Mengapa Saya Suka Buat Duit Dengan Affiliate ?

By | February 9, 2015

Mengapa saya  suka buat duit dengan affiliate ?

Ya, inilah  cerita yang nak dikongsikan bersama hari ni. Ikhlas, sekadar satu perkongsian …. langsung tak ada niat nak menunjuk-nunjuk pun.

Lagi pun siapalah saya 🙂 .. sekadar part time blogger yang hanya tumpang memeriahkan dunia blogging. Orang tulis blog , saya pun tulis juga. Orang update setiap hari, saya update 2 minggu sekali hahaha…. Ok la tu kan.  Orang dapat $$$$ ribu-riban, saya pun dapat juga. Tapi sekupang dua je heheh… Ok laa daripada tak dapat langsung kan 😀

Ok, 2 Februari lepas, saya berjaya dapat satu lagi komisyen daripada Ashadee.Com. Tak ingat , ini komisyen yang ke berapa. Alhamdulillah ,walaupun sedikit saja tapi ini rezeki yang Allah beri untuk anak-anak.

 photo d8db0141-51b0-43da-b75d-6d58d74ede23_zps70fa1bed.png

Sebelumnya dapat email notification pada 21 Januari mengatakan Ashadee dalam proses melakukan pembayaran ke akaun saya. Tak banyak, hanya RM 133.10. Tapi itu kan rezeki juga… Syukran Ya Allah.

 photo 020513c6-5ada-446e-8a0f-f8ea2e9a1335_zps5e732d52.png

Tak silap ingatan saya, komisyen affiliate pertama datangnya daripada Panduan Tau Fu Fah. Itu selepas 2 artikel ditulis berkaitan panduan tersebut. Ikut Encik Cendol, sebaik-baiknya tulis 5 artikel atau entri untuk satu perkara jika mahu mempromosikan produk affiliate .. Alhamdulillah, selepas 2 entri sudah menjadi.

Jadi inilah sebabnya, mengapa saya suka buat duit dengan affiliate. Tak pandai berniaga, jadi inilah cara saya. Menulis sedikit info ikut sekadar apa yang saya ketahui, memberi panduan dan juga berkongsi pengalaman-pengalaman lepas, membuka jalan kepada pendapatan pasif seperti ini.

Seperkara yang saya pelajari, tulis lah sesuatu yang dapat merungkai permasalahan atau membuka jalan penyelesaian kepada isu atau masalah yang dihadapi. Tulis dengan jujur. Jika baik sesuatu produk atau perkhidmatan itu, nyatakan kelebihannya dengan jelas. Jika ada keburukan atau kekurangannya, nyatakan tanpa berselindung. Beritahu pro dan kontranya supaya pembaca dapat membuat pertimbangan untuk tindakan selanjutnya.

 << Blogger Biasa Komisyen Luar Biasa >>

Penting kepada pembaca blog kita untuk mendapatkan maklumat yang betul. Jika mereka yakin, bererti kita sudah berjaya membina kepercayaan mereka. Dari sini lah pembaca boleh bertukar menjadi pelanggan insyaallah …

Hoho …macam bagus sangat dah ni.

Itu pendapat saya, belum tentu sama dengan blogger yang lain.

Tapi, jika anda blogger  baru yang nak  mula cuba-cuba, ini salah satu jalannya … Apa jua niche blog anda, kala menulis sentuhlah secara tidak langsung produk affiliate mana yang mahu anda wara-wara kan. Untung-untung ‘lekat’ ….

Rezeki Allah kan ada di mana-mana.

Lepas ni, boleh mula cuba. Jangan lupa langkah ke-2 selepas setup blog, daftar dulu dengan dengan Ashadee atau mana-mana sistem affiliate yang ada seperti KlikJer  ye ..

Selamat mencuba.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 thoughts on “Mengapa Saya Suka Buat Duit Dengan Affiliate ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me