JANGAN LUPA BAWA KUNCI

By | July 24, 2013

Salam,

Pesanan khas jangan lupa bawa kunci .. ini dibawakan khas kepada suami2 a.k.a bapa2 oleh persatuan ibu2 a.k.a isteri2 kategori tak puas hati.

Sesi gebang-gebang ( maaf, bukan versi mengumpat yer.. ) buat hilangkan mengantuk 2,3 hari lepas bersama rakan-rakan sealiran membawa kepada penulisan entri ini. Ia membekas di hati sekaligus mencetuskan naluri ingin tahu mengapa kaum-kaum  bapa tak kira bapa baru atau bapa lama suka sangat berhimpun di kedai kopi terutama pada malam hari.

Al-kisahnya begini.

Selepas selesai solat sunat Tarawih, ramai kaum bapa yang tak betah untuk duduk di rumah. Dengan berpelekat dan berbaju Melayu, masing2 menuju ke gerai capati yang sejak siang tadi sudah sepakat dengan port yang dipersetujui.

Dalam duduk beramai-ramai, setelah kopi o dan capati berkuah kari  daging kambing siap diorder, didapati macam ada yang terkurang. Oh, nampaknya ada seorang lagi yang tak kunjung sampai. Tak cukup korum lah rupanya.

Abjad dan angka pada handphone pun di tekan-tekan.

” Oiii, takut bini ke ? ” begitu bunyi mesej yang cukup ringkas tapi besar sungguh impaknya. Macam bom Hiroshima baru  meletup.

Yang menerima mesej sudah tak senang duduk. Baju ditukar, lalu motor pun dipecut. Sepuluh minit, ‘lelaki takut bini’ sudah terpacak di depan gerai. Ketawa besar rakan sehati sejiwa. Menang !

Hati sang isteri di rumah tentulah panas. Balik dari pejabat, si suami menghadap tv dan suratkhabar. Si isteri berhempas pulas di dapur menyediakan juadah berbuka. Ikan siakap masam manis, tomyam seafood, somtam, keli goreng berlada …. pendek kata lengkap satu meja.

Lepas berbuka, masing-masing mandi dan bersiap sedia untuk solat Maghrib. Disusuli bacaan Al-Quran sementara menunggu untuk ke masjid hujung kampung untuk bertarawih. Tup tup lepas tarawih, tak balik-balik ke rumah. Rupa-rupanya bertadarus di kedai kopi. Siang tadi dah berjumpa dengan kawan2 serupa di pejabat, malam pun nak berjumpa lagi. Tak puas-puas lagi ke ?

Hahaha, sekadar membayangkan situasi. Kebanyakan lelaki berkahwin, sampai satu tahap akan melalui perkara begitu.  Anda termasuk sama ? Lelaki bujang lain ceritalah, belum ada tanggungjawab …

Ok, kebanyakan situasi begini mungkin pernah dilalui oleh para isteri. Ramai yang tak puas hati kerana berasakan tindakan keluar lepak-lepak dengan kawan  hingga lewat malam oleh para suami adalah satu tindakan yang tak wajar. Tanggungjawab menguruskan anak dilepaskan kepada mereka. Belum lagi dikira tentang betapa para isteri terpaksa bersengkang mata semata-mata kerja part time sebagai tukang buka pintu jam 1 pagi. Jam 4.30 pagi nak bangun sediakan hidangan sahur pula. Kiralah sendiri berapa jam sahaja masa yang ada untuk para isteri anda  tidur. Siangnya nak pergi kerja pula. Kasihan bukan ?

Itu yang dilihat dari sudut seorang isteri. Tak adil pula rasanya. Cuba lihat  pula dari sudut seorang suami, mereka tentulah ada sebabnya. Anda mungkin akan terkejut mendengarnya.

Kedua, mereka sangat takut dilabel oleh rakan-rakan sebagai ‘takut bini’.

Ketiga, mereka  keluar lepak malam-malam sekadar untuk hilangkan stress bekerja.

Keempat, bosan duduk di rumah

Eh, sebab utamanya mana ?

Sebab utama, kerana mereka takut dan ngeri dengan puntianak harum sundal malam @ langsuir yang menjerit-jerit dan mengilai-ngilai di rumah tak kira siang atau malam. Macam bila2 masa saja nak menerkam dan  menghisap darah mereka.

He he he … agaknya mereka lupa yang si isteri pun takut juga berlama-lama di rumah. Asal jejak aje ke ruang tamu nak tonton ‘Adam & Hawa ‘ mesti ada kelibat bapa toyol dan jin mata toncit tak berganjak dari kerusi malas depan tv. Kah,kah,kah …..

Maha Suci Allah, yang mengetahui setiap sesuatu  yang nyata lagi yang tersembunyi. Sebenarnya, hidup sebagai suami dan isteri harus saling memberi dan menerima. Cuba memahami antara satu sama lain. Menerima pasangan dengan sifat2 berbeza seadanya. Memberi dan membuka ruang sesama sendiri untuk menyatakan apa yang terbuku di hati secara bijaksana agar kebahagiaan dalam rumah tangga dapat dipertahankan. Pada waktu-waktunya, keegoan juga harus ditolak ke tepi. Cari, pilih dan amalkan yang terbaik ( menurut agama sebaik-baiknya ) agar persefahaman dapat dikekalkan.

Berjuta maaf kepada mana-mana pihak yang terasa. Mohon jangan ada sebarang prasangka ye. Sekadar mengajak kalian semua agar muhasabah diri. Mengambil yang baik sebagai suri teladan, dan jauhi apa yang boleh merosakkan.

Sengaja saya tulis dalam bentuk yang santai ( tapi  sikit2 ada rasa macam provok lah … hihi 🙂  ) dalam usaha mempelbagaikan gaya penulisan di blog ini.

Kalau tak selesai juga masalah kalian, pesan sajalah kepada si suami agar jangan lupa bawa kunci. Sendiri mau ingat, sendiri  bukalah !

p/s: Sehingga entri ini ditulis,alhamdulillah  encik suami belum lagi terjebak. Tapi esok  lusa mungkin lain pula ceritanya. Saya 100% percaya ,manusia sentiasa bersifat baharu dan Allah SWT berkuasa menjadikan hati manusia berbolak-balik.

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

24 thoughts on “JANGAN LUPA BAWA KUNCI

  1. Hairul Azni

    Errr..saya tak suka duduk lepak2 di kedai kopi..duduk di rumah layan laptop je..boleh ke macam tu cikgu? 🙂

    Reply
  2. suri

    sesak kalau lelaki suka lepak padahal umh ada anak dan bini.. tapi depa tak suka sekat asal mereka dpt jalankan tanggungjawab dg baik oklah tapi kalau selalu memang melampau kena cari penawar cepat2 heee

    Reply
  3. Hafizul

    Emm saya ada pengalaman bab macam ni..antara kawan2 saya, saya yang pertama kawin awal..dan sebelum kawin, biasa lah lepak ke kedai..malam siang pagi petang berkepik aje dengan kawan2..tapi lepas kawin, terus kurang aktiviti macam tu..Ada gak yang mulut celupar kata saya takut bini..macam biasa saya akan balas, org baru kawin..baru kenal mcm mana nikmat ada bini..tut2 baru ni ada sorang kawn kawin..saya apa lagi..blas dendam lahh..oiit takut bini ke orang ajak kuar malam tak nak..haha..boleh pulak dia balas, aku baru kenal nikmat ada bini..haha..sekarang baru rasa..lepas terkena batang hidung sendiri, senyum aje lahh..dannn alhamdulillah..sejak dapat anak ni, memang jarang sangt2 keluar minum mlm..untuk tahun ni, sehari di bulan puasa baru ni je..hahaha..seronok layan anak ngn isteri kat rumah..puas2 layan blog..haha..entah la untuk tahun depan, dan tahun depan mcm mana..harap saya still mcm ni..hehe

    Reply
  4. Mohd Shubhi

    Lelaki perlu seimbangkan pergaulan dengan anak isteri, keluarga, kawan-kawan, masyarakat, majikan dan lain-lain. Tak boleh jadi romantik 24 jam dibawah ketiak isteri bantu masak, basuh kain, dukung anak, buaikan anak, bancuh susu anak, tukar lampin anak, tolong potong sayur, tumis sambal dan lain-lain…memang isteri akan bahagia kalu suami sebegitu tapi bila dapur tak berasap, suami pulak kena basuh !

