Tudung kanak-kanak
Komisyen Ke-14 Panduan Lengkap Rahsia Taufufah – Kongsi Macam2 Cerita

Komisyen Ke-14 Panduan Lengkap Rahsia Taufufah

Salam hormat
Kata orang, rezeki ada di mana-mana. Asalkan mahu berusaha dan niat mencari rezeki itu ikhlas untuk menyara hidup keluarga, insyaallah rezeki Allah akan mendekat. Cuma datangnya mungkin dalam bentuk yang berbeza-beza.
Keluarga yang bahagia, anak-anak yang soleh, kesihatan yang baik, persekitaran kerja yang menyeronokkan adalah salah bentuk rezeki yang dikurniakan Allah kepada hambaNya.

Alhamdulillah, rezeki saya daripada Panduan Lengkap Rahsia Taufufah masih ada.
Ha’ah … nak berkongsi cerita tentang komisyen ke-14 panduan lengkap rahsia taufufah rupanya ! Intro bukan main lagi , ala-ala Ustaz Kazim Elias gitu… hhehe.
 photo 3fca442a-35de-4fb0-87da-1d79d19f8ba0_zpsttp3sxxx.png
Ya, sejujurnya inilah bahan paling mudah untuk disajikan buat masa ini sebagai entri terbaru di blog ini. Ceritera yang tidak memerlukan banyak fakta dan kajian, atau homework dulu sebelum mula menulis. Just berdasarkan pengalaman harian.

Sebenarnya, kekangan demi kekangan datang menyebabkan blog ini jarang dikemaskini. Bukan tidak ada idea untuk menulis, malah terdapat beberapa entri siap bertaip, hanya menunggu untuk disunting yang akhirnya menjadi ‘lemau ‘ dan ‘basi’ akibat terlalu lama terperap di ruangan draft.

Ya, kerja-kerja blogging memerlukan ketekunan dan kebijaksanaan membahagikan masa , agar tugas hakiki lain tidak terjejas. Jika tidak, jadilah seperti blog ini. Angka-angka di alexa terus merosot tanpa kompromi dan belas kasihan. Berkeluh-kesah pun tidak mampu untuk menaikkannya kembali. Melainkan muhasabah diri, kembali giat menulis entri-entri yang bermanfaat ( bukan entri seperti ini pastinya ) serta mampu menjadi sumber penyelesaian bagi setiap masalah yang dikemukakan oleh para pembaca di luar sana .

Seperkara yang kelihatannya remeh tapi perlu dipraktikkan semula adalah blog walking bagi memastikan blog berada dalam lingkungan blog-blog pilihan pembaca.

Blog walking satu masa dahulu menjadi agenda wajib saya setiap hari. Hasilnya blog ini pernah berada dalam lingkungan angka yang cukup membanggakan . Kini blog walking amat sukar untuk dilakukan walau sekejap. Akibatnya , jadilah seperti angka yang tercatat di bawah. Ohhhh, tidakkkkk !

Saya harus bertindak. Melawan kekangan masa dan sikap malas. Moga komisyen ke-14 panduan lengkap rahsia taufufah ini menjadi pemangkin untuk menaikkan kembali ranking blog ini. Juga dapat menjadi ‘ alat seru ‘ untuk komisyen-komisyen affiliates seterusnya.
Heheheh … 😀

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

5 Comments on "Komisyen Ke-14 Panduan Lengkap Rahsia Taufufah"

  1. alhamdulillah
    rezeki gst ni 😀

  2. tahniah kak, dah lama tak dpt komisen affiliate mcm ni, sedapnya taufufah 😉

  3. Seronoknya dapat komisyen macam ni… 😉

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me