnes, jangan tangguh, buat segera

  3. Nak berbisnes memang kena pandai dan kena cari ilmu…bagus sangat info ni

  4. awal2 dropship memang kene struggle wat iklan sume, yg penting kene rajin dan usaha

  5. Sesetengah produk dropship, kita boleh dapat untung yang memang lumayan! Dalam sekitar RM20++ untuk satu jualan.

    Cuma kena taulah produk apa dan bagaimana nak hasilkan jualan produk yang macam tu

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me