Beli Tudung Raya Kanak-kanak Terkini Di Butik Online Tudung Si Comel

By | May 17, 2018

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Beli Tudung Raya Kanak-kanak di Butik Online Tudung Si Comel

Salam Ramadhan & Selamat berpuasa buat semua yang singgah atau tersesat ke blog ni …huhuhu. Moga Allah beri kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur kita , agar dapat meraih ‘nikmat’ dan segala kebaikan yang datang bersama bulan penuh keberkatan ini.

Aminnnn, Aminnn….. Ya Rabb

Walaupun baru saja hari pertama puasa, saya percaya ramai mak-mak yang sudah mula berkira-kira budget raya untuk kali ini. Budget persiapan raya 2018, terutama berapa banyak wang yang harus diperuntukkan untuk pakaian anak-anak sudah pun mula dicongak-congak. Berapa helai seorang dan di mana hendak mendapatkan baju Melayu, jubah mahupun tudung raya – segala persoalan sudah pun bermain-main di kepala.

Ok, bagi mak-mak bekerja yang mungkin kekurangan masa untuk menyediakan semua keperluan di atas,anda boleh sahaja pilih-pilih dan beli tudung raya kanak-kanak terkini  di Butik Online Tudung Si Comel .

Ramai yang memilih untuk beli tudung raya kanak-kanak terkini  di Butik Online Tudung Si Comel kerana, ternyata terdapat banyak pilihan tudung kanak-kanak yang up to date serta berkualiti tinggi. Dan hampir 100% daripada koleksi tudung kanak-kanak yang dijual di sini adalah dari jenis sarung terus dan tanpa pin ! Ya, tak kira sama ada shawl atau sebagainya, semuanya direka untuk mudah dipakai sendiri oleh kanak-kanak walaupun tanpa bantuan ibu !

Bukan itu sahaja, koleksi tudung kanak-kanak yang dijual di Butik Tudung Si Comel ini juga memberikan jaminan sehingga 180 hari untuk semua pelanggannya. Tak masuk akal langsung kan, tapi itu lah realitinya.

Haa, suke tak mak-mak semua

Ok, untuk raya puasa 2018 ni terdapat design baru yang sudah pun sedia untuk dipasarkan. Antara yang menarik untuk dikongsikan kali ini adalah Sparkle Series.

Design Sparkle Series adalah design paling cantik, paling ekslusif dan paling luar biasa. Pendek kata memang sparkling betul lah .

Mana tak sparkling luar biasanya, dah lah terdapat dalam 12 pilihan warna yang osem menawan hati buat mak-mak pun rambang mata, design ni juga boleh pakai both side sebab design dalam dan luar yang berlainan. Kiranya macam magic lah. Ermm senang cakap lagi , beli sehelai macam beli 2 … Wah memang luar biasa jimat lah ni kan.

Ok, apa-apa sekali pun jom kita tengok design ni dulu sebelum saya share details atau perinciannya di bawah

Didatangkan dengan 3 pilihan size , dijahit dengan penuh kasih sayang menggunakan kain Lycra berkualiti tinggi, tidak jarang dan sejuk dipakai 🙂

Pada bahagian hadapan tudung, jika mak-mak perhatikan betul-betul terdapat goldust effect dan metal tag yang ekslusif gituuu, manakala kat bahagian belakangnya pula terdapat corak bunga printed dengan rhinestone yang bersinar bak bintang-bintang di langit malam . Haa tuuu dia , dia punya gambaran ekslusif nya mengalahkan tudung mak-mak pula lagi 😀

Ok, cukup 3  contoh warna untuk tudung raya kanak-kanak 2018 design Sparkle Series. Nak letak semua kat sini, berat jadinye blog den ni haa. Untuk view semua warna, atau nak beli sehelai untuk anak gadis anda, bolehlah ke Butik Online Tudung Si Comel. Anda juga boleh terus ke link whatsapp ini : www.wasap.my/60195519115/tudungsparkle

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me