5 design tudung raya kanak-kanak terlajak laris di TSC

By | June 7, 2017

5 Design Tudung Raya Kanak-kanak Terlajak Laris di TSC

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ramadhan hari ke-12.. 5 Design Tudung Raya Kanak-kanak Terlajak Laris di TSC . Tajuk entri memang tak terkalah, bikin gempaq saja kot  😀 . Boleh tak gituuuu…aisehhh hakak punya blog, suka hati hakak lah nak boh tajuk apa pun ye dak

Ok, sebenarnya 12 hari berpuasa, 12 hari jugak bercuti bagai di syurga ni …tak tercapai lagi hajat nak publish post sekurang-kurangnya 1 entri setiap hari. Setiap detik masa berjalan, rasa tak tergapai nak buat semua. Celik je mata menyediakan hidangan sahur, berjela sudah senarai tugas menunggu. Kemas dapur, cuci pakaian , tanda kertas periksa bebudak, bagi kucing makan, bagi ikan makan…haishhh macam-macamlah. Bertambah-tambah pulak lagi bila dah jadi Krew Khidmat Pelanggan Tudung Si Comel … kerjanya lepas Subuh sudah mula tekan punat henpon.

Semuanya gara-gara 5 design tudung raya kanak-kanak terlajak laris di TSC . Iye…. Tak tipu lah ok.

Memandangkan puasa pun sudah di minggu ke -2, ramai sungguh para ibu yang sibuk membuat persiapan pakaian raya anak-anak, termasuklah mencari tudung raya kanak-kanak yang super cantik dan super selesa. Nak yang awning lembut, kain yang sejuk, lembut lagi selesa, design pula yang terkini, warna yang match dengan baju raya ibu , senang dijaga, mudah dibasuh, tak perlu digosok .. hishhh macam-macam lagilah permintaannya. Semua demi seorang anak.

Begitulah jiwa seorang ibu kan. Macam mak kita dulu-dulu jugak kan . Sanggup bersusah payah asalkan anak ada baju raya baru, tudung baru dan kasut baru biarpun baju sendiri tak berganti.

Opps, ngomel panjang tak habis cerita lah jawabnya. Berbalik kepada 5 design tudung raya kanak-kanak terlajak laris di TSC , ini bukannya propa atau ayat provokasi nak melariskan jualan ya.

5 design tudung raya kanak-kanak terlajak laris di TSC ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan krew lain yang terasa sangat tempias tudung raya kanak-kanak seperti Instant Shawl Kupu-kupu, Shopkins dan lain-lainnya yang tak menang tangan untuk kami handle.

Diringkaskan cerita, jom sama-sama kita tengok 5 design tudung raya kanak-kanak terlajak laris di TSC yang kini jadi pilihan ibu-ibu untuk Aidil Fitri 2017

  1. Instant Shawl Kupu-kupu

Dihasilkan daripada kain jenis Cotton Prada Original dan dijahit khas untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-9 tahun . Material yang digunakan ni sangat selesa dipakai, sejuk dan serap peluh. Jatuh hati ??? Order sini lah ,tak pun Whatsapp ke 019-5519115

2.Instant Shopkins

Fuh, koleksi ini sangat menawan hati sebab warna-warnanya yang ceria dan bila dipakai oleh Si Comel berusia bawah 4 tahun, olo  lo lo terserlah kecomelannya macam salah satu gambar testimony pelanggan kat bawah ni

Testimoni tudung Shopkins … olo lo lo, geram betul …comel sangat 🙂

3.Tudung Instant Meedina

Tak banyak dah yang tinggal kerana ramai ibu yang sukakannya. Design ringkas tapi datang dengan warna dan hiasan menarik

4.Tudung Instant Shawl Teja

Design ini design yang menjurus ke arah anak-anak remaja. Ramai ibu yang suka sampai siap buat request supaya dijahit pula untuk mak-mak

5. Tudung Instant Safiyya

Koleksi warna lembut dan apabila dipakai kelihatan sungguh ayu

Demikian senarai 5 design tudung raya kanak-kanak terlajak laris di TSC. Sengaja tak saya tuliskan detail setiap tudung sebab kalau dibuat begitu ,panjang berjela post ni jadinya nanti. Malas pulak orang nak baca nantinya ( alasan cover kemalasan sendiri nak buat entri lengkap huhuhu )

Ok, kalau anda nak tau details setiap tudung , boleh je klik pada gambar ye. Nanti anda akan dibawa ke laman rasmi TSC.

Design baru masuk pula adalah Syria Twinkle. Pun simple tapi comel tak terkata 🙂

Ok, itu je untuk kali ni. Jangan lupa share ya

 

 

 

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

4 thoughts on “5 design tudung raya kanak-kanak terlajak laris di TSC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me