LANGKAH – LANGKAH MENJADI AGEN DROPSHIP

Dalam dok sibuk buat en3 pasal dropship,termelencong pula ke bab budget 2013. Orang cerita pasai budget, kita pun nyibuk jugak. Haa, tu yang tajuk ni jadi terlangkau pula.So, di sini saya nak kongsikan sikit tentang cara atau step yang perlu diambil untuk menjadi seorang agen dropship. Lepas ni, maybe tak tulis dah tentang dropship. Lagipun semua orang dah faham kan…kalau tulis jugak, takut nanti ada yang ‘muntah’ pula…ye laa, dah basi.

Apapun, step by step yang saya listkan kat sini tidak semestinya tepat atau sama seperti yang dilakukan oleh mereka yang dah expert dalam bidang ni.

Step yang  dinyatakan di sini adalah 100% ikut cara saya sendiri. Hanya sesuai untuk newbie yang masih merangkak belajar ilmu bisnes internet, macam saya juga huhu….

Ok,cuba ikut langkah2 berikut:

  • Kenapasti produk apa yang hendak  diniagakan ( berdasarkan minat,pasarannya,sasaran pembeli dan potensinya).
  • Kenalpasti pembekal manakah yang boleh membekalkan produk dengan cepat, stok mereka serta peratus komisyen yang boleh mereka tawarkan ( penting untuk memastikan pembekal ini wujud, jika boleh ‘siasat’ sikit sama ada mereka berdaftar dengan SSM atau tidak. Kena beringat jugak sebab penyangak di alam siber pada zaman ni,boleh tahan jugak jumlahnye. P/s: nak tau semua ni,anda boleh hubungi mereka terus atau buat pertanyaan melalui email,serta rujuk pada website rasmi jika mereka memilikinya).
  • Jalinkan perhubungan ( jgn terlebih pulak..) + perjanjian dengan mengambil kira syarat, peraturan dan sebagainya.
  • Muat turun gambar produk daripada pembekal jika ada diberi keizinan.
  • Buat homework sikit tentang produk yang hendak dijual ( Nak jual barang, kena tahu maklumat barang tersebut).
  • Setup blog jika perlu. Buat page kat FB pun ok.
  • Mulakan promosi.
  • Jika ada order, buat semakan dengan pembekal untuk memastikan barang yang diminta ada dalam stok.
  • Terima wang dari pelanggan.
  • Buat bayaran kepada pembekal dan berikan semua maklumat pelanggan yang mereka perlukan.
  •  Dapatkan tracking number daripada pembekal & berikannya kepada pelanggan.

Ok, itu aje. Tak lah sesusah mana pun. Dalam bisnes internet, memang telah terbukti ada pengusaha kedai on9 yang sebenarnya hanyalah seorang agen dropship sahaja, tapi berjaya menjana ribuan ringgit sebulan sebagai  punca pendapatan.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

4 comments

  1. disini saya ingn mnyatakn hasrat ingn mnjadi agen dropship..sbenarnya sudah lama sya brmnat dlm bdang prniagaan..keterunan kononya..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me