3 Design Terbaru Tudung Kanak-kanak Si Comel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum semua,

Nak tahu update terkini tentang 3 design terbaru tudung kanak-kanak Si Comel atau lebih tepatnya Tudung Si Comel tak ?

Ok kalau nak tahu, sila beri perhatian serius ye.. kalau perlu, buat catatan jugak tau heheh 🙂

Sudah namanya Krew Khidmat Pelanggan Tudung Si Comel, makanya, wajiblah untuk ahkak curi-curi masa sikit untuk update kat sini apa design baru yang ada kat TSC, apa yang paling diminati emak-emak anak gadis  dan apa  design tudung yang meletops kat TSC tu.. So, mungkin dengan adanya update dari blog ni,sikit sebanyak dapatlah membantu mak-mak di luar sana tu,memilih hanya tudung yang terbaik sahaja untuk anak gadis kesayangan masing-masing.

So, straight to the point je la ye kali ni ..meh kita sama-sama terjah apa 3 design terbaru tudung kanak-kanak Si Comel yang telah berjaya menambat hati super mommies  seterusnya ..

1.Shawl Ombre Exclusive

Shawl Ombre Exclusive ni adalah antara 3 design terbaru tudung kanak-kanak Si Comel yang cantik dan menawan kalbu sesangat sampaikan ada mak-mak yang request kat pengeluar tudung ni untuk jahitkan juga untuk orang dewasa . Menawan sungguh katanya !

Instant Shawl Ombre Exclusive, tudung kanak-kanak 2 muka

Sebelum kita tengok perincian Tudung Ombre Exclusive ni, meh ahkak kasi gambar close up sikit ye ..

Tudung Ombre Exclusive – kain macam ada glitter-glitter gituuu

Ok ini perincian tentang Shawl Ombre Exclusive

  • Shawl double loops / 2 muka tanpa pin
  • Dihasilkan daripada material moss crepe, kain jenis sejuk dan sangat selesa
  • Dihiasi batu rhinestones yang berkilauan
  • 6 pilihan warna-warna lembut
  • Corak abstrak yang minimal
  • Mudah dicuci ( mesra mesin basuh ) dan tak perlu digosok
  • Mudah dipakai dan terletak kemas
  • Sesuai untuk Si Comel berusia 4-12 tahun ( berbadan kecil )

2. The Button

The Button, tudung instant kanak-kanak TSC
  • Tudung The Button ini pula adalah  tudung sarung yang dihasilkan daripada material Cotton Prada Original yang sememangnya diimport khas ( kain jenis lembut gebu-gebu )
  • Sangat senang digosok
  • Aksesori dijahit lekat terus agar tidak tertanggal
  • Dijahit dengan potongan khas , apabila dipakai terasa sangat selesa
  • Sesuai untuk Si Comel berusia 2-11 tahun

3. Tudung Instant Dolly

Haa, cantik tak mommies semua Tudung Instant Dolly ni? Akak berkenan sangat dengan tudung ni walaupun model si Dolly ni kelihatannya macam baru lepas merajuk jer hihih, tapi dua kali tengok macam anak patung pulak kan. Haa, sesuai la letak nama Si Dolly  ..

Alaa, budak-budak namanya pon kan. Mungkin masa tengah shooting tu, dia keletihan kan… who knows ye dak. Walaupun nampak masam, tapi still cute kan 😀

Ok, sedikit perincian tentang Tudung Instant Dolly ni ye ”

  • Dihasilkan daripada material Cotton Prada, kain jenis lembut gebu-gebu dan sangat selesa
  • Pinless,just sarung sahaja
  • Sangat mudah digosok
  • Potongan khas untuk keselesaan Si Comel

Ok, untuk mak-mak yang nak tengok koleksi penuh, pilihan warna yang ada, size yang sesuai serta harganya , sila buat rujukan di sini ye. Koleksi tudung yang meletops pada hari raya puasa lepas seperti Shopkins, Kupu-kupu dan Balqis pun, ada yang masih available lagi. Jadi masih ada peluang untuk mak-mak grab semula tudung yang diidamkan tapi kehabisan stock sebelum ni.

Itu je sharing untuk kali ni, moga-moga entri 3 design terbaru tudung kanak-kanak Si Comel ni bermanfaat untuk semua 🙂

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me