Salam mesra buat semua

Pada kebiasaannya, Ahad ialah hari untuk bersantai-santai buat kami sekeluarga. Alor Setar menjadi destinasi pilihan untuk bersiar-siar, makan-makan atau window shopping sebab di Perlis hanya terdapat beberapa buah pusat membeli-belah yang agak kecil dengan pilihan yang agak terhad. Apapun , ini negeri kelahiran saya, tempat saya membesar, bersekolah dan sebagainya jadi saya tetap sayang dan berbangga menjadi rakyat Perlis 🙂

 photo 2bf836c3-009d-4cce-bef4-5a16f03b866b_zpsef7db1e6.jpg
Percutian ke luar negara … hihihik 😀

Namun hari ini adalah hari Ahad yang berbeza. Lari sedikit daripada kebiasaan,  kami mengubah haluan ke sempadan antarabangsa. Ke mana lagi jika bukan ke Wang Kelian, yang terletak betul-betul di puncak bukit, di tengah-tengah hutan yang menjadi sempadan pemisah antara negeri Perlis dan Thailand.

Sudah agak lama juga tidak ke sana, berbanding ketika kami menetap di Terengganu dahulu. Asal cuti sekolah dan balik ke kampung saya, Wang Kelian adalah destinasi wajib. Ada tarikan tersendiri yang menunggu ketika itu iaitu beras wangi, mainan kanak-kanak yang murah serta aneka jenis beg tangan dan pakaian wanita yang cantik-cantik dan murah harganya. Semuanya diborong sakan untuk meraikan ahli keluarga sendiri di sini dan juga sebagai buah tangan untuk dibawa kembali ke Terengganu. Tapi itu cerita beberapa tahun dahulu lah 😀 sebelum kami kembali menetap di sini.

Saya, Mr Hubby dan anak-anak bertolak dari rumah jam 7.15 pagi dan tiba di pasar sehari Wang Kelian pada pukul 7.40 pagi. Ye, perjalanan dari rumah saya hanya mengambil masa 25 minit pada kelajuan 90 km/jam jika memandu kenderaan sendiri.

Tujuan sebenar kami keluar lebih awal adalah untuk mengelakkan 2 perkara iaitu kesukaran mencari tempat parkir dan mengelakkan cuaca panas. Bagi anda anda yang mungkin belum pernah sampai ke Wang Kelian, mungkin anda tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan sebenarnya di sana.

 photo 3c8c9d22-8a79-4ab3-ae68-30e534a6a9a2_zpsdbc9e7f0.jpg

Sebenarnya, pasar sehari Wang Kelian ini  lokasinya betul-betul di atas bukit. Jadi parkir kenderaan adalah di sepanjang jalan raya. Jika datang lewat, anda perlu letak kenderaan jauh di bawah dan terpaksa menapak panjang untuk sampai ke gerai-gerai peniaga warga Thai yang berada nun di atas bukit sana selepas melepasi pos kawalan dan pos imigresen. Boleh longgar lutut dibuatnya.

 photo d05032e4-5ecc-42a9-a8b5-173363205f54_zps623e8236.jpg
Nyiru pun ada …. dulu2 mak saya gunakan untuk tampi padi

Jalan-jalan kali ini adalah sekadar cuci-cuci mata dan beriadah sahaja. Sebenarnya baik saya atau Mr Hubby tidak ada target untuk mencari apa-apa barangan pun. Jika ada kebetulan sesuatu yang berkenan di hati dan sesuai pula harganya, barulah dibeli.

Terdapat banyak barangan keperluan rumah seperti cadar,selimut, kelambu, periuk belanga, teddy bear, pakaian wanita dan lelaki aneka fesyen, kudap-kudapan seperti biji gajus, asam jeruk, kerepek, beras wangi, barangan elektrik, minyak wangi, kraftangan, makanan popular Thai  serta barang-barang basah keperluan dapur dan sebagainya lagi. Pendek kata macam-macam ada !. Cuma sediakan $$$$  je hihihi.

 photo 9f865b8e-448d-4bc2-9d15-60c79e0a8744_zps3b1cc040.jpg
Port ni anak-anak dan mak-mak suka … 🙂

Mungkin ada yang bertanya bagaimana dengan harganya berbanding di tempat lain ? Ok, begini saja ye .. Jika dibandingkan harga barangan yang sama di Padang Besar, sememangnya harga di Wang Kelian adalah lebih rendah. Jadi bagi anda yang ada hasrat berkunjung ke Perlis ada baiknya anda rancang dengan teliti percutian itu agar dapat meluangkan masa ke sini. Pasar sehari Wang Kelian ini berlangsung pada hari Ahad setiap minggu. Jadi jika ingin membeli Toto / Narita, kelambu , mainan anak-anak atau apa saja lebih baik berbelanja di sini agar anda dapat berjimat sedikit.
 photo 114c6685-8343-40df-9854-50b0bc251ba2_zpsc9dfd8fa.jpg

Bagaimana pula dengan kualiti ? Ok, ini juga satu isu yang sering dipersoalkan ramai orang terutama bagi mereka yang tidak biasa berkunjung ke kedua-dua tempat sebegini. Bagi saya terdapat sesetengah barangan memang kualitinya setanding dengan  produk tempatan, namun ada juga yang perlu anda buat pertimbangan panjang sebelum membelinya. Emm, faham-fahamkan maksud saya ini supaya wang yang kita belanjakan itu berbaloi dengan produk yang bakal dibawa pulang.

