Salam ukhwah

Blogwalking senyap-senyap ( blogwalking tanpa meninggalkan komen ) adalah antara aktiviti atau rutin tak rasmi yang sering saya lakukan apabila buntu untuk menulis. Tujuannya untuk segarkan minda, di samping mungkin membantu mendapatkan idea baru untuk menulis. Seronok juga BW senyap-senyap ni. Macam-macam jenis blog serta blogger yang kita boleh jumpa. Yang mampu membuatkan kita tersenyum kelat pun ada juga. Apa tidaknya … terjumpa duplicated entry la pulak. Terasa macam pernah baca je ayat-ayat yang ‘menawan kalbu’ tu . Sebijik macam isi entri kita yang terdahulu. Cuma beza tang tajuknya jaa. Laa, sedar2 entri sendiri dah kena ciplak. Hmm bawa-bawalah bertaubat dik non. Tak ke mananya awak tu kalau asyik copy & paste hasil tulisan orang.

Pengalaman Bisnes Dropship

Ok, ini bukannya nak cerita pasal isu copy & paste walaupun hal tu dah terkena banyak kali dah pada hasil kerja Cik Kiah … Sebenarnya saya nak berkongsi cerita  pengalaman bisnes dropship, tentang kaitan  banyaknya blogshop yang muncul di arena blog semenjak dua menjak ni. Blogshop – ala blog yang jual shawl, handbag, t’shirt muslimah, jubah, ubat kurus dan all those girl’s stuff laa. Yang jual jaket, kaca mata, sport wear –all those things untuk lelaki tu pun ramai.

Beberapa tahun dulu, semasa saya belum berapa nak celik pasal dunia perniagaan online ni, blogshop sedemikian rupa selalu membuatkan saya berasa kagum. Kagum dengan kemampuan golongan muda belia yang muda2 lagi dah ada perniagaan sendiri. Fikir saya, mereka ni tentunya jenis anak orang kaya yang dapat support modal dari mak ayah. Bertuahnya badan kalau saya pun begitu. Jenis saya ni pula, kalau terjumpa dengan hal-hal yang menarik begitu, mulalah belajar sikit-sikit, google dan siasat sana sini. Lepas siasat sana sini, berjayalah juga korek rahsia sebenar.

Rupa-rupanya ada cerita lain di sebalik segala yang kelihatan ‘gah’ tu. Dalam banyak-banyak blogshop tu, bukan semuanya mempunyai kedai fizikal atau kedai nyata sendiri yang beroperasi secara offline dan online. Ramai sebenarnya hanya menjalankan perniagaan atau bisnes berkonsepkan dropship sahaja.

Jika kalian masih baru dengan konsep bisnes ini, belum jelas bagaimana langkah menjadi agen dropship, jemputlah baca entri saya yang terdahulu di sini dan di sini.

Ya, mereka mendaftar sebagai agen dropship, kemudian dengan sedikit kemahiran IT, mereka wujudkan blogshop untuk mempromosikan perniagaan tu. Nampak macam real saja kan .. Di sinilah juga bermula sejarahnya bagaimana saya mula terlibat dengan bisnes dropship. Sempat bina blogshop sendiri menggunakan platform Blogspot, sempat merasa hasilnya hampir 3 tahun.Tapi belum layak menjadi pakar dropship 😀 . Hanya tahu serba sedikit saja.

Produk pilihan saya ketika itu adalah produk kecantikan dan kesihatan. Produk paling banyak mendapat permintaan adalah produk pelangsingan dan slimming corset. Selepas itu, saya wujudkan blogshop ke-2 yang menjual jubah dan pakaian wanita, betul-betul pada awal Ramadhan. Dan paling menyeronokkan, selepas lebih kurang seminggu membina blogshop tu, saya berjaya menjual 3 pasang jubah buat pertama kalinya dengan jumlah komisyen sebanyak RM80.

Itu antara kenangan manis saat memulakan bisnes dropship. Namun buat masa sekarang, saya berhenti seketika. Kedua-dua blogshop itu masih wujud, Cuma kurang aktif disebabkan kekangan masa, masalah kesihatan Mr Hubby dan juga tumpuan kepada penulisan blog di samping urusan kerjaya hakiki.

Sesungguhnya saat menjalankan bisnes dropship adalah saat-saat manis dalam usaha saya menjana pendapatan sampingan. Ia menyeronokkan kerana boleh dilakukan dari mana-mana saja. Fokus saya ketika itu adalah melalui medium blog kerana pemasaran melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya masih belum betul-betul meluas dan berjaya seperti hari ini.

Secara jujurnya, perniagaan berkonsepkan dropship adalah antara pilihan terbaik dan sesuai bagi anda yang baru hendak mencuba-cuba mencari duit sampingan ( pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman sendiri ). Ini kerana terdapat 2 pilihan bisnes dropship sama ada yang berbayar atau 100 % percuma.

