HARI GURU 2014 GIVEAWAY RM100

By | May 20, 2014

Sebiji harumanis berbungkus kertas akhbar menjadi hadiah paling menyentuh hati tika menyambut Hari Guru tahun ini.

Mungkin tidak ada salahnya untuk saya abadikannya dalam Hari Guru 2014 Giveaway RM100  anjuran Tuan Blogger Hasrul Hassan, sebagai kenangan untuk dikongsi bersama kalian para pembaca budiman.

Sebiji harumanis berbungkus kertas akhbar membuatkan saya terkedu seketika. Perasaan berbaur antara hiba dan bangga. Saat anak kecil ini menghulurkan bungkusannya, mata saya terasa panas namun segera saya cekalkan hati agar jangan sampai ada sesiapapun perasan dengan keadaan diri.

Sebiji harumanis mungkin langsung tidak ada apa-apa maknanya bagi sesiapa, namun bagi saya ia membawa seribu pengertian yang sukar untuk diceritakan.

Ia seakan menggamit kembali memori ketika bertugas di salah sebuah sekolah di Hulu Dungun 10 tahun lalu. Hadiah sebij buah mangga harumanis keluaran negeri kebanggaan mengingatkan saya akan buah betik, manggis,rambutan, dokong dan durian yang seringkali dihulur anak-anak berwajah polos sebagai hadiah paling popular juga hadiah paling mahal dan paling mampu mereka berikan saat menyambut kedatangan 16 Mei setiap tahun.

Tanpa rasa malu, mereka berlumba-lumba sesama sendiri .. antara sesama mereka, siapakah yang akan menjadi orang  pertama  dan paling banyak menghadiahkan cikgu dengan hasil hutan yang juga menjadi punca utama kelangsungan hidup mereka.

Jangan sesekali dibandingkan dengan hadiah daripada anak-anak warga kota yang kalian terima setiap kali sambutan Hari Guru. Nasib dan peluang mereka berbeza. Sisi kehidupan mereka juga berbeza.

Benar, mereka mungkin miskin harta. Namun kekayaan hati budi  mereka mengatasi segala kekurangan yang mereka hadapi. Satu-satunya pengalaman sepanjang bergelar guru yang menyedarkan saya betapa kejayaan mendidik seorang anak murid bukan dapat diukur dengan mahal atau banyaknya hadiah yang diterima. Atau dengan berapa banyaknya  jumlah ‘A’ yang diperoleh setiap kali ujian atau peperiksaan. Sebaliknya sejauh mana mereka membesar menjadi manusia yang kaya dengan akal budi.

Betapa  saat itu, tika saya dan rakan seperguruan yang lain bertungkus lumus mengajar mereka tulis, baca dan kira, tanpa sedar mereka juga telah mengajar kami  banyak perkara !

Hari ini, sambutan Hari Guru dengan hadiah atau tanpa hadiah tidak pernah membuatkan saya dan rakan guru yang lain goyah dengan dengan ’jalan’ yang kami sendiri pilih. Sesungguhnya bagi kami, berbanding hadiah mahal lagi gah rupanya, kejayaan memanusiakan seorang manusia lebih bererti daripada segala-galanya.

Hari ini juga, hasil daripada didikan Cikgu Kamaruddin, Cikgu Ronidah, Ustazah Sofiah, Cikgu Fatimah, Cikgu Ishak, Ustaz Ibrahim, Cikgu Ismail, Cikgu Yeoh,  dan semua bekas guru yang lain … saya berjaya menulis bait-bait ini, menyusun setiap ayat menjadi satu catatan  untuk dibaca dan diadili oleh semua.

Hari ini cikgu, saya berdiri di sini menjadi seorang guru. Meneruskan perjuangan kalian untuk mendidik dan memanusiakan manusia.

Selamat Hari Guru 2014. Terima kasih cikgu  🙂

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

9 thoughts on “HARI GURU 2014 GIVEAWAY RM100

    1. SisHaza Post author

      W’salam. Good luck buat Ieta juga … entri Sis tu rasa macam salah konsep jer tapi dah terlanjur tulis , join juga lah

      Reply
  1. Hafizul

    “sejauh mana mereka membesar menjadi manusia yang kaya dengan akal budi.” Setuju dengan ayat ni…mak saya dulu pun nasihat macam ni gak..

    Reply
  2. amirulfaiz

    Keikhlasan hati, membolehkan kita melihat dengan mata hati. Tersingkap makna keluhuran budi anak murid disebalik hadiah sebiji buah yang manis. 🙂

    Reply
  3. syukur

    Selamat hari guru, semoga bisa menjadi guru yang bijkasana dan selalu mendidika anak murid dengan baik.aamiin

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me