    Biasanya, bila kesusahan atau kesempitan wang, suami akan monta tolong kawan.
    Bila ada masalah nak kena pukul dengan orang, suami akan telefon kawan.
    Bila kereta motor pancit tengah jalan suami akan telefonn kawan
    Bila nak pindah rumah kena angkut barang, suami akan telefon kawan
    Bila marah kat isteri dan nak buat kerja bodoh, kawan suami akan beri nasihat dan pedoman.
    Bila kena buang kerja dan nak cari kerja baru, suami akan telefon kawan.
    Bila suami mati nak kena kafankan, kawan-kawan jugalah akan datang tolong.

    Wah panjang pulak komennya kat sini…sekadar berkongsi pengalaman. TK

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Tak pe… saya suka komen komen yg panjang. SEbenarnya kalau diteliti setiap bait dalam perenggan2 tu, saya bukan pro mana2 pihak pun.. Dan semua pun faham, lelaki dan wanita adalah makhluk sosial yg ada keperluan masing2. Just masing2 perlu tahu apa keutamaan dlm kehidupan berkeluarga. Dan tidak dinafikan bahawa kawan2 penting dalam kehidupan. Cuma perlu kita sedar, sebagai hamba kebergantungan kepada Allah adalah yang sebaik-baiknya. Dialah tempat kita meminta dan mengadu sehabis mahu..Apapun, thanks Mr Shubhi sudi berkongsi 😛

      Reply
      1. Mohd Shubhi

        Ya setuju sangat tu. Pada Allah kita bertawakal, tempat meminta, tempat mengadu…jangan lupa juga berusaha, kerana itu syarat taqwa dan tawakal.

        Reply
  5. TehR

    haha
    siapa yang tak bawa kunci sila tidur dekat beranda
    tikar, bantal dan selimut dah disediakan

    haha

    Reply
  6. ajumohit

    sejak dpt motor besar tu weekend selalu hilang, asalkan dia dpt memenuhi tanggungjawabnya sebagai abah dan suami, dan yg paling penting jangan cari lain, nahas nnti hihi

    Reply
  7. Anuar

    Inilah dia asam garam kehidupan rumah tangga… Walaupun saya seorang suami yang bakal mendapat anak ke 3… Tetapi saya bukanlah orang yang tahu nak melepak dekat kedai kopi… Sebab saya tak suka minum kopi… hehehe

    Reply
  8. Sobri Mansor

    Lelaki memang tak boleh terima kalau dikatakan takut bini. Lelaki yang suka mengusik selalu guna ayat ni semata-mata nak cabar rakan-rakan lain yang dah berkeluarga. Elok dicilikan aje mulut celupar ni. hehehehehe

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Wah seronok ni ada penyokong hihik 😛 . Actually, apa2 pun sebenarnya atas diri sendiri … kalau diri kuat dan tahu apa yg terbaikutk diri sendiri dan keluarga, cakap2 org tak akan mempengaruhi, tak beri kesan ye dak ..

      Reply
  9. kakiblog

    suami perlu juga bersosial bersama kawan-kawan namun tidak bermakna setiap malam.Sebulan sekali atau seminggu sekali kira memadai juga..Si isteri juga harus sedar bahawa menyekat kebebasan bermakna menimbulkan rasa kurang senang dan kurang rasa cinta…kadang-kadang lebih baik takut bini daripada rumahtangga huru hara…

    baca entri terkini saya:Garis Panduan Menerbitkan Entri

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me