Koleksi Terkini Kurung Najwa Sweet Muslimah

By | December 14, 2015

Salam sejahtera semua

Hujung-hujung tahun nak masuk tahun baru 2016 ni, jom kita lihat koleksi terkini Kurung Najwa Sweet Muslimah untuk penampilan baru yang lebih ceria dan bersemangat ……. Gitewwww 😀

Senarai penuh  koleksi terkini Kurung Najwa Sweet Muslimah yang sangat-sangat sweet, menarik perhatian dan pasti saja anggun menutup aurat wanita untuk anda pilih satu kini boleh anda lihat di sini ye.

Kurung Najwa dengan 26 pilihan warna-warna ceria dan menyegarkan adalah koleksi terkini Sweet Muslimah yang ditawarkan untuk peragaan wanita Muslim tanpa melanggar batas syariat berkaitan hal-hal berpakaian mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam agama Islam khasnya..

Secara peribadinya koleksi terkini Kurung Najwa Sweet Muslimah pada pandangan mata saya sungguh cantik untuk dipakai bukan saja untuk bersiar-siar malah sangat sesuai juga dipakai untuk ke pejabat.

Ini kerana penggunaan kain jenis premium grade lycra yang sejuk dipakai ini dengan potongan ‘loose cut’ yang tidak ketara memperlihatkan bentuk badan seperti sesetengah busana Muslimah lain ,sangat bertepatan dengan matlamat Sweet Muslimah itu sendiri iaitu untuk menyediakan baju muslimah yg berkualiti dan terbaik utk muslimah-muslimah di Malaysia.

Hati berbunga-bunga dan sudah sangat tertawan dengan Kurung Najwa Sweet Muslimah yang berwarna hijau di bawah. Hijau kan warna feveret saya kalau korang nak tahu.. 😀 Memang tak boleh lepaskan dah ni.

Ok, di sini saya kongsikan hanya beberapa helai Kurung Najwa Sweet Muslimah untuk contoh dan tatapan anda. Untuk melihat koleksi penuh 26 warna yang pasti ada satu cantik dan sesuai dengan anda, anda boleh terus ke laman rasmi Sweet Muslimah atau boleh jer klik banner di bawah ni yer.

 

Paling menarik terdapat potongan harga sehingga penjimatan RM30. Uishh kalau kat butik pun rasanya tak dapat potongan sehingga sebanyak ni. Siapa yang nak bagi kan…

Selain daripada tu Sweet Muslimah juga kini sedang mengadakan clearance sales dengan potongan sehingga 50 % untuk beberapa jenama. Jadi jangan lepaskan peluang yang hanya datang sekali sekala ni . Dan anda perlu cepat sebab clearance sales ni stock nya terhad . Lagi pun bukan semua jenama di bawah himpunan Sweet Muslimah ni boleh anda jumpa di pasaran semasa ye… Dok bertangguh nanti melopong lah jawabnya. Haa, tak dapat den nak nolong yer …

Sedikit tips yang mampu saya berikan berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang kerap membeli baju di Sweet Muslimah ni ialah jika anda berminat nak membeli blouse, jubah atau sebarang apparel kat SW ni, jika anda bimbang saiznya lari, pilihlah size yang besar sedikit daripada size yang biasa anda pakai. Contohnya jika anda biasa memakai size M, eloklah beli mengikut size L. Dan jika tak muat juga, jangan gundah gundah. Anda boleh pulangkan semula dan minta buat penukaran size dalam tempoh yang ditetapkan oleh SW . Apa-apa pun, jika masih ragu-ragu anda boleh bertanya pada mereka sendiri untuk lebih pasti.

Berikut pula adalah sepatah kata pelanggan-pelanggan setia Sweet Muslimah (testimonial pelanggan SW ) sebagai bukti produk yang dijual  berkualiti dan perkhidmatan jualan online yang mesra

Mami Alya Arifah · Tawau –
Tidak tahu mau komen apa tapi yang pastinya semua produk yang terdapat dalam SM “Very Sweet as SM Named..” Puas hati ooooo, tanya and bincang jak dari segi size hingga tukar size semuanya boleh bawa berunding dengan owner…so sweetkan…

Nurulazunia Yusof · Works at Kementerian Pendidikan Malaysia 
As salam kaka yusni…saye dah ade koleksi SM 9 pasang  Baju Muslimah Online termasuk jubah….saye membeli produk ini sejak 2 thn lepas…dari saye duduk di terengganu hinggelah berpindah ke putrajaya…saye sgt2 sukekn jenis kain dan design pakaian SM….kualiti terbaik..layanan mesre pelanggan dan mudah berurusan…bju pn cpat smpi…Insyallah…saya akan shoping lagi di lain waktu…

Ok koleksi terkini Kurung Najwa Sweet Muslimah  bila-bila saja boleh out of stock. Dan selalunya busana di SW ni terlajak laris dan cepat habis …so, bagi yang dah tersuka tanpa sengaja 😀 kenalah cepat-cepat grab ya sebelum terlambat.

Happy viewing and happy shopping .

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “Koleksi Terkini Kurung Najwa Sweet Muslimah

  1. ajumohit

    memang sweet dan cantik semuanya kak, sekarang memang duk cari yang tak layah iron senang sarung je terus. Bolehla beli untuk ke pejabat nanti

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me