Back To School Sale Di BookCafe Online

Promosi Back To School Sale di BookCafe Online … biar betul ??!

Ingatkan kat shopping complex saja ada back to school sale besar-besaran. Rupa-rupanya kat BookCafe Online pun ada 🙂

Suka tak ibu-ibu ? Kalau suka ,moh baca lagi ye..

Back to school sale di BookCafe online, atau jualan kembali ke sekolah BookCafe sebenarrnya sudah pun berlangsung sejak dari 20 November lagi dah dan akan berakhir pada 31 Disember nanti. Haaa, sempat lagi kan ..

Kalau anda sedang melakukan persiapan awal dengan  mencari peralatan sekolah untuk anak-anak seperti beg sekolah,beg sukan, alat tulis mahupun buku-buku rujukan , eloklah luangkan sedikit masa berkunjung ke kedai online BookCafe  untuk melihat-lihat kalau kalau ada satu yang sesuai untuk anak-anak kesayangan anda.

Sempat saya menjengah kedai buku online ini tadi dan nampaknya banyak juga beg sekolah seperti Knapsack Cinonnet Upin Ipin , Frozen bag set dan macam-macam lagilah beg sekolah dengan karikatur kartun atau animasi kanak-kanak yang terkenal. Wah,mesti anak-anak suka ni 😀

 

Selain daripada beg-beg sekolah , terdapat juga jualan kamus digital seperti Apple Tree Dictionary dengan diskaun sehingga 38%. Hmmm memang banyak juga penjimatannya tu. Kalau pada  hari-hari biasa, siapalah yang nak bagi diskaun sebanyak tu kan. Jadi jangan buang masa, grab lah cepat-cepat tawaran menarik ini sementara berlangsungnya Promosi Back To School di BookCafe Online ini ye.

Untuk makluman anda, tawaran diskaun dari serendah 10% ditawarkan bagi semua jualan alat tulis, peralatan sekolah, buku rujukan dan kamus digital sehingga menjelangnya tahun baru 2017.

Semoga bermanfaat.