Tudung kanak-kanak
Komisen Affiliate Paling Tinggi – Kongsi Macam2 Cerita

Komisen Affiliate Paling Tinggi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Komisen affiliate paling tinggi pernah saya terima untuk satu sale sepanjang berblog dan bergiat sebagai affiliate marketer ialah RM 67.50. Komisen affiliate daripada Ashadee. Com yang diterima pada 24 Disember 2014 ini adalah hasil jualan e-book Robot FaceBook – Hamba Pemasaran Anda! Satu-satunya komisen yang di peroleh tanpa sebarang penulisan entri mengenainya di blog ini.

Bayangkan jika saya ada menulis 5 entri kupasan atau review bagi e-book tersebut .. mungkin lebih banyak sale yang boleh dihasilkan. Mungkinlah agak-agaknya… who knows kan ?! 🙂

Mengapa 5 entri ?

5 entri atau 5 kali kupasan berkaitan sesuatu produk ditulis dalam pendekatan yang berbeza, secara logiknya boleh memberikan lebih pencerahan kepada golongan yang memerlukan maklumat tersebut. 5 kali penulisan tentang sesuatu produk mungkin dapat menjawab banyak persoalan atau kemusykilan yang bermain di fikiran pembaca.

Hal ini dengan sendirinya dapat meyakinkan pembeli untuk membeli dari link kita berbanding dengan blog lain yang mungkin memberikan info kurang lengkap tentang produk yang sama.


Teknik begini banyak diperkatakan oleh otai IM yang sudah lama sukses dalam pemasaran affiliate. Selain itu,amalkan menulis dari hati seperti yang disentuh secara tidak langsung dalam Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

Masa depan pemasaran affiliate e-book

Saya percaya masa depan pemasaran affiliate e-book adalah sangat cerah. Seperti juga makanan, pelayar internet melayari internet untuk apa jika tidak mencari maklumat ?

Pada zaman serba pantas dan canggih begini, maklumat boleh diakses sekelip mata hanya dengan sentuhan hujung jari. Pembaca akan terus melakukan penerokaan demi penerokaan selagi maklumat yang mereka kehendaki tidak ditemui. Bermakna penulisan maklumat atau review melalui aktiviti blogging akan menjadi satu bidang kerjaya yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan kepada sesiapa saja yang bersedia untuk belajar melakukannya.

Sharing ikhlas untuk mereka yang ada impian untuk ‘bekerja’ dalam bidang ini tak kiralah secara full time atau part time , senarai 5 panduan ini mungkin dapat membantu anda untuk meraih komisen jualan affiliate  termasuk komisen affiliate paling tinggi seperti yang saya pernah peroleh.

Ada kalanya untuk berjaya, perlu keluarkan sedikit modal. Mak Jemah yang berniaga nasi lemak hujung taman perumahan kita tu pun pun tak bermula dengan percuma , betul tak … ?? 😀

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

6 Comments on "Komisen Affiliate Paling Tinggi"

  1. bestnya dapat income sampingan

  2. alhamdulillah
    rezeki allah untuk mereka yang rajin berusaha

  3. Lama ashadee ni dah tak wujud lagi kan?

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me