MENANG RM100.00 DARI GIVEAWAY HAIRULAZNI.MY

By | April 24, 2013

Salam rakan blogger semua,

Rezeki Tuhan buat hambanya yang tahu bersyukur ada di mana -mana. Turunnya pun mungkin bila-bila saja..

Mungkin 9 hari lagi anda akan dapat rezeki terpijak sebanyak RM50.00. Rezeki terpijak tu mungkinkah ada di Menang RM100.00 dari giveaway hairulazni.my ?

Jika inginkan jawapannya, marilah terjah atau join sekali dalam giveaway dari blogger yang telah menerangkan maksud sebenar ‘BOKEH’ kepada saya yang selama ini mati mati ingatkan BOKEH itu dari spesies yang sama dengan cicak tokek….hihihih.

FYI, pertandingan menang rm100.00 dari giveaway  hairulazni.my ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

1. Alexa Review

2. Penghasilan entri berkaitan giveaway ini

Tarikh tutup penyertaan adalah selewat-lewatnya pada jam 11.59 pm, 26 April ini. Beerti hanyatinggal 2 hari lagi untuk anda mencipta satu entri khas berkaitan giveaway ni. Tunggu apa lagi, cepatlah serbu bertindak.

Terdapat beberapa syarat yang mesti dipatuhi untuk melayakkan anda diadili dan dipilih sebagai pemenang.

1. Jika anda ingin join kategori 1,anda dikehendaki untuk menulis review mengenai blog Hairulazni.my di laman web Alexa.Sila klik pada Link Untuk Review Alexa Hairulazni.my (Anda perlu login untuk melakukannya,sama ada melalui Facebook ataupun anda create akaun sendiri).

2. Kategori review Alexa ini terbuka kepada SEMUA pengunjung blog beliau,tidak kira anda merupakan seorang blogger ataupun tidak.Bagi kategori Penghasilan Entri Mengenai Giveaway ini pula,hanya blogger sahaja yang dibenarkan.

3. Had umur yang dibenarkan adalah 15 tahun dan ke atas.

4. Untuk memudahkan review Alexa anda dikenali oleh beliau,sila gunakan nama yang sama sebagaimana yang anda selalu gunakan untuk komen di blog blogger ini.Jika tidak boleh,sila letakkan nama yang mudah dikenali di mana-mana bahagian review.

5. Selepas selesai menulis review Alexa,anda digalakkan untuk memaklumkannya di ruangan komen entri  Menang RM100.00 dari giveaway hairulazni.my. Dan jika ada apa-apa yang perlu diberitahu untuk memudahkan saudara hairulazni mengenali review anda,boleh nyatakannya di ruangan komen (Contoh seperti nama yang anda gunakan semasa membuat review dan sebagainya).

6. Penilian  review anda hanya boleh dilakukan apabila ianya diapprove oleh pihak Alexa.Hanya review yang telah diapprove oleh Alexa sahaja layak dikategorikan sebagai penyertaan yang sah.

7. Hanya seorang pemenang sahaja yang akan terpilih untuk kategori Alexa Review.Pemenang akan ditentukan melalui penghasilan review yang paling menarik dan kreatif.Pemilihan review terbaik ini akan dilakukan oleh beliau sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.(Anda tidak perlu bimbang,tidak akan ada unsur kronisme jauh sekali unsur rasuah di dalam pemilihan ini).

8. Review yang berjaya menawan hati akan menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 50.00. **** Tetapi tidak termasuk percutian 3 hari 3 malam di Bali…

9. Hadiah bernilai sama ( RM50.00 )ada disediakan kepada mana-mana blogger yang dapat membuat satu post (entri) yang paling menarik dan kreatif mengenai giveaway ini.

10. Jika anda telah menulis entri yang dimaksudkan,anda diminta untuk meletakkan link entri tersebut di ruangan komen.(Termasuk juga jika anda ada buat review di Alexa).

11. Alexa review yang diapprove oleh pihak Alexa selepas daripada tarikh dan masa yang dinyatakan tidak akan dikira sebagai penyertaan.Post yang dipublish juga hendaklah disubmit di ruangan komen sebelum tarikh dan masa tamatnya giveaway sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

12. Keputusan akan diumumkan dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh tamat Giveaway.Semua keputusan adalah muktamad.Segala surat menyurat,email,SMS,iMessage,Whatsapp dan pelbagai lagi bentuk bangkangan tidak akan beliau layan selepas keputusan dikeluarkan.

13. Pihak admin hairulazni.my boleh pada bila-bila masa menambah atau mengurangkan syarat giveaway ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.Peserta diharap sentiasa alert akan perkara ini.

Ok, panjang lebor akak buat. Kalau tak menang, saje aje lah ni.. 😀 Banyak kebaikannya untuk kalian semua jika join GA ni. Dari segi backlink, traffik… emm macam2 lah yang kalian semua dah tau tentang tu. RM 50.00 tu bukan kecik Cik Kiah, boleh buat bayor bil broadband bulan depan.

Hadiah iringan tidak dapat pula dapat saya pastikan. Kena tanya sendiri dengan beliau. Mungkinkah ini ?

** Antara hasil bidikan khas dari segala bahagian lensa termasuk bokeh blogger ini.. ngeh3x

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

6 thoughts on “MENANG RM100.00 DARI GIVEAWAY HAIRULAZNI.MY

  1. TehR

    dah menghampiri garisan penamat nampaknya ni
    rasanya dah tak sempat nak turut serta

    Reply
  2. Pingback: Senarai Penuh Peserta Yang Terlibat Dengan GA Blog Hairulazni.my | HAIRULAZNI.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me