Tudung kanak-kanak
Panduan Bisnes Dropship – Kongsi Macam2 Cerita

Panduan Bisnes Dropship

Salam hormat,

Ruang masa untuk saya menulis sangat terbatas ketika ini, namun tetap mahu saya ucapkan terima kasih kepada pembaca yang masih sudi membaca setiap tulisan saya di sini 🙂

2 hari lepas, saya ada menerima kiriman email daripada seseorang bertanyakan sama ada saya ada menawarkan kerja-kerja dropshipping . Mungkin sebelum ini beliau ada membaca beberapa artikel berkenaan bisnes dropship di blog ini dan beranggapan saya ada menyediakan program dropship tersebut.

Mungkin berlaku salah faham di sini.

Saya hanya menulis tentang pengalaman saya dalam bisnes dropship satu ketika dulu. Bagaimana untuk bermula , bagaimana flow kerja-kerja dropshipping, kelebihan bisnes dropship serta panduan untuk menjadi seorang agen dropship yang berjaya.

Terjun ke dalam dunia perniagaan tanpa asas bisnes adalah  ibarat terjun ke dalam lubang yang kita tidak tahu  kedalaman serta apa yang menanti di dasarnya. Jadi jika ada yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kira atas alasan apa sekali pun, perniagaan dropship adalah pilihan paling tepat serta selamat saya kira.

Ini kerana, bisnes dropship boleh dimulakan bila-bila masa di mana jua, tanpa sebarang modal, tanpa bangunan kedai, tanpa sewa tapak perniagaan, tanpa risiko lambakan stok. Anda boleh bermula walaupun tanpa pengalaman serta ilmu berkaitan bidang ini.

Cumaaa… ya ada cumanya..

Dari satu aspek, anda mungkin akan lambat untuk memperoleh hasilnya berbanding mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Anda mungkin akan tersilap pilih pembekal kerana anda tidak tahu pembekal yang mana satu lebih jujur, lebih komited dan memiliki aneka produk untuk ditawarkan di pasaran. Anda juga mungkin akan buntu dan keliru tentang teknik pemasaran yang mana satu lebih berkesan untuk diamalkan.

Senarai Pembekal di Malaysia

Semuanya kerana anda bermula tanpa sebarang panduan.

Nasihat saya, kepada pengirim email yang bertanya serta kepada pembaca yang mencari -cari teknik berkesan untuk menjadi seorang agen  dropship berjaya, belajarlah daripada sumber yang betul.

Yup, belajarlah daripada sumber yang betul. Bergurulah dengan orang yang mahir tentangnya..

Bersedialah untuk melaburkan sedikit wang bagi mendapatkan ilmu berkaitan panduan bisnes dropship, supaya usaha anda nanti tidak menjadi sia-sia.

Pada saya, lebih baik melabur sedikit untuk ‘berguru’. Itu jauh lebih baik daripada menahan sakit hati dan menderita keletihan melihat usaha berbulan-bulan tetapi sekali pun belum berjaya mendapatkan hasilnya.

Di pasaran maya hari ini, terdapat beberapa panduan berguna berkaitan bisnes dropship yang boleh dijadikan sebagai ‘sekolah’ untuk anda belajar memulakan perniagaan dropship. Antaranya

Master Dropship Dalam 30 Hari

  • Hanya RM 37 sahaja.
  • Ditulis oleh seorang agen dropship yang mempunyai pengalaman lebih daripada 2 tahun dalam bisnes dropship produk kesihatan.
  • 4 Modul menarik untuk membimbing anda menjadi agen dropship yang berjaya

Banyak lagi pendedahan tentang cara pantas membina kejayaan sebagai agen dropship, semuanya terdapat dalam panduan ini.

Jika anda masih menyimpan cita-cita serta harapan untuk mengubah kehidupan anda dalam bidang ini, dapatkannya sekarang.

Tentu sekali, saya doakan anda berjaya dalam bidang ini.

Salam sukses !

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

6 Comments on "Panduan Bisnes Dropship"

  1. Tips bagus tu ! Dropship amat sesuai buat orang baru dengan modal yang minima dan kos yang rendah…:-)

  2. bia ada minat nak buat sesuatu
    molek sangat untuk cari ilmu yang sesuai dan berkaitan
    tak la nanti rugi masa dan tenaga

  3. dropship tak perlu keluar banyak modal, untung dia memang lumayan.

  4. Tips yang bagus dan boleh dijadikan panduan. Saya hanya mengesyorkan nichie untuk dropship. Menjual cadar seperti cadar patchwork antara program dropship yang boleh disertai. Keuntungan yang memberangsangkan dan permintaan yang tinggi. Pembelian tidak mengikut musim.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me