Salam hujung minggu

Sharing hari ini khas untuk yang suka foward2 hadis dan tazkirah melalui aplikasi sosial …… 40 Kisah Palsu Tapi Masyhur 😀

Setelah sekian lama ( aisehhh 😀 macam lama bebenor ye ), hari ni barulah dapat menarik nafas lega sikit daripada segala kesibukan kerja yang tak berhenti menghambat semenjak masuknya tahun baru 2016 ni.

Petang yang damai ni ( ps : damai laa sekejap rasanya sebab esok bermulanya cuti CNY untuk seminggu, so boleh le Cik Kiah fokus kepada keluarga dan juga aktiviti blogging hihihik ) , terasa nak berkongsi sedikit dengan pembaca bab-bab hadis itu ini yang memanjang dihantar oleh rakan-rakan group whatsapp sampai tak terbaco den dibueknyo .

Dah semacam jadi kewajipan pulak kita semua ni semenjak adanya aplikasi whatsapp ni untuk copy & paste apa-apa tazkirah dan hadis kepada rakan-rakan yang lain atas alasan agar jangan kedekut ilmu.

Dalam copy, paste & forward tu pernah ke terfikir betul ke tak betul segala hadis dan tazkirah yang kita fowardkan tu …..ha pernah tak terfikir kalau-kalau ianya palsu ??

Bukannya tak tahu kan, banyak hadis tak sahih atau hadis palsu yang berlambakan dalam internet sekarang. Saya sendiri pun pernah kena tegur dengan seorang pembaca berkaitan ‘tanda-tanda kematian’ yang akhirnya saya tarik balik penerbitannya.

Niat kononnya nak berkongsi sesama pembaca, sedar tak sedar mungkin dosa pulak yang dapat.

Sebenarnya, sumber untuk rujukan hadis dan kisah-kisah masyhur yang benar atau palsu ni boleh didapati dengan mudah iaitu melalui pembacaan sebuah buku yang bertajuk 40 Kisah Palsu Tapi Masyhur.

40 Kisah Palsu Tapi Masyhur adalah sebuah buku dengan jumlah 208 halaman yang ditulis oleh Mustafar Mohd Suki yang saya kira menarik untuk dibaca dan berbaloi untuk dimiliki kerana ia membantu memberi pendedahan dan maklumat sebenar sesuatu hadis atau kisah.

Seperti kata Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman :

Kisah ini bukan sekadar penyedap bicara. Jikalau benarnya tiada, maka dongeng nilainya lantas hilang hikmahnya. Jikalau kebetulan betul pun dianggap salah, apatah lagi yang tidak benar terutama berkaitan manusia.

Buku ini wajib dibaca oleh pendakwah, motivator, penceramah, pendidik, ibubapa, mahupun sesiapa sahaja supaya dapat kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

Antara 40 kisah palsu tetapi masyhur yang bagi saya menarik untuk dibaca dan perlu diambil tahu ialah Kisah Nabi Adam a.s. dan Hawa dengan Pokok Khuldi, Kayu Kokka dan Bahtera Nabi Nuh a.s., Cerita Palsu Bubur Asyura, Wanita yang Berpoligami akan Mendapat Payung Emas di Syurga, Ruh Orang yang Sudah Meninggal akan Kembali Menziarahi Kaum Kerabat ….. dan banyak lagi lah yang best-best.

Di mana boleh anda beli buku ni ?

Tentu sahaja di mana-mana kedai buku yang ada memasarkan produk-produk penerbitan PTS. Atau jika mahu berjimat dan dapat lebih banyak keistimewaan, beli je di BookCafe.

BookCafe sedang mengadakan promosi menarik. Jom beli buku-buku berguna untuk family kita ….

Buku untuk anak-anak pun ada …. ilustrasi menarik pasti disukai

Nak tau mengapa saya katakan lebih jimat dan lebih keistimewaan , baca entri blog seterusnya nanti yer 😀