PUNCA BANDWIDTH LIMIT EXCEEDED DAN TIPS MENGATASINYA

By | October 4, 2014

Cerita Isnin lepas tentang bandwidth blog yang telah mencapai limitnya, tapi baru hari ni berpeluang untuk update.

Al kisahnya, lebih kurang jam 11 pagi macam tu, saya telah buat request untuk upgrade blog disk space yang telah pun mencapai had maksimumnya. Itu pun baru disedari selepas percubaan demi percubaan  untuk naik taraf blog ke WordPress 4.0 menemui jalan buntu. Rupa-rupanya  disk space dah penuh dan perlu upgrade terlebih dahulu.

Jadi berurusanlah saya dengan pihak  SempoiHosting untuk menyelesaikan semua masalah tu.  Tak lama selepas itu, saya menerima pengesahan daripada mereka bahawa proses upgrade disk space blog ini telah pun berjaya dilakukan. Yes ! Alhamdulillah, cepat sekali mereka bertindak. Itu sebabnya mengapa hingga sekarang saya kekal dengan SempoiHosting 🙂

Jam 1, hari yang sama saya cuba untuk layari blog sendiri. Tiba-tiba pula tak boleh. Muncul error 509, bandwidth limit exceeded. Aduhaiiii … : | Baru je plan nak  terbitkan satu entri, tiba-tiba timbul satu lagi problem.

Hmm, untuk tahun 2014 ni, kerap saya mengalami masalah bandwidth limit. Kali terakhir awal bulan Julai lepas. Alamat, rabak lagi poket kali ni. Bingung juga saya dibuatnya. Ye lah, rasa macam saya kurang aktif menulis sebulan dua ni. Bermakna saya jarang login dan tak banyak bandwidth yang saya gunakan. Ikut logik fikiran saya yang tak arif sangat bab-bab ni 😀

Oh ya, kalian tahu tak apa itu bandwidth ? Secara ringkasnya ia lebih kurang seperti kouta jalur lebar yang dimiliki oleh sesebuah blog untuk menjalankan operasinya . Bandwidth sesebuah blog dikira untuk tempoh setiap bulan. Apabila menjelang bulan seterusnya, ia akan reset kepada 0 semula tanpa mengira sama ada kita habis menggunakannya  atau tidak.

Tak faham ? Ok, anda boleh baca di sini untuk penjelasan lanjut. Nak terangkan lebih-lebih saya pun kurang arif. Dan tak berani juga. Tak pasal-pasal nanti jadi ajaran sesat  pula hahaha.

Beberapa punca yang menjadi penyebab bandwidth limit ni mengikut apa yang saya ketahui adalah :

 photo 247d52e1-de29-4a41-a653-ed3b627720da_zps7815de49.png

  • Jumlah pelawat yang masuk pada satu-satu masa terlalu ramai. ( Hmm, jumlah pelawat blog ni hanya sekitar 1200 saja sehari. Tak ramai mana pun, dan bukan tiap2 hari pun so.. tak logiklah )
  • Sewaktu pembaca yang ramai tu hendak menulis komentar, boleh juga berlaku bandwidth limit exceeded.
  • Proses muat turun yang banyak dari blog anda.
  • Kecurian bandwidth oleh pemilik blog lain yang mengakibatkan hot linking. Eh apa bendanye tu ??? Nak tahu boleh baca kat sini .

Selepas itu ini,begitu begini barulah masalah ini dapat diselesaikan. Rupa-rupanya semasa proses  disk upgrade pihak SH telah terlupa untuk upgrade bandwidth nya sekali. Mereka memaklumkannya melalui email dan memohon maaf di atas kesilapan tersebut. Pening mak dibuatnya tadi huhuhu. Paaatutlahhhh … hmm

Bagi mengelakkan bandwidth blog habis sebelum waktunya, mungkin tips mudah berikut ini boleh diamalkan.

  • Draftkan apa-apa saja bahan penulisan anda dengan menaipnya di Words dahulu. Apabila benar-benar pasti untuk diterbitkan, barulah login ke dashboard blog untuk publishing.
  • Gunakan free photo hosting seperti Flickr, Photobucket dan lain-lainnya  untuk menyimpan gambar yang hendak dijadikan bahan untuk blog.
  • Jika bercadang untuk menukar theme blog, survey mana-mana theme yang diingini melalui WordPress.Org terlebih dahulu supaya bandwidth blog tidak dibazirkan begitu saja jika kita mencarinya terus melalui admin panel.
  • Begitu juga dengan penggunaan plugin dan widget yang diingini dalam blog. Fikirkan dahulu apa widget dan plugin yang difikirkan sesuai, serta buat draft susun aturnya sebelum anda login.
  • Sediakan salinan kod-kod atau link affiliate yang ingin dimasukkan ke dalam blog dengan cara copy dan pastekan pada Word document terlebih dahulu sebelum anda login ke admin panel.
  • Lakukan cronjob pada cpanel blog. Opps, tolong jangan tanya ye … saya sendiri dalam proses belajar benda-benda macam ni hihi.

Rasa-rasa ok tak tips tu ? Apa-apa pun, jika kurang tepat, saya minta maaf. Sesetengahnya saya peroleh hasil pembacaan. Ada baiknya anda tanya saja dengan Encik GOOGLE.

 

 

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

8 thoughts on “PUNCA BANDWIDTH LIMIT EXCEEDED DAN TIPS MENGATASINYA

    1. SisHaza Post author

      Emm tak lah ramai sangat pun. Kalau compare dengan trafik Aju, agaknya macam langit dengan bumi huhuhu

      Reply
    1. SisHaza Post author

      Eh tak ada lah … trafik nya sangat rendah compare dengan saudara dan rakan blogger yg lain. Yg hebat hanya Allah shj, rite .. ?! 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me