KERJA SAMBILAN DENGAN JDR

By | June 4, 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ribuan syukur ke hadratNya atas rezeki yang masih dilimpahkan melalui blog ini.

Semalam saya berjaya menghasilkan satu lagi jualan Panduan Taufufah, manakala 2 minggu lepas pula Panduan Putu. Nampaknya masih ‘berjodoh panjang’ dengan 2 produk panduan masakan  buah tangan Chef Hairul ni.

Saya percaya 2 produk ini adalah produk terbaik dan berkualiti yang terus menjadi pilihan orang ramai. So, untuk yang baru cuba-cuba belajar menjadi affiliates apakata anda cuba promosikan produk ini.

Walaupun nilai RM yang berjaya dijana amat kecil saja dan tak sesuai kot untuk intipan LHDN ( patutnya pantaulah jerung-jerung besar lagi ganas di luar sana berbanding kami si ikan bilis ni  😐  ), namun saya berpuas hati dan bersyukur kerana usaha berblogging terus menampakkan hasil. Biar pun pasif, sekurang-kurang ada hasilnya.

Namun untuk pengetahuan kalian yang mungkin di hati kecil tu ada niat untuk buat duit dengan blog, usaha ini bukan sekadar sehari dua. Ia memakan masa, menuntut banyak pengorbanan dan kesungguhan.

Alhamdulillah setelah bertahun berblogging, nampaknya kerja-kerja affiliate sebegini semakin serasi dengan saya. Tidak seperti orang lain, saya melakukan kerja promosi 100 % di blog sahaja, tanpa melibatkan media sosial lain yang popular seperti Facebook dan Twitter. Sebabnya saya kesuntukan masa dan banyak komitmen lain.

Agaknya jika aktif mempromosi di FB dan Twitter, mungkin boleh dapat lebih lagi .. agaknya lah kot heheheh. Dak pun, boleh jadi super affiliates ..kui,kui,kui emm ia laa sangat tu kan.

Dahulu saya tidak kenal, tidak tahu dan tidak faham pun apa itu affiliate .. Tapi saya mula ambil tahu, saya belajar, saya baca blog-blog para affiliates dan saya beli buku berkenaan affiliate. Kemudian saya beranikan diri, saya cuba dan saya dapat hasilnya.

Untuk anda yang berminat, ebook panduan menjadi affiliates juga terdapat di pasaran untuk membantu anda mendalami ilmu ini. Kata orang, adakalanya kita perlu keluarkan sedikit modal untuk mendapatkan sesuatu. Iya lah, dalam dunia ni bukan semuanya percuma ! Kan, kan …

Satu lagi pilihan terbaik untuk menjana pendapatan secara online yang boleh dijadikan pilihan mengikut pandangan saya  ialah kerja sambilan dengan JDR. Saya katakan ianya terbaik kerana sudah ramai blogger popular membuat review berkenaannya dan menjana hasil yang lumayan daripadanya.

Jika anda pembaca majalah Mastika, anda boleh perhatikan iklan Job Di Rumah  ini juga turut tersiar dalam majalah ini. Betapa ia memang popular dan menjadi pilihan bagi mereka yang berminat dengan kerja-kerja part time online.

Saya akui ada menerima email pertanyaan berkaitan kerja sambilan dengan JDR ni, tapi bukan semuanya sempat saya balas sebab saya bukan 24 jam online. Namun untuk tidak menghampakan adik-adik dan sahabat yang bertanya, saya suka mengesyorkan agar kalian baca dulu entri ini kerana segala maklumat berkaitan kerja sambilan dengan  JDR rasanya  sudah saya nyatakan dalam entri tersebut, insyaallah.

Oh ya, boleh klik sini untuk terus ke laman JDR ye .. sama ada nak survey-survey dulu ataupun nak daftar terus.

Ok lah, sekian saja dulu. Diharapkan sedikit info di sini dapat memberi manfaat untuk anda. Yang sebenarnya saya ketandusan idea nak tulis tentang apa, jadi itu le sebabnya mengapa saya bercerita tentang income yang baru dapat dari kerja-kerja affiliates. Mohon maaf jika kalian berasa kurang senang dengan entri ini. Saya tidak ada niat hendak menunjuk-nunjuk atau berasa riak sekalipun.

p/s : Sebenarnya entri ini saya tuliskan semalam selepas siap berkemas-kemas untuk balik ke rumah mertua di Terengganu. Alhamdulillah jam 7:25 petang tadi kami selamat tiba di sini. Rasa sangat gembira kerana dapat bertemu ipar duai dan bertambah-tambah gembira lagi apabila baru je  terima email mengatakan saya terima komisyen putu bambu lagi hari ini. Syukur ke hadrat-Mu Ya Allah atas rezeki anak-anak ni 🙂

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

8 thoughts on “KERJA SAMBILAN DENGAN JDR

  1. Hairul Hissam

    Tahniah dapat komisen dan terima kasih kerana sudi promosikan…
    psst: kak sishaza, ashadee ada buat penukaran link affiliate…
    so kak kena tukar link affiliate kpd yg baru dari ashadee.com

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Tqvm beri akak peluang ..memang tengah update sikit2 ni..hmm makan masa juga ni

      Reply
      1. cik tom

        sama la akak..ciktom pun ada tukar2 dah sikit2…tapi tak byk lagi update vendor kat ashadee…

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me