18 Warna Pilihan Tudung Sekolah Awning Lembut

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengasihani

18 warna pilihan tudung sekolah awning lembut kini tersedia untuk dipilih. Nak warna apa semuanya ada. Sebut sahaja nak tudung biru pengawas sekolah, tudung kelabu pengakap, tudung pink Puteri Islam, tudung kuning Tadika PASTI,tudung maroon pengawas pusat sumber ..apa sahaja warna tudung sekolah yang popular di seluruh Malaysia, In Sha Allah 18 warna pilihan tudung sekolah awning lembut semuanya ada di butik Tudung Si Comel. Mudahย  jadinya urusan mak-mak,sebab tak perlu lagi terkejar-kejar ke beberapa kedai pakaian sekolah berasingan semata-mata nak cari warna itu dan warna ini.

Bila dikenang-kenangkan semula zaman persekolahan sekolah rendah kita dahulu especially mak-mak yang berusia 35 tahun ke atas, warna tudung sekolah masa tu tak sebanyak pilihan yang ada seperti sekarang kan ..setahu hakak mana ada tudung maroon time tu kan ๐Ÿ˜€ Yang ada tak lain dari yang putih sahaja kan. Tapi ye laa, masa tu mana ada persatuan – persatuan atau kelab kokurikulum macam budak-budak zaman sekarang . Aktiviti petang kita pun tak banyak, berbeza sangat dengan sistem persekolahan sekarang.

Mak kita dulu tak perlu pening kepala memikirkan mana nak mencari tudung sekolah berwarna sebab confirm yang nak digunakan hanya tudung putih sahaja. Tapi zaman dah berubah, cabaran lagi besar kepada ibu-ibu zaman sekarang sebab tudung sekolah pun dah macam-macam warna.

Tudung sekolah warna putih nila atau putih mutiara untuk waktu rasmi persekolahan. Petang kelas KAFA perlu pakai warna lain pula. Hari yang ada jadual aktiviti kelab dan persatuan, tudung mestilah ikut warna persatuan atau unit beruniform. Kalau anak masuk persatuan pengakap,mestilah kena ada sekurang-kurangnya sehelai tudung pengakap berwarna kelabu tu. Yang perempuan ahli persatuan Puteri Islam, wajiblah pakai tudung sekolah warna pink. Kalau tak , terkontang kanting sorang-sorang sebab warna tudungnya tak sama dengan rakan lain. Haishhh, tak tergamak kot kita mak-mak ni nak biarkan anak ‘terasing’ macam tu. Kena fahami juga bahawa anak kita pun akan terasa rendah diri jika demikianlah keadaannya. Kasihan !

Tudung sekolah Si Comel

Namun rasanya sekarang sudah tak menjadi masalah besar lagi sebab sudah banyak kedai pakaian sekolah yang menjual beraneka warna tudung sekolah. Tapi nak mencari kedai pakaian sekolah yang lengkap dengan 18 warna pilihan seperti butik Tudung Si Comel adalah agak sukar. Rata-rata kedai pakaian atau tudung sekolah hanya menjual 3 atau 4 warna popular sahaja. Selebihnya terpaksalah cari kat kedai lain pula.

Hmmm mujur ada Tudung Si Comel yang mempermudahkan urusan mak-mak. Tak perlu lagi ke sana ke mari sebab di butik Tudung Si Comel ini sudah tersedia 18 warna pilihan tudung sekolah awning lembut. Just pilih je ye mak-mak semua. Lebih mengujakan , material atau kain yang digunakan untuk menghasilkan tudung sekolah awning lembut dengan 18 warna pilihan ini sangat sejuk dan selesa dipakai, iaitu dari jenis Lycra Korea bermutu tinggi yang diimport sepenuhnya dari Korea.

Memang banyak kedai lain yang menjual tudung sekolah dengan harga yang sama dengan harga Tudung Si Comel atau mungkin lebih murah lagi. Namun mak-mak perlu ingat ya, harga terlalu murah belum tentu menjanjikan kualiti terbaik. Mungkin semasa memilih tudung sekolah, budget menjadi penentu utama, tapi jangan lupa ye mak-mak yang anak-anak kita banyak masanya dihabiskan di sekolah, dihantar untuk menimba ilmu demi masa depan mereka sendiri. Perlu ambil kira keselesaan mereka kerana itu juga akan menentukan sama ada mereka dapat belajar dengan perasaan yang gembira dan bersemangat atau sebaliknya.

Opppsss, tuuuudiaa membebel tak hingat ๐Ÿ˜€

Hakak bukannya apa, dunia hakak pun di sekolah. So, tiap-tiap hari hakak jumpa anak-anak ini. Dari yang kecil hingga yang besar. Kalau yang kecil tu, jam 10 pagi, tudungnya dah pun tercabut. Selalu kalau ditanya, memang tak ada jawapan lain selain panas,gatal atau rimas .. Agak-agaklah mak-mak ye, mengapa dorang ni cakap gatal, rimas, panas ?? Haa, hanya mak-mak sendirilah yang tahu kan ๐Ÿ™‚

Ditambah dengan keadaan cuaca di negara kita yang tak menentu ni,kejap hujan kejap pula panas berpanjangan. Pertimbangkanlah untuk mendapatkan tudung sekolah yang selesa dan sejuk dipakai. Jangan kejar harga murah semata-mata tapi langsung tak berbaloi untuk jangka waktu panjang.

Itu belum lagi cerita yang anak rambutnya terjurai keluar, tudung senget sana-sini,awning pula terkelepek ( huu betul ke istilah ni ?? ). Pendek kata tak kemas,serabut mata memandang.

Ok lah , jom tengok gambar 18 warna pilihan tudung sekolah awning lembut. Warna pink,kelabu,maroon,hitam,red chilli pun ada … Suwitttt gituu !

Tudung pengakap sekolah rendah

Jangan tak percaya,mak-mak pun ramai yang berkenan dengan tudung sekolah budak ni. Beli untuk anak,beli juga untuk diri sendiri hehehe..tak percaya tengoklah pic testimony ibu dan anak kat bawah ni.

Ehh, satu masalah lagi. Dah berkenan dengan 18 warna pilihan tudung sekolah awning lembutย  tapi jauh nye laahaiii nak ke butik Tudung Si Comel ..

Nah yang ini jangan dirisaukan ye mak-mak,butik ini berfungsi secara offline dan online. Bagi yang jauh, boleh sahaja buat pembelian online melalui pautan ini. Jika tak biasa dengan pembelian dan transaksi online, boleh sahaja berhubung dengan Krew Khidmat Pelanggan TSC atau wakil jualan ni : www.wasap.my/60195519115

Ok,sekian dulu. Thanks sudi baca ๐Ÿ™‚

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ๐Ÿ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ๐Ÿ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me