Call: 0123456789 | Email: info@example.com

Hadiah Cabaran Affiliate BookCafe


Alhamdulillah hadiah cabaran affiliate BookCafe dah pun sampai. Hadiah saguhati je pun ๐Ÿ™‚

Walaupun sekadar hadiah sagu hati je,tetap saya terima dengan rasa syukur.Hepi sangat-sangat sebab dapat rezeki menjelang Ramadhan.

Hadiah cabaran affiliate BookCafe ni adalah hadiah yang saya sendiri tak jangka sekali pun. So,tqvm ye kepada Team BookCafe. Terima kasih daun keladi ๐Ÿ˜€

Sebabnya, sepanjang berkongsi cerita tentang promosi buku-buku yang dijual di kedai buku online ini, saya langsung tak menyedari bahawa dalam tempoh itu juga BookCafe sebenarnya ada menganjurkan satu contest untuk para affiliates yang berdaftar dengan mereka. Contest yang diberi nama Cabaran Affiliate BookCafe ini diadakan bersempena Pesta Buku Online yang baru je berlalu baru-baru ni.

So,apabila menerima email daripada Eksekutif Khidmat Pelanggan BookCafe ketika saya berada di Dewan Pulai 1 IPGM kampus Perlis sewaktu menghadiri Forum Pendidikan sempena Hari Guru 2016 Selasa lepas, anggapan pertama yang muncul dalam kotak fikiran saya ini adalah scam email, sama macam yang selalu masuk ke dalam SPAM box gmail.

Apabila baca lagi sampai habis, barulah sedar itu adalah email sebenar daripada pihak BookCafe bagi memaklumkan yang saya tersenarai sebagai pemenang. Ha ha cepat sangat buat rumusan ni.

13263846_1735607500040538_5276471920539670228_n
Alhamdulillah, nama hakak pun ada tersangkut kat sini ๐Ÿ™‚

 

Hadiah cabaran affiliate BookCafe untuk kategori saguhati ni berupa beberapa buah buku menarik bernilai RM100 termasuklah Momen2 Mat Lutfi yang terlajak laris tu , 30 Hari Mencari Tuhan dan bukuย  Suami Gay Isteri Mak Nyah.

hdr

Rasa bertuah juga sebab dapat hadiah ni. Ye lah, kalau nak diharapkan diri sendiri yang beli buku-buku ni sekaligus sampai RM100,mungkin susah sikit kan. Nak-nak lagi kalau hujung bulan. Fikir banyak kali juga hakak ๐Ÿ˜€

So, di kesempatan ni saya nak ucapkan tahniah kepada rakan affiliates lain yang turut tersenarai.

Oh ya, untuk anda yang mungkin belum tahu, BookCafe sekarang sedang mengadakan jualan cuci gudang dengan tawaran harga buku terendah iaitu RM2 sahaja sebuah. Wow, murah sangat-sangat tu kan.

Walaupun, tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum jualan cuci gudang BookCafe ini berakhir pada 29hb Mei ni, anda masih ada banyak peluang untuk merebut tawaran harga buku RM2 sebuah tu ye. Jadi usah berlengah,jom ke jualan cuci gudang BookCafe sekarang juga.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ๐Ÿ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ๐Ÿ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Have any Question or Comment?

5 comments on “Hadiah Cabaran Affiliate BookCafe

wah bertuah dan sangat beruntung kerana dapat hadiah berupa buku..

nilai ilmu tersebut jauh lebih tinggi dari buku yang kita terima..

tahniah sekali lagi..

Reply

wah untungnya. tahniah ya

Reply

Kira okla tu daripada tak dapat pape.. tahniah

Reply

Tahniah sebab menang hadiah ๐Ÿ˜€ siap dapat buku-buku percuma pulak tu. Hmm macam mana entah saya boleh tak perasan ada cabaran ni

Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me

Tudung Si Comel Cantik & Selesa

Tudung kanak-kanak

Bisnes Air Laku Keras

Langkah Demi Langkah Buat Putu

Panduan Tau Fu Fah

Follow Me

Status ApaCerita


PRchecker.info



Kongsi Macam2 Cerita





Pinglers

Blogged.my Kongsi Macam2 Cerita