Seperkara yang anda harus tahu, bukan semua barangan di sini lepas daripada sekatan pihak kastam. Barangan keperluan seperti beras, beras pulut dan sebagainya mempunyai had atau batas tertentu yang telah ditetapkan untuk dibawa keluar. Jika melebihi daripada yang sepatutnya, anda akan terpaksa ‘bersembang ‘ panjang dengan pegawai-pegawai di situ dan menjalani prosedur-prosedur lain yang berkaitan. Begitu juga dengan tanam-tanaman seperti pohon orkid yang menjadi kesalahan untuk dibawa keluar dari sana walaupun terdapat peniaga Thai yang menjualnya.

 photo 83258798-419c-424d-a6fb-4b58e81dcc6a_zpsa2a15c08.jpg
Pelbagai jenis beras berkualiti tinggi termasuk beras wangi ada dijual di sini

Jika berkesempatan untuk ke sini, jangan lepaskan peluang. Memang seronok bersiar-siar dan berbelanja di sini. Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan tentang cerita pasar sehari Wang Kelian ni, tapi nampaknya masa tidak mengizinkan. Insyaallah saya akan cuba update tentang Wang Kelian ini dalam entri lain berkaitan cuti-cuti di Perlis. Moga-moga sedikit maklumat yang serba ringkas ini akan dapat membantu anda yang mungkin ada hajat berkunjung ke Utara pada cuti sekolah yang bakal menjelang lebih kurang 3 minggu lagi.

36 Comments

  1. seronoknya cikgu
    dapat cuti jalan2… 😀

    pernah juga sampai ke padang besar
    tapi wang kelian ni belum pernah

    1. Author

      Cuba cari masa datang ke sini pula cikgu …seronok tau 🙂

  2. Hehe, saya pun belum pernah sampai ke sini. Wah, banyaknyer barang, rambang mata dibuatnya.

    1. Author

      Ada kesempatan jemputlah mai ke sini. Bukan setakat rambang, dah boleh juling biji mata tu … hihi,just kidding

  3. salam
    baru 2 kali kesana…mcm serik dgn jalannya,mcm ular kena palu hehe..tp barang2 kat sana mmg murah…padang besar lebih selesa,kan…

    1. Author

      Ye Kamsiah, dari segi selesa memang PB lebih ok. Cuma kalau nak yang murah WK lah tempatnya ….Betul pasal jalan tu, saya pun tak berani ,kena guna khidmat driver juga hihi 🙂 berbukit, selekohnya berselirat lain macam pula

  4. Belum pernah sampai ke sini..

    Nampaknya, macam nak kena terjah jugak sambil beriadah mata..hehe

    thanks sis haza berkongsi

  5. aduii nak tutup matalah kak hehe tak menahan tgk selimut and comforter tu, kalau dekat mmg terjah 😉

  6. saya belum pernah sampai lagi..tapi nampak macam menarik sahaja

    1. Author

      Memang banyak pilihan beras mereka …. wangi2 dan gebu jer hihi

    1. Author

      Setakat ni ok je .. tapi kena lihat juga iklim politik mereka

  7. menarik2… tak pernah pergi lagi nih.. nampak lubuk boleh buat bisnes nih.. hehe $$$

    1. Author

      Betul apa yang saudara zik katakan tu… bukan sorang dua yang datang ke sini untuk survey2 produk sesuai untuk buat bisnes. Contohnya macam pakaian pelangsingan tu … set Zirana etc kat sini jauh lebih rendah harganya banding dengan yang dijual online. Tak percaya leh datang tengok sendiri lah … 🙂

  8. Basikal pun ada ya.. boleh terjah nanti ni.. Kat padang besar tak nampak plak diorang jual basikal..

    1. Author

      Ye memang ada …harganya pun agak murah berbanding tempat lain. Di PB memang tak ada


  9. salam. boleh saya tahu..pasar wang kelian ni memang buka ari ahad ke? kalau hari isnin buka tak?

  10. nak tanyer psl wang kelian.. nak pegi pasar wang kelian, hari2 buka or setiap ahad saja.. sebab sy nak blik Kedah so plan nak ke wang kelian, mbe hari jumaat camtu kesana.. kena passport x nak masuk wang kelain..

    1. Author

      Dear Faizah … pasar tu hanya pada hari Ahad, tapi ikut apa yang sis tahu petang Sabtu nye tu dah ada juga peniaga yang dah mula berniaga. Cuma tak ramai.. Kalo nak shopping sepuas ati better pi Ahad je 😀 Make sure pi awal, kalau tak jenuh menapak nanti. Tak perlukan passport pun, just bawa duit banyak2 jer hihihi

  11. berapa kilo beras wangi yang dibenarkan utk melepasi sekatan kastam tu?

  12. Kalo ari sabtu xde pasar mcm tu ke

    1. Author

      Maaf lambat reply En Khairul … Sabtu petang sudah ada sedikit peniaga yg mula pasang gerai jualan sbg persediaan untuk hari Ahad, hari utama pasar ni. Tapi jumlahnya kecil saja

  13. Ada ke org jual burung kat pasar tu?? Burung utk bela… bkn utk mkn. Hehe.

    1. Author

      Tak pasti pulak Mr Edy.. tapi kalau ikan guppy tu pernah tengok. Tapi jualan macam tu biasanya tak boleh dibawa melintasi sempadan,salah dari segi undang2

  14. Hari ahad je ke bukak?hari2 biasa??

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *