KOMISYEN KE-2 RAHSIA TAUFUFAH DAN REZEKI ANAK YATIM

By | June 21, 2013

” Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani “

Komisyen ke-2 rahsia taufufah dan rezeki anak yatim. Cerita yang saya sendiri tidak tahu di mana hendak bermula.burung makan padi

Pagi semalam, di tempat kerja saya menerima satu email menyatakan bahawa saya menerima komisyen ke-2 daripada hasil promosi Rahsia Taufufah. Syukur atas rezeki dari Nya 🙂

2 jam selepas itu, masih lagi di tempat kerja saya masuk ke bilik guru usai tugas mengajar . Sempat saya jeling kelibat seorang wanita memakai baju ala-ala baju korporat berwarna jingga yang duduk di sebuah meja kosong mengepit senaskah fail.

Waktu itu, saya sebenarnya sudah pun dapat mengagak dari mana datangnya wanita bertubuh gempal itu serta tujuannya. Bukan apa, sudah lebih daripada 7 kali rumah saya didatangi mereka yang berpakaian sama dengan mendakwa bahawa mereka adalah wakil daripada rumah anak yatim yang ingin memohon derma untuk membuat penambahbaikan pada badan tersebut. 90 % daripadanya datang dari negeri Kedah. Tempatnya mungkin lebih baik jika saya rahsiakan sahaja.

Hati kecil yang jahat sudah mula berbisik, mungkinkah mereka ini didalangi sendiket tertentu ? Sebabnya saya pernah dimaklumkan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa Majlis Agama Negeri tidak pernah pun memberi sebarang kelulusan untuk kegiatan ini sepertimana didakwa oleh mereka.  Pertanyaan yang bergumam dalam hati atas beberapa faktor  menyebabkan saya diselubungi seribu rasa cuak.

“Ya Allah, ampuni aku …. ” saya beristighfar. Benar atau tidak, hanya DIA sahaja yang layak menghukuminya.

Tidak mahu berdolak dalih saya hulurkan wang kepadanya.

“Saya tak mampu berikan seperti jumlah yang dipinta. Tapi ini ikhlas untuk rumah anak yatim yang puan wakili.. “

Pantas saya pautkan doa di dalam hati.

” Ya Allah berikan aku kekuatan  dan kebersihan hati agar benar-benar ikhlas melakukan ini..”

Balik ke rumah, belum sempat melepaskan lelah terdengar ketukan di pintu diikuti ucapan salam.

Sekali lagi, sama ada Allah sedang menguji saya atau apa.. Seorang remaja lelaki datang memohon derma untuk diri sendiri !

Sama ada ini satu kebetulan atau tidak, saya sendiri tidak mempunyai jawapannya. Peristiwa sama yang seperti berulang kembali.

11 hari lepas …..

6 jam  selepas menerima perkhabaran gembira tentang komisyen kali pertama dari Rahsia Taufufah, rumah saya didatangi pengutip derma. Ya, mereka dari badan yang sama. Bezanya, hari itu,  tidak satu sen pun derma  saya hulurkan malah saya merungut-rungut geram di dalam hati. Bukan sedikit juga rasa marah yang mulai menerjah diri kerana saya baru sahaja hendak membuka tudung , sudah didatangi tetamu tidak diundang itu.

Ditakdirkan Allah, 3 jam selepas itu blog saya digodam hacker. Seperti mana cerita yang tertulis dalam entri itu, saya dilanda stress yang teramat sehinggalah masalah serangan itu dapat diatasi.

Dua kali menerima khabar  komisyen, dua kali didatangi pengutip derma rumah anak yatim adakah ini semua kebetulan atau saya sedang diberi peringatan ?

Rezeki hak dan rahsia  Allah bukan milik saya sepenuhnya. Di dalamnya mungkin terkandung hak orang lain …

Saya masih tertanya-tanya.

Kredit Gambar : tangisanmelayu.blogspot.com

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

19 thoughts on “KOMISYEN KE-2 RAHSIA TAUFUFAH DAN REZEKI ANAK YATIM

  1. hafizmd

    Ia benar2 begitu membuat saya berfikir sesuatu…

    terima kasih dja berkongsi cerita sebegini utk santapan minda

    Reply
  2. onlajer

    Alhamdulilah
    memang semua yang berkaitan dengan rezeki itu adalah rahsia yang hanya Allah SWT yang mengetahuinya

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Wah..jaminan dari big boss sendiri ni..hehe. Thanks ats kesudian singgah n komen di sini ye Mr Shuth 🙂

      Reply
  3. Hafizul

    Emm dalam makna artikel ni..memberikan saya satu motivasi yang tinggi..emm semoga ada hikmah disebalik semua ni..dah-dah fikirnya..wak tak tau jer..haha..tahnaih atas komisen tersebut..

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Betul tu Shafwan… rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut bukan di bawah kawalan kita

      Reply
  4. ajumohit

    pertama sekali tahniah ye kak, apa yang kita dapat bukan semuanya milik kita, semoga mereka menggunakan hasil derma sebaik mungkin, takpe kak ada lagi akak dpt ni, pahala dariNya, tahniah kak

    Reply
  5. Pingback: MENGAPA REZEKI TIDAK DATANG MENJENGAH - Kongsi Macam2 Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me