Buat permulaan, secara peribadinya saya nasihatkan agar anda cuba dahulu dengan dropship percuma sebelum melangkah lebih jauh. Jika sudah nampak hasilnya, barulah cuba dengan dropship berbayar pula.

Ok, ‘ terpanjang lebar ‘ pula dah entri kali ini. Sebelum berhenti menulis, tak lupa ingin saya ingatkan bahawa untuk menjadi agen dropship yang berjaya, anda perlu miliki beberapa kualiti diri di bawah. Cer tengok dan semak, ada tak kualiti2 atau ciri-ciri seperti ini dalam diri anda …

  1. Jujur : kualiti atau ciri yang WAJIB ada kerana anda akan bertindak sebagai orang perantaraan yang bakal menerima bayaran bagi pihak pembekal
  2. Rajin : kualiti ini PERLU bagi memastikan anda berjaya menghasilkan jualan semaksima mungkin dan mencapai target jualan ( p/s – target jualan anda yang tetapkan )
  3. Sabar : kualiti yang semestinya perlu ada kerana lain pelanggan lain ragamnya
  4. Mesra : bonus tambahan jika anda ada kualiti ini kerana sesetengah pelanggan yang teliti akan bertanyakan banyak perkara sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli
  5. Aktif di laman sosial : kerja-kerja mempromosi jadi lebih mudah apabila anda aktif di laman sosial Facebook, Twitter, Instagram, blog dan sebagainya.
  6. Ramai kenalan : satu kelebihan kerana prospek jualan anda lebih meluas dan besar

Seperkara lagi, cuba lihat sejauh mana anda serius dalam mencari rezeki tambahan untuk keluarga. Jika anda 200 % serius, insyaallah impian untuk memulakan bisnes dropship ini akan berjaya. Usaha tu kan tangga kejayaan dan jangan lupa rezeki Allah ada di mana-mana. Cuma perlu banyak usaha dan jangan lupa berdoa. Insyaallah, makbul !

19 Comments

  1. itulah kak bg yg nak
    memulakan business online dan taknak terikat dengan keep stock bolehla join dropship dulu, saya pun seronok buat part time mcm ni, urusan pengeposan pun takde masalah, bolehla buat duit poket beli susu anak hehe

    1. Author

      seronok sebab sistemnya yg mudah … tak perlu risau stok tak habis

    1. Author

      Personally bg sis, memang best…sebab utama tak payah pening kepala nak fikir pasal stok x habis atau rushing untuk hantar barang 🙂

  2. Emm masih belum berjaya lagi melibatkan diri dengan dropship ni..hehe..nak cuba gak nanti ada rezeki dan cuit yang cukup…

    1. Author

      Hehe … tq. Alah masih dalam proses belajar, tak ada apa yg hebat pun 🙂

  3. betul tu.

    saya juga sarankan bisnes dropship bagi yang nak berbisnes tapi tiada modal.

    good luck. sama-sama kita berbisnes ye 🙂

  4. Sistem dropship sangat membantu bagi siapapun yang ingin berniaga namun tidak mempunyao modal yang cukup.

  5. Dropshipping paling sesuai untuk students dan yg kekurangan modal… ingat, sikit2 lama2 jadi millionaire..hihi

  6. Saya baru start niaga dropship. Your blog entry really inspires me 🙂

  7. macam mana nak jd agent dropship tanpa memerlukan pengalaman? ada brand yg bagus tak yang boleh disyorkan? saya serius mahu jadi agent dropship tetapi tak banyak yang saya jumpa yang percuma dan tiada pengalaman. Mungkin saya yang tidak pandai mencari brand. Ada cadangan x? Terima lasih banyak banyak kerana membaca. 🙂

    p/s: Saya tidak mahu terlibat dengan MLM.

  8. macam mana nak jd agent dropship tanpa memerlukan pengalaman? ada brand yg bagus tak yang boleh disyorkan? saya serius mahu jadi agent dropship tetapi tak banyak yang saya jumpa yang percuma dan tiada pengalaman. Mungkin saya yang tidak pandai mencari brand. Ada cadangan x? Terima kasih banyak banyak kerana membaca. 🙂

    p/s: Saya tidak mahu terlibat dengan MLM.

    1. Author

      Sememangnya banyak produk dropship yang boleh disertai secara percuma, bergantung kepada jantina, minat atau kecenderungan anda. Salah satu yang saya perhatikan sangat hot sekarang adalah produk kecantikan Nurraysa. Produk ini sangat popular,berkesan dan menawarkan harga mampu beli kepada pengguna … anda boleh cuba.

  9. Assalamualaikum. Nak tanya, contoh klau macam student yang baru berumur 14 tahun, dan dia ingin menjadi dropship,apa yang perlu dilakukan?? Mohon Penjelasan..

Leave a Reply to Faqihah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *