HALA TUJU BISNES MUSLIM

By | July 11, 2013

Salam Ramadhan,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

” Masih terlalu kurang orang Islam (terutama orang Melayu) di Malaysia yang menjalankan perniagaan atau perusahaan seperti Ah Hong. Kalau ada pun, mereka tidak menjalankannya dengan penuh semangat dan kebanggaan, sebaliknya merasa rendah diri dan mencela-cela diri (self-pity).

Kebanyakan kita dari kalangan orang Melayu segan untuk menceburi perniagaan kerana takut dikata orang bila gagal. Ramai yang masih ragu-ragu lagi, ‘nak jual apa’ atau ‘boleh laku ke’ atau ‘mana nak cari modal’, ‘orang macam kita bukan senang nak dapat pinjaman’, ‘nak cagar apa ….ada gigi dengan lidah sahaja!…’

Itulah mentaliti sebahagian besar daripada kita”.

Demikian petikan kata-kata atau ayat yang tertera pada halaman 96-97 buku ” Menjejaki Jutawan Senyap “ buah tangan Dr.Rusly bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li, Mentor Jutawan Senyap yang turut tersenarai sebagai speaker dalam Konvensyen Usahawan Muslim  yang akan diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (JAWI) pada 7 September 2013 ini.

Penyertaan bagi mana-mana individu yang berminat untuk menambah ilmu keusahawanan tak kira sama ada anda adalah seorang usahawan , bakal usahawan atau sekadar orang biasa yang  berhasrat mendalami ilmu serta memahami  konsep serta hala tuju bisnes Muslim dalam menjadikan bisnes sebagai fardu kifayah adalah amat dialu-alukan.

Harga tiket atau yuran penyertaan  Konvensyen Usahawan Muslim : Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah ini adalah seperti yang tertera pada banner di atas. Untuk makluman, bayaran penyertaan  yang disenaraikan adalah termasuk jamuan sepanjang konvensyen itu berlangsung.

Untuk mendaftar, anda bolehlah ke pautan Pendaftaran Konvensyen Usahawan Muslim atau klik sahaja pada banner di atas.

Apa yang lebih menarik tentang konvensyen ini ialah , jika anda seorang penulis blog,  anda juga berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM1250 dengan hanya menulis satu entri khas berkaitan Konvensyen Usahawan Muslim ini. Penyertaan ini  dibuka kepada semua penulis blog bermula dari 8 Julai 2013 – 18 Ogos 2013.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menjadi milik pemenang-pemenang pertandingan.

  1. Tempat Pertama : 1 X Wang Tunai RM500 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim
  2. Tempat Kedua : 1 X Wang Tunai RM300 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim
  3. Tempat Ketiga : 1 X Wang Tunai RM200 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim
  4. Hadiah Saguhati : 5 X Wang Tunai RM50 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim

Untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan dengan lebih lanjut, semua rakan blogger bolehlah mendapatkannya terus di laman rasmi Konvensyen Usahawan Muslim.

Secara peribadinya, bagi saya pertandingan ini adalah merupakan satu peluang baik yang harus direbut oleh setiap blogger. Bukan hanya kerana jumlah ganjaran yang menanti, tetapi ini juga merupakan peluang kepada setiap blogger untuk menonjolkan bakat menulis  serta daya kreatif masing-masing dalam penulisan blog.

Jom bina daya usahawan dalam diri. Selamat berjaya dan bersainglah secara sihat 🙂

 

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

13 thoughts on “HALA TUJU BISNES MUSLIM

    1. SisHaza Post author

      ha’ah Suri.. Suri patut join tau, kan ada buat jahit mcm2 kan rumah tu.Kiranya usahawan gak tu 🙂

      Reply
    1. SisHaza Post author

      macam Aju sesuai sangat la gi join.. kan dah ada butik on9 skrg…langkah ke arah jd usahawan tu.Tentu banyak ilmu keusahawanan akan didedah

      Reply
    1. SisHaza Post author

      Jgn salah fhm.X semestinya begitu…terbuka kpd semua. Mungkin ada yg sekadar nk tambah ilmu

      Reply
  1. Anuar

    Entri yang menarik… Good Luck Bro.. Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest ini… 😉

    Reply
  2. PakarNiaga.com (AMIN)

    @SisHaza,
    Assalamualaikum & selamat berkenalan..
    Semoga berjaya ye…. Dapat tiket free boleh p… ^_^

    Kami pun baru sahaja sertai Cabaran ini…
    Sekadar mencari kenalan blogger baru..
    Selamat berkenalan.

    Jemput terjah pula di artikel kami.

    Ikhlas,

    Amin Johar
    Webmaster
    PAKAR NIAGA

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me