PLATFORM PERCUMA BISNES INTERNET

By | April 14, 2013

*** Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ***

Lama benar tidak menulis entri berkaitan peluang-peluang menjalankan bisnes secara online. Atau lebih popular disebut sebagai buat duit secara online.

Seingat saya, jika tidak silap entri pertama di blog ni adalah berkaitan dengan bisnes dropship. Entri paling banyak mendapat perhatian spammer hingga hari ni. Hasil entri bisnes dropship, puluhan komen spam pun masuk setiap hari hu hu hu..

Bisnes online pertama yang saya lakukan ialah menjadi agen dropship produk kecantikan / kesihatan dan pakaian wanita serta kanak-kanak. Ini lah detik permulaan awal mencari duit sampingan secara online atau pun melalui internet. Seronok juga menjalankan bisnes dropship kerana komisyen yang diterima agak lumayan. Bagi sejenis produk kecantikan, dengan mudah saja boleh dapat serendah rm 6.00 manakala bagi bisnes pakaian, jubah contohnya boleh dapat dari serendah rm25.00. Haa lumayan juga tu kan..

Bisnes dropship kedua-dua produk ni sempat juga bertahan hampir 3 tahun. Kemudian saya berhenti. Ada banyak masalah yang menimpa hingga menyebabkan saya tawar hati lalu buat keputusan untuk berhenti. Ehemm.. boleh saja jika nak bercerita apa masalahnya kat sini, tapi takut nanti entri ni akan jadi macam manuskrip drama laa pulak heheh. So, di kesempatan yang lain sajalah kita bercerita erk..

Usaha mencari sedikit wang sampingan tak terhenti selepas tu. Saya beralih pula kepada kerja-kerja menjadi agen affiliate. Nak tahu apa affiliate, kalian  boleh tanya Uncle Google 😀 For sure boleh dapat maklumat selengkap-lengkapnya. Platform percuma bisnes internet atau pun tapak di mana kalian boleh bermula dengan mudah dan yang penting FREE ialah dengan JomNiaga.Com. Saya juga bermula di sini, dan hingga hari ni masih selesa dengan mereka sebagai agen affiliate JomNiaga.

Ok, sedikit info tentang JomNiaga khas bagi mereka yang belum mengetahui, JomNiaga™ adalah sistem integrasi e-dagang dan affiliate yang pertama di Malaysia, disyorkan oleh pakar-pakar Internet, dan terbukti berkesan. Jika kalian menjadi ahli JomNiaga,kalian boleh :

  1. Promosikan produk dari pelbagai vendor dengan hanya satu akaun
  2. Paparkan banner  affiliate yang tersedia di blog, website atau FaceBook™ page masing-masing
  3. Sangat mudah untuk mempromosi produk kepada rakan-rakan  di facebook & laman media sosial yang lain.
  4. Komisen  terjamin, dan di bayar secara konsisten setiap dua minggu
  5. Pilih cara bayaran samada melalui Paypal™, cek atau pemindahan bank
  6. Sistem pengesanan termaju untuk memastikan kita mendapat ganjaran sewajarnya hasil penat lelah mempromosikan produk2 di JomNiaga

Jika nak tahu lebih lanjut tentang produk yang ditawarkan, kalian boleh surf di laman JomNiaga.Com. Sehingga hari ni, saya selesa memilih untuk mempromosikan pelbagai jenis e-book yang dihasilkan oleh IM tersohor. Kerjanya mudah dan tak pening kepala memikirkan perlu berhubung banyak kali dengan pembekal untuk membuat pengesahan stok produk sebelum confirm order dengan customer berbanding seperti yang terpaksa dilalui semasa menjalankan bisnes dropship dahulu.

Oh ya, jika rakan2 semua berminat untuk mencuba, bolehlah klik banner di atas  untuk mendaftar sekarang. Tak perlu gundah, percuma sahaja. Ada beberapa insentif lain yang agak menarik diberikan khas kepada ahli-ahlinya. Jom daftar segera.

Good luck !

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

9 thoughts on “PLATFORM PERCUMA BISNES INTERNET

  1. ajumohit

    hmm saya baru 2 kali dapat komisen, apapun mmg terbaik sebab sambil2 blogging boleh dapat duit 😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me