‘GURU’ BLOGGING PERTAMA SAYA

By | October 14, 2012

Blogging pun kena berguru. Tapi dek kerana jauhnya saya di sini, sedangkan sifu2 blogger terkenal dok jauh nun di sana, sukar untuk hadiri bengkel2 mereka. Apatah lagi pekerjaan saya tidak memperuntukkan cuti sewenang-wenangnya terutama jika ia melibatkan hal2 di luar bidang tugas…

Hehe…. orang kata ‘hendak seribu daya, tak nak seribu dalih…’, insyaAllah, mungkin di kesempatan yang lain, ada peluang untuk berbuat demikian 🙂

Buat Duit Dengan BlogKenalkan, inilah guru pertama aktiviti blogging saya…

Hehe…. Jika blogger lain berguru dengan blogger2 terkenal seperti Irfan Khairi, Shuth,Baloot, Cik Tom dan sebagainya, saya pula berguru dengan buku ini. Ok la tu kan, untuk permulaan sebagai blogger kerdil tak dikenali  di dunia blogging yang sangat luas ni.

Buku kecil dengan halaman setebal 114 muka surat ni, saya beli di kiosk Kedai Buku POPULAR, TESCO Mergong. Masa tu sebenarnya keluar jalan2 cari makan hujung minggu bersama keluarga. Acara tak rasmi yang tak pernah ditinggalkan adalah berkunjung ke kedai buku.

Tak ingat bilakah tarikh tepatnya, tapi kalau tak salah pada September 2009. Itulah saat mulanya saya dalam dunia blogging. Bermula tanpa berguru, seperti yang saya katakan dalam entri terdahulu, cukup sukar dan  memakan masa. Bermula langkah demi langkah, bertatih sendiri sehinggalah saya sampai ke tahap ini.

Tepuk  tangan sikit  ye semua… ( Cehh, macam lah dah jadi blogger terkenal se Malaysia.. hehe ).

Ok, berbalik kepada buku tadi. Dari sini lah saya mula belajar tentang apa itu blog, asas membina blog, reka atur , pemilihan nama domain yang sesuai dan bagaimana menjadikan blog sebagai sumber pendapatan.

Walaupun agak ringkas, buku inilah yang telah mencelikkan saya yang sebelum ini memang buta tentang internet dan blog.

Tak pasti pula sama ada buku ini masih ada di pasaran atau tidak. Namun anda bolehlah cuba mencarinya di BOOK CAFÉ.COM.MY Andai bernasib baik, mungkin masih dijual. Terdapat banyak lagi buku lain yang boleh membantu anda blogging dengan lebih baik di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penulis buku ni, saya tak akan menceritakannya di sini. Anda bolehlah berkunjung ke blognya. Jika anda fikir, Yazid Yahaya ni entah sape2 tah..anda silap. Beliau bukan calang2 blogger!

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 thoughts on “‘GURU’ BLOGGING PERTAMA SAYA

  1. sabree hussin

    saya pun belajar buat blog hasil beli ebook… nak install wordpress manually dulu memang seksa … sebab tak pandai

    Reply
    1. Sis Haza Post author

      blog pertama saya ujanasihat.com …. mmg langsung tak tau camne nak install wp secara manual. Ya tuhan, susah tahap kapal selam hehe…bkn pe, sbb x de pengetahuan rite ?!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me