Tudung kanak-kanak
DIKUNJUNGI SANG HACKER – Kongsi Macam2 Cerita

DIKUNJUNGI SANG HACKER

Salam Ahad,

...Inilah kerja hacker

…Inilah kerja hacker

Semalam, jam 2.35 petang siap terbitkan satu entri bertajuk ‘Buat Duit Dengan Affiliate”. Lega kata telah di kota ūüôā

Selepas Asar, lebih kurang jam 5.45 petang kami sekeluarga ke ANEKA Jitra Mall untuk beli stok barang2 dapur. Huhu, jauh pi beli barang. Macamlah kat Kangar dah tak ada pasar raya ye.. hihi.Sebenarnya memang kebiasaannya begitu, disebabkan pilihan yang agak terhad.

Hampir jam 11 malam, Note 10.1 pun dihidupkan. Niat nak tengok2 bloglah, apalagi kan… blogger laa katakan.Ehemmm, tiba2 rasa macam nak loya muntah pula……

Satu email komen muncul dalam senarai inbox. Belum klik untuk baca, dah rasa tak sedap hati. Lain macam je, siap ada coding2 hape2 ntah…. Dalam hati sudah mengagak,blog ku ini telah dikunjungi sang hacker,¬†hacker sudah menceroboh¬†masuk ni. Tanpa buka email itu, saya delete terus.

Kemudian cuba view blog. Header blog gambar kanak2, wanita & pasangannya muncul di bawah coding2 berjela panