MASALAH KOTAK COMMENT : Cuba ” Disable Plugins”

Yey…..akhirnya masalah kotak comment dapat jugak diselesaikan. Syukur,alhamdulillah !

Cerita masalah kotak komen ni sebenarnya mulanya begini.

Pada hari keputusan UPSR keluar iaitu Isnin 19 Nov, saya ada bercadang untuk membuat post atau entri berkaitan keputusan UPSR seluruh negara yang merosot sedikit berbanding 2011. Dalam kepala, saya sudah merangka-rangka apa yang akan saya tuliskan nanti.

Jadi, awal pagi tu, sebelum ke dapur saya sempat curi ruang untuk ngadap lappy sekejap. Pertama sekali, saya check email dulu, satu2nya perkara wajib buat setiap kali online.

Email pagi tu agak menyeronokkan. Manakan tidak, ada beberapa komen berkaitan entri di blog ini yang perlu dimoderatekan. Huhu, akhirnya ada juga surfer yang sudi mengkomen di blog saya yang alahai….

Lebih mengujakan, komen itu datangnya dari bukan calang2 blogger … tapi Sabree Hussin . Beliau adalah seorang blogger dan blog beliau dianggap oleh Cik Tom ( blogger wanita yang sangat saya kagumi nih..) sebagai salah satu dari 3 blog terbaik. P/s: sebenarnya,sebelum itu saya terlebih dulu BW ke blog beliau untuk membaca beberapa entri dan meninggalkan sedikit komen. Kiranya ini adalah ziarah balas beliau le.. hehe 🙂

Dalam salah satu komen beliau, ada ditanyakan tentang blog saya yang tak mempunyai link blog. Ishh, camane la tak ada link blog pulak ye… Hurm, pening saya memikirkan komen beliau tu.Link kat mana pulak ni ? Semua nampak macam ok je .. Memang saya tak dapat nak catch up apa yang beliau maksudkan tu.

Selepas itulah saya mula ‘menggodek-godek ‘ semula blog ini untuk melihat apa yang dimaksudkan oleh beliau. Cari punya cari, belek punya belek … masyaAllah ,kat kotak comment rupanya. Lah,macamana boleh terlepas pandang pulak ni..

Rupanya, pada kotak comment di blog saya hanya ada ruang untuk nama dan email sahaja. Link website tak ada… Kalau dah macam tu, memang tak ada sape lah yang sudi nak komen. Buat buang masa je, sebab link website tu penting sebagai salah satu strategi untuk dapatkan backlink.

Terus tak jadi nak buat entri pasal keputusan UPSR 2012. Saya pun mula cari di mana puncanya masalah kotak comment saya ni. Bermula dengan bahagian setting untuk discussion, saya tick semula pada bahagian2 yang diperlukan dan save settings. Tak menjadi ! Bila ulang balik ke bahagian settings > discussion, icon tick tadi telah hilang. Kotak tanda kekal kosong kembali. Puas saya ulang, masih sama. Ish ,dah mula pening ni. Masalah connection kot hahaha …langsung tak relevan. Walaupun diakui bb yang digunakan tu memang speednya macam siput je. Tukar baru tau.

Saya memang dah bengang masa tu. Macam2 andaian timbul … themes SWIFT yang saya guna ni corrupt ke ?! Nak kena tukar themes lagi ke ?! Rasanya memang tak sanggup. Sebab saya memang selesa dengan SWIFT, dan kalau kena tukar memang leceh lah. Kalau nak tukar, kena guna Pageline semula ke ?! Tengok blogger  Zyan guna Pageline ( kalau tak silap ), nampak cool dan ok je..

Pening 3x dah ni. Malam tadi saya ulang lagi step pada settings>discussion. Masih serupa. Macam ada something je yang prevent untuk tanda tick di situ. Sampailah akhirnya terfikir nak check pada bahagian plugins yang telah activate.

Teringat salah satu entri yang pernah dibaca di blog sape tah, jika berlaku masalah2 tak dijangka pada blog,jangan terus tukar themes. Cuba nyahaktifkan atau deactivate plugins terlebih dahulu. Mungkin masalahnya di situ.

Akhirnya dalam banyak2 plugins, saya cuba deactivate satu plugins ni yang fungsinya adalah menghalang SPAM. Selepas deactivate, saya ke bahagian settings > discussion kembali dan lakukan semula setting.

Macam magik, terus semuanya ok. Pada kotak comment, telah muncul ruang untuk WEBSITE URL … huhu macam tu aje .

Penat ! So kepada rakan blogger yang lain, andai timbul masalah pada blog, jangan le terburu-buru tukar themes. Mungkin ‘penyakitnye’ kat lain. Sabar2 dan tengok2 lah dulu …. Aicehh macam bagus sangat aku, heee.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

3 comments

  1. Assalamualaikum cik dja@sishaza (cane nak sebut ni ye hhe),

    Maaf la ea andai bahasa saya mengelirukan hhee

    By the way, apa nama plug in yang bermasalah tu? Kalau nak block komen spam mungkin saya boleh cadangkan dua jenis plug in, iaitu akismet dengan Growmap Anti Spambot Plugin.

    So far saya guna yang tu 🙂

    Rasanya yang Growmap Anti Spambot Plugin memang dah duk guna kan 🙂

    1. X pe …sy btrima ksh atas teguran. kalau x ,mmg x perasan pun pasal tu. Seblm tu sy guna Spam Free WP Ver.1.8.7 ..Maybe ada clash kot kt mana2. Oh ya, GASP tu skg mmg dah guna. Akismet blm lg. Dgn blog tdahulu,mulanya ok…Skg mcm ada pblm 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me