Call: 0123456789 | Email: info@example.com

9 Sebab Mengapa Ramai Ibu Memilih Tudung Sekolah Si Comel


Assalamualaikum  semua

Nak tahu tak  9 sebab mengapa ramai ibu memilih tudung sekolah Si Comel untuk sesi persekolahan akan datang ?

Sebelum tu, saya ucapkan selamat bercuti kepada semua ye. Cuti sekolah yang tak berapa nak panjang lagi dah macam dulu-dulu ni , harapnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Jika ada peluang, bawalah anak-anak bercuti ke mana-mana. Langkawi ke , Cameron Highland ke .. Ini lah masanya sementara mereka masih ada di sisi kita. Usah dikira sangat bab duit, sebab momen-momen sebegini mungkin tak dapat diulang lagi setelah mereka dewasa dan ada kehidupan sendiri. Kita juga sendiri akan meningkat tua dan entah bila-bila masa sahaja akan dipanggil pulang oleh Sang Pencipta. Jadi ciptalah ruang dan peluang sementara masa masih ada … Sob,sob, sebak pula rasanya :(‘

Baiklah, kita kembali kepada tajuk sharing kita hari ni ye Puan-puan 😀 .. 9 sebab mengapa ramai ibu memilih tudung sekolah Si Comel berbanding tudung-tudung sekolah jenama lain.

9 sebab mengapa ramai ibu memilih tudung sekolah Si Comel ni bukan sekadar tajuk semata-mata nak provok mak-mak supaya pilih dan beli tudung sekolah Si Comel ya.

Tapi apa yang nak dikongsikan kali ini adalah supaya dapat membantu mak-mak semua agar dapat membuat banding beza dan memilih tudung yang betul untuk anak-anak.

Tudung yang betul ni maksud saya, tudung yang materialnya berkualiti tinggi, tahan lama, berbaloi dengan harga yang dibayar  dan paling penting anak-anak berasa selesa memakainya sepanjang hari di sekolah serta ketika melakukan aktiviti di luar kelas.

Jom baca, 9 ciri atau 9 sebab mengapa ramai ibu memilih tudung sekolah Si Comel berbanding tudung-tudung sekolah jenama lain di pasaran dan pertimbangkanlah mengapa anda juga perlu mendapatkannya. Ini kerana tudung yang anda beli bukan untuk dipakai sehari dua tetapi akan digunakan dan dipakai oleh anak-anak kesayangan anda sendiri sepanjang tahun

  1. Tudung sekolah dari jenama Tudung Si Comel dijahit menggunakan kain Lycra Korea 280 gm yang diimport khas di mana kain jenis ini adalah bersifat sejuk, lembut dan sangat selesa dipakai untuk tempoh yang panjang.
  2. Tudung sekolah Si Comel dijahit dengan ukuran dan potongan khas yang mana potongan istimewa ini telah diuji cuba selama hampir 3 tahun bagi mendapatkan tudung yang benar-benar menepati kehendak pengguna cilik.
  3. Hanya sarungkan sahaja ! Dibuat dengan awning lembut yang sangat mudah dibentuk dan senang sekali dipakai berbanding tudung dengan awning keras yang lama-kelamaan awningnya seperti ‘patah’.
  4. Mudah dijaga, senang dibasuh tanpa risau dengan awningnya dan kain pula tidak memeri
  5. Harga jualan yang sangat berpatutan dan berbaloi dengan kualiti tudung iaitu RM16.50 sahaja sehelai.
  6. Kos pos yang lebih rendah iaitu RM6 sahaja bagi setiap helaian pertama sehingga helaian ke – 6.
  7. Terdapat lebih daripada 2000 testimoni daripada ibu-ibu yang sangat berpuas hati dengan kualitinya.Tak percaya anda boleh baca sendiri di link ini.
  8. Terdapat banyak pilihan warna seperti warna kelabu untuk disesuaikan dengan uniform pengakap, kuning untuk pengawas PSS dan tadika PASTI, biru pengawas dan sebagainya lagi. Harganya sama RM16.50 sahaja !
  9. Paling mengejutkan, terdapat jaminan sehingga 180 hari jika anda tidak berpuas hati dengannya. Pernah jumpa jaminan sebegini di tempat lain ? Tak pernah sesekali  kan …. 😛

Ok, demikian tadi 9 sebab mengapa ramai ibu memilih tudung sekolah Si Comel untuk anak-anak kesayangan yang bakal memasuki sesi baru persekolahan 2017.

Diharapkan dengan adanya entri 9 sebab mengapa ramai ibu memilih tudung sekolah Si Comel ini, akan dapat membantu anda memilih tudung sekolah yang bukan sahaj benar-benar berkualiti tetapi juga dapat membantu anda melakukan penjimatan untuk wang anda bagi jangka masa panjang.

Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang  tudung sekolah Si Comel, anda boleh bacanya sendiri di sini. Atau boleh juga berhubung dengan salah seorang Krew khidmat pelanggan di talian ini : 019-5519115 ( WHATSAPP sahaja ).

Semoga sharing kongsi cerita tentang tudung sekolah Si Comel ini bermanfaat untuk anda.

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Have any Question or Comment?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me

Tudung Si Comel Cantik & Selesa

Tudung kanak-kanak

Bisnes Air Laku Keras

Langkah Demi Langkah Buat Putu

Panduan Tau Fu Fah

Follow Me

Status ApaCerita


PRchecker.info



Kongsi Macam2 Cerita





Pinglers

Blogged.my Kongsi Macam2 Cerita