Belian Terbaik Tudung, Telekung dan Sejadah Kanak-kanak di TudungSiComel.Com

Belian Terbaik Tudung, Telekung dan Sejadah Kanak-kanak di TudungSiComel.Com

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum semua,

Hari ini cerita yang hendak dikongsikan masih lagi berkisar tentang tudung kanak-kanak, telekung kanak-kanak dan yang terbaru sejadah kanak-kanak  yang dijual secara online dan offline oleh TudungSiComel.Com.

Sebagai salah seorang wakil jualan sah Tudung Si Comel, usaha mempromosikan  dan menjual produk-produk keluran TSC adalah satu usaha yang sangat bermakna kepada diri  saya. Bukan semata-mata kerana keuntungan atau komisen yang diterima , sebaliknya kerana dengan usaha itu juga, mungkin ada antara pelanggan yang terbuka hatinya mendidik anak-anak lebih tegas dan lebih awal dalam bab penjagaan aurat dan mendirikan solat. Jika itu berlaku, mudah-mudahan “nama saya” turut tertulis  menjadi bahagian kecil ‘rakan kongsi’ saham akhirat mereka kelak. Aminnn…

Apa yang tercoret di sini , bukan bermaksud yang diri saya ini sudah cukup bagus atau sempurna. Saya juga manusia biasa ,sentiasa lemah serta punya seribu kekurangan.

Saya juga seorang ibu. Bezanya hanya saya tidak memiliki anak perempuan. Namun cabaran untuk mengasuh dan mendidik zuriat sendiri sama sahaja seperti ibu-ibu yang lain. Cabarannya besar !

Apalagi pada zaman di mana teknologi menjadi ‘guru’ dan pergaulan bebas ada di mana-mana. Sangat sukar mendidik mereka mendirikan solat dan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang mana di situlah punca berlakunya perkara terlarang.

Membiasakan anak bertudung seawal usia setahun dua bukan perkara asing lagi bagi kami yang berkhidmat sebagai krew khidmat pelanggan dan wakil jualan Tudung Si Comel kerana kami sememangnya banyak menerima permintaan tudung kanak-kanak di bawah usia 3 tahun.

Hal ini ( membiasakan anak sekecil 2 tahun memakai tudung ) mungkin bagi segelintir orang agak kurang sesuai atas sebab usia anak yang terlalu muda.

Namun usaha ibu-ibu yang terlibat bagi saya adalah usaha mendidik yang terbaik dari seorang ibu untuk anaknya. Tidak ada salahnya mereka mencuba ,sesuai dengan pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya “ . Langkah ini diambil oleh sebahagian ibu mungkin kerana mereka sedar dengan sejelas-jelasnya yang aurat wanita boleh menjadi salah satu punca zina dan pemerkosaan.

Ok, jika diikutkan hati banyak lagi ‘tazkirah’ yang hendak dicoretkan heheh.. 🙂 Pengalaman berurusan dengan penjaga kanak-kanak dan komuniti setempat memperlihatkan  banyak kepincangan dalam keluarga yang menjadi punca masalah akhlak remaja.

Berbalik kepada tajuk post kali ini – Belian Terbaik Tudung, Telekung dan Sejadah Kanak-kanak di TudungSiComel.Com ,secara peribadinya TERBAIK bagi saya kerana beberapa faktor seperti ini.

  • Polisi pemulangan atau jaminan kepuasan pelanggan untuk tempoh 180 hari dari tarikh belian. Rasanya, carilah di mana-mana kedai tudung kanak-kanak yang lain sekalipun, anda tidak akan temui jaminan sebegini.
  • Proses penukaran item kerana masalah saiz, warna dan sebagainya tidak kira sama ada ia berpunca daripada kesilapan pelanggan sendiri sehingga kini  tidak pernah gagal diuruskan dengan cepat dan penuh berhemah.
  • Khidmat jualan sebelum , semasa dan selepas belian adalah pada tahap 5 bintang. Sangat ramah dan mesra. Ini bukan kata-kata yang sengaja direka tapi berdasarkan komen pelanggan sendiri.
  • Servis yang cepat dan cekap serta sentiasa ada update produk terkini.
  • Design yang sangat cantik dengan koleksi warna terang yang sangat memikat hati.
  • Harga yang berpatutan dan mampu milik.
  • Penggunaan kain atau material yang sangat bermutu tinggi.
  • Jahitan yang kemas dan teliti.

Demikian 8 faktor mengapa saya katakan pembelian tudung, telekung dan sejadah kanak-kanak di TudungSiComel.Com adalah pembelian terbaik .

Berbalik kepada soal jahitan yang kemas dan teliti teringat saya pada komen seorang pelanggan saya dari Selangor ini.

Tak perlu diulas lagi, biarlah screenshot perbualan ini menjadi buktinya 😀

Koleksi Penuh Tudung Kanak-kanak, Telekung dan Jubah Raya 2017

Menjelang Ramadhan 2017 yang tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, Tudung Si Comel serta rangkaian jenama lain di bawahnya tidak ketinggalan membuat persediaan awal dengan mengeluarkan design atau rekaan baru yang pasti menawan hati para ibu  dan anak.

Antaranya Tudung Instant Shawl Kupu-kupu, Shawl Teja, Meedina, Instant Shawl Safiyya dan lain-lain lagi termasuk  Tudung Instant Shopkins yang menjadi kegilaan para ibu lantaran rekaannya  yang sangat cute dengan pilihan warna yang sangat menyerlah,

Selain itu terdapat juga beberapa koleksi jubah seperti Jubah Sweet Hidayah, Jubah Sweet Honey , Sweet Syuhada dan Sweet Sofea.

Untuk melihat koleksi penuh tudung kanak-kanak,telekung dan jubah raya TSC , anda boleh terus ke laman rasmi peneraju tudung kanak-kanak  di Malaysia ini.

Demikian sahaja entri kali. Mohon maaf ye andai tulisan saya kali ini terlanjur menyinggung perasaan para ibu yang membaca.

Andai ada sebarang pertanyaan berkaitan Tudung Si Comel, anda juga boleh hantarkan mesej Whatsapp ke talian 019-5519115.

Terima kasih kerana membaca. Sesungguhnya hanya yang baik itu datang dari Zat Yang Maha Sempurna.

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me