Tudung kanak-kanak
KEMERIAHAN BERGANDA BULAN MEI – Kongsi Macam2 Cerita

KEMERIAHAN BERGANDA BULAN MEI

Salam petang Sabtu

Tengok tajuk pun dah boleh agak. Ini tentu nak tulis tentang hari mengundi lagi. Lagi-lagi mengundi, lagi-lagi pilihan raya. Eh dah macam  tak ada tajuk lain ye kau Cik Kiah nak pilih buat entri… Ke dah bertukar jadi blog politik pula ni ?

Heheh …. tak ada tukar-tukarnye pun. Ini masih blog caca merba lagi . Tulis cerita pasal pilihan raya tu sebab trending sekarang begitu. Kena laa ikut isu semasa jugak kan. Itu kan keyword yang tengah meletop. Haa, jangan marah sekarang aii bab  main SEO dah pandai tau….  😀

Ok, kemeriahan berganda bulan Mei bukan semata-mata merujuk kepada isu PRU 13, walaupun semua orang memang maklum bahawa itulah yang bakal ditempuhi oleh segenap masyarakat Malaysia berusia 21 tahun ke atas menjelang 5 Mei nanti.

Undi kita adalah rahsia dan ia hak individu untuk memilih calon manakah yang dirasakan layak untuk memimpin. Pasal SMS yang macam2 tu, pedulikan saja. Nak bertetak berparang pun, bukan cara orang celik akal. Tidak lain dan tidak bukan hanya melambangkan kebodohan saja.

Cuma rasa sedikit kesal juga kerana ada juga pihak2 yang suka berbuat di luar batas. Bom sana, bom sini apa hal pun tak taulah …. Bakar kereta dan sebagainya. Tak nampakkah bagaimana jadinya pada negara jiran di sebelah yang huru-hara akibat sengketa politik. Suka sangat ke kalau Malaysia pun jadi macam tu dan kita pun tak selamat nak keluar bekerja mencari rezeki?

Ohhh, semangat patriotik ku sudah menyala. Sebelum meruap, baik balik kepada tajuk. Nanti BE yang baru je diberi oleh Encik Nuffnang yang ohsem lagi ensem tu tak pasal2 kena tarik balik.

Ye, Rabu lepas hanya selepas 2 hari hantar email kepada pihak Nuffnang bertanyakan tentang ciri blog yang layak untuk dapat Buffered Earning, blog ni dah berjaya dapat BE buat pertama kalinya. Walaupun 1 je sedang running, alhamdulillah 🙂 Daripada cempedak, biarlah nangka, daripada tidak baiklah ada. Tq ye Mr Nuff kerana bermurah hati. Cerita tentang ini, insyaallah akan menyusul.

Ok, kemeriahan berganda bulan Mei kerana pada 1 Mei nanti kita semua ni yang bergelar pekerja akan bercuti sehari kerana menyambut cuti umum Hari Pekerja. Yes, bolehlah ajak Mr Hubby bawa anak2 ke kedai buku POPULAR lagi sambil window2 shopping dan makan2.

5 Mei pula kita akan keluar mengundi. Cuma dengar2 cerita PRU kali ni, cuti rehat khas cikgu2 dibekukan… Kalau betullah, susahlah cikgu2 dari luar nak balik mengundi. Eh,eh..bagaimana tu ye ?

13 Mei pula tarikh istimewa yang ditunggu-tunggu oleh para ibu, sebab sambutan Hari Ibu jatuh pada tarikh ini. Buatlah sesuatu yang boleh menggembirakan hati wanita unggul yang telah melahirkan kita. Hadiah bukanlah penting  mana sangat pun, memadai dengan ingatan dan kasih sayang. Tapi bagi yang berhasrat nak memberikan kelainan kepada ibu masing-masing, masih sempat lagi untuk sertai peraduan ni.

Bukan terhad untuk ibu kandung saja, malah ibu tiri atau ibu angkat pun dibenarkan. Cuma ibu roti je yang tak layak…hihik. Tak semua ibu tiri tu jahat macam dalam cerita ” Bawang Putih Bawang Merah tu “.

Pada 16 Mei pula, Hari Guru akan menjengah. Hari untuk mengenang jasa guru. Jika mengikut sejarahnya, 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru bukanlah secara kebetulan. Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada tarikh sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan  Jawatan Kuasa Pelajaran ( Report of the  Education Committee ) sebagai dasar pelajaran bagi negara Malaysia.

Dokumen yang dikenali sebagai Laporan ( Razak Report ) inilah yang digunapakai semenjak itu  sebagai Dasar Pelajaran Kebangsaan .

Tujuan meraikan Hari Guru ni bukanlah semata-mata untuk mengenang jasa guru tetapi objektifnya adalah lebih daripada itu.  Hayati 6 lagi objektif sambutan Hari Guru di sini.

Haa, sambut boleh sambut tapi kena tau lah jugak sejarahnya kan.

Ok, see.. apa yang saya maksudkan dengan kemeriahan berganda bulan Mei. Bukan cerita kosong semata-mata. Menulis entri selain bersifat imformatif , harus wibawa ( cehh, macam la engkau tu berwibawa sangat Cik Kiah..) , juga ada nilai positif untuk diterapkan.  Tak lah nanti dilabel percuma sebagai  blogger syok sendiri. Setuju ?

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

4 Comments on "KEMERIAHAN BERGANDA BULAN MEI"

  1. banyak pula cuti dan sambutan untuk bulan mei ni
    tambah meriah dengan adanya pru13
    hehe

  2. 1 Mei nanti dah ada perancangan bawa anak jalan2.. 🙂

  3. salam.
    jap sy kurang faham pasal akaun niff tu kenapa sis? apa di tarik balik? pasal apa pihak nuff tarik balik depa tarik status geli2 ker apa? skrg dah ok ker..

    • maybe sedikit slh faham ni Suri..blm lg ditarik balik. Just beringat-ingat..ada sumber mengatakan yg Nuff ni kurang mesra dgn blog berbaur politik.Itupun jika contentnye ketara sgt pro/kontra dgn sesuatu pihak. Better ask nuff to confirm 😀

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me