Tudung kanak-kanak
Hasil Pertama Dari Klikjer – Kongsi Macam2 Cerita

Hasil Pertama Dari Klikjer

Hasil pertama dari Klikjer.Com selepas hampir setahun menyertai program affiliate ini.

So lamaaaaa… bukan ?

Dahulu, pernah juga terfikir mungkin bukan rezeki saya di sini. Jadi terus terang memang saya agak kurang  fokus untuk menulis  perihal  ebooks di bawah program ini.

Tapi nampaknya, masih ada tempat untuk saya berada dalam kelompok affiliates yang berjaya menjual produk-produk klikjer.

Alhamdulillah, diharapkan ini menjadi permulaan yang bagus dan boleh menjadi dorongan kepada diri sendiri untuk terus bersaing secara sihat dengan para affiliates yang lain. Dan saya turut gembira andai kisah ini memberi inspirasi kepada blogger baru yang lain, untuk terus mencuba tanpa berputus asa …. ( p/s : aicewahhhhh skemanye ayat hiiiii …. Tiba-tiba rasa loyalah Cik Kiah oiii  😀 )

Yes, itulah dia ! Be positive 🙂

Silap besar, jika hari ini kita sign up dengan mana-mana program affiliate, kemudian berharap esok terus mendapat hasilnya. Kalau itulah halnya, maka mungkin tak sampai sebulan kita akan terus angkat bendera putih, give up and quit !

KECUALI …..

Teknik SEO yang digunakan sangat power dan osem,maka  tak ada apa yang mustahil pun kan …

Apa-apa pun, soal rezeki Allah yang tentukan. Tak pernah ada yang mustahil pun rite.

Rahsia Sebenar Kerja Dari Rumah

Hasil pertama dari klikjer, ashadee atau mana-mana program affiliate sekali pun, adakalanya memakan masa. Nama pun passive income kan ..

Yang penting, kesabaran perlu ada. Dan usaha harus berterusan …. Insyaallah lambat laun ada hasilnya.

Ok, sedikit info berkaitan klikjer . Mungkin ada yang berminat , namun masih takut-takut atau  kurang jelas bagaimana nak join dan bagaimana ia berfungsi. So, saya akan cuba terangkan serba sedikit  dengan ringkas yer.

  • Untuk join team ini, anda boleh layari www.klikjer.com
  • Sign up menggunakan alamat email anda sendiri. Nanti anda akan dapat email follow up daripada mereka.
  • Apabila sudah ada account dengan klikjer, anda boleh pilih produk mana mahu dipromosikan. Terdapat lebih kurang 45 tajuk ebooks daripada pelbagai niche untuk dipromosikan.
  • Banyak tools seperti banner, text links dan lain-lainnya disediakan  untuk  anda pilih. Don’t worrry, free je.  Just copy and paste.
  • So far, apa yang saya tahu tiada had tertentu  ( minimum payout ) untuk anda seperti mana sesetengah program affiliate yang lain.
  • Pembayaran komisyen  dilakukan setiap awal bulan ( antara 1- 5 hb ) menggunakan kaedah bank transfer.
  • Buat masa ini, mereka hanya menerima akaun CIMB dan Maybank sahaja  untuk urusan pembayaran komisyen.

Mudah sahaja betul tak ?

Apa tunggu lagi  ?!  Jom cuba ..

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

3 Comments on "Hasil Pertama Dari Klikjer"

  1. Ohhh setahun tunggu sekarang dah dapat hasilnya..terbaik la..semoga masyuk lagi lepas ni..ye?

  2. saya belum cukup setahun
    nampaknya kena tunggu lagi la
    huhu

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me