KERJA SAMBILAN TERKINI PALING MENDAPAT SAMBUTAN

Salam Ahad,

Kerja sambilan terkini paling mendapat sambutan sejak kebelakangan ini adalah kerja yang ditawarkan oleh pihak JDR ( Job di Rumah ).

Saya tertarik untuk  menyibuk 😛 buat review sedikit tentang JDR ni kerana ia kini menjadi seperti satu fenomena dalam kalangan pencari kerja @ penganggur dan juga para blogger sendiri. Kalau anda rajin surfing , review tentang JDR ni adalah antara yang paling kerap anda temui dalam mana-mana blog.

Ok, agaknya mengapa JDR menjadi pilihan ramai pencari kerja ? Berdasarkan apa yang saya fahami dan ketahui, JDR membuka banyak peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mencari kerja yang boleh diselesaikan anytime, dari mana-mana sahaja sesuai dengan minat, pengetahuan dan kebolehan masing-masing. Tidak seperti kerja-kerja lain, apabila anda berkhidmat dengan JDR, anda boleh melakukan semua kerja yang bersesuaian  hanya dengan menyiapkannya di rumah. Nah, itu sebabnya  mengapa JDR sangat popular !

Antara kerja sambilan dari rumah yang boleh anda mohon dari JDR ialah sebagai kerani data, menulis laporan, artikel ,  free lancer, pereka grafik, penterjemah, pembangun laman web dan pelbagai lagi. Sekadar menyebut beberapa contoh.

Prosedur Permohonan Kerja Dengan JDR

  • Untuk bekerja dengan JDR, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mendaftar. Pendaftaran boleh dilakukan di sini secara online. Untuk proses  mendaftar, tiada sebarang bayaran dikenakan.
  • Sebaik sahaja mendaftar, anda akan menerima email lanjut dari JDR. Segala butiran keperluan untuk bekerja dengan mereka akan dinyatakan di dalam email tersebut.
  • Langkah ke-3, anda perlu membuat bayaran sebanyak RM50 kepada pihak JDR untuk kos pengurusan dan penyediaan latihan bagi membantu anda memilih dan mendapatkan mana-mana kerja sesuai yang tersedia di pihak  mereka. Sama seperti ketika anda memohon pekerjaan di mana-mana agensi , sedikit bayaran @ pelaburan pastinya tidak dapat dielakkan. Contohnya, kos pengangkutan untuk ke tempat temuduga, set pakaian yang sesuai, penyediaan resume, bahan rujukan dan macam2 lagi. Pasti saja jumlahnya melebihi dari RM50 kan. So, bayaran RM 50 untuk mendapatkan peluang kerja dengan JDR bagi saya sesuatu yang sangat relevan.
  • Selepas membuat bayaran, anda akan menerima email susulan untuk tindakan selanjutnya.

Cara Kerja Dengan JDR

Setiap pagi, lebih kurang dalam jam 8 pagi, anda akan menerima email update dari JDR dengan senarai kerja kosong yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan kebolehan anda.

Syarat-syarat Asas Permohonan

  1. Berusia 18 tahun ke atas
  2. Tahu menggunakan komputer & internet
  3. Mempunyai pengetahuan tentang Microsoft Office ( Words & Excel)
  4. Berkebolehan membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris
  5. Mempunyai sambungan talian internet
  6. Sabar dan komited untuk menjalankan tugas ** sangat penting

JDR Sesuai Untuk :

  1. lepasan sekolah atau universiti
  2. suri rumah, penganggur
  3. mereka yang berniat untuk mencari pendapatan tambahan atau sesiapa saja tanpa mengira jantina yang perlukan pekerjaan.

Ok lah, dah jadi panjang lebar sangat dah ni. Bimbang ada yang pening  muntah dan cirit- birit pula nanti.

Apa-apa hal pun, sila layari JDR sendiri jika masih kurang yakin dengan penerangan di atas. Nak cakap lebih2 pun nanti anda kata saya auta je lebih.

Ok, selamat mencuba semoga berjaya.

 

 

Related Posts

10 thoughts on “KERJA SAMBILAN TERKINI PALING MENDAPAT SAMBUTAN

  1. Terima kasih. Ramai yang asyik update berkenaan JDR ni di kalangan blogger. Tak pernah pulak teringin nak buka dan ketahui sendiri tentangnya. Tapi maklumat ini dah cukup untuk faham.

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *