Tudung kanak-kanak
JOM SERTAI BENGKEL MUDAHNYA BISNES YANG BERSISTEM – Kongsi Macam2 Cerita

JOM SERTAI BENGKEL MUDAHNYA BISNES YANG BERSISTEM

 

Dengan Nama Alah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Perniagaan adalah cabang utama rezeki. 9 daripada 10 rezeki, datangnya dari perniagaan.

Perniagaan atau kini lebih popular dengan sebutan ‘bisnes’ , mutakhir ini menjadi kerjaya pilihan yang popular. Perniagaan bagi kebanyakan orang membawa makna wang dan kekayaan. Hanya segelintir yang melihat perniagaan atau bisnes sebagai peluang untuk membina kemakmuran dan kesejahteraan hidup bukan saja untuk diri sendiri malah juga kepada orang lain di persekitaran mereka.

Tidak kira apa jua persepsi dan harapan yang digarap daripada perniagaan, cabang bisnes zaman moden kini berkembang pesat selaras dengan kemajuan teknologi. Perniagaan offline dan online berjalan seiring. Tidak kira sama ada peniaga jalanan ( bisnes pasar malam contohnya ) atau perniagaan berstatus korporat, kedua-duanya mampu melahirkan usahawan berjaya.

Walau bagaimanapun, untuk menjadi usahawan atau ahli perniagaan berjaya, ia bukanlah satu langkah mudah. Seperti mana kata Chef Li @ Dr Rusly bin Abdullah, penulis buku “ Menjejaki Jutawan Senyap “ serta pengasas Institut Kulinari Anjung Utara ( ITKAU )yang  dulunya lebih dikenali sebagai Chef Li Training Centre …

Jika kita tidak berfikir secara usahawan, tidak menjalani hidup sebagai usahawan, tidur baring tidak sebagai usahawan dan berkawan tidak pula dengan kalangan usahawan, maka jiwa keusahawanan tidak akan tumbuh dalam jiwa kita. Hanya usahawan sahaja yang dapat memahami tindak-tanduk usahawan lain. Hanya usahawan yang boleh memahami pola pemikiran usahawan lain.

Banyak kekangan atau punca mengapa ramai peniaga tidak mampu bertahan dan gagal menjadi usahawan yang berjaya.  Salah satu yang menarik perhatian saya dan mungkin perlu diberi perhatian oleh anda juga ialah kegagalan peniaga membina networking ( rangkaian ).

Anda bergerak dan bertindak sendirian, tiada rangkaian untuk belajar dan bertukar idea, tiada panduan untuk bisnes yang bersistem, maka adakah ini petunjuk serta langkah yang baik untuk berjaya dalam perniagaan ?

Berita baik bagi anda yang ingin belajar berbisnes dengan cara yang bersistem, MentorNiaga.Com bakal menganjurkan satu seminar / bengkel  khas untuk membantu para usahawan online dan offline bagi  mempertingkatkan lagi perniagaan anda.

Kepada semua usahawan, kecil atau besar, yang ada blogshop atau buat dropship, yang gunakan FB untuk berniaga atau sesiapa saja yang berminat, jom sertai bengkel khas untuk Bumiputera – ” Mudahnya Bisnes Yang Bersistem ” Anjuran MentorNiaga.Com untuk membantu bisnes anda berkembang lebih pantas !

 photo MBYBII3_zpsb754707a.png

 

Tajuk  Bengkel : ” Mudahnya Bisnes Yang Bersistem “

 Tarikh : 11 Jun 2014 ( Rabu )

Masa : 9:00 pagi – 1:00 tengah hari

Tempat : TH Hotel, Kelana Jaya

Bayaran : RM 50 / peserta  – ** Harga Istimewa Early Bird RM30 sahaja, terhad kepada penyertaan sebelum 31 Mei 2014

Senarai Atur Cara :

8:30 pagi : Pendaftaran Peserta

9: 00 pagi : Ucapan Alu-aluan

9:15 – 10 15 pagi :  How To Build An Autopilot Business

10:15 – 10:45 : Pelancaran Portal MentorNiaga.Com

10:45 – 11:00 : Rehat / Sesi Networking

11:00 – 12:00 : Online Marketing Tools Yang Berkesan

12:00 – 1:00 : Mudahnya Perniagaan Dengan ICT

1:00 – 2:00 : Jamuan, Sesi Networking & Bersurai

Daftar Segera Di sini

@

Untuk info lanjut, seperti cara daftar,  senarai speaker yang terlibat atau sebarang kemusykilan lain, anda boleh hubungi :

Cik Aaina Dalila  : 03-61516566

Cik Hidayah : 016-9273430

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

10 Comments on "JOM SERTAI BENGKEL MUDAHNYA BISNES YANG BERSISTEM"

  1. menarik bengkel yang dianjurkan…cuma tak pasti date yang sama ada program atau tak lagi.

  2. peluang baik untuk siapa yang mahu buat bisnes
    ilmu mesti sentiasa dicari
    tapi siapa yang berada jauh, payah juga nak ambil peluang ni

    • Ye, macam kita berdua susah la sikit kan Mr Teh .. tapi tak apalah, berkongsi untuk rakan2 yang dekat. Sekadar memenuhi permintaan kerjasama dari pihak MentorNiaga. Moga ini dapat membantu

  3. Emm jauh la pulak..memang menarik bengkel ni..harga bayaran pun berbaloi-baloi..

  4. Buku Chef Li tu, saya belum sempat baca, dalam senarai akan dibaca.

  5. siapa yang berminat dan ada masa lapang bolehlah pergi sertai program yang berilmiah ini

  6. Sangat bermanfaat untuk sesiapa saja yang hendak menambah ilmu dan wawasan perniagaan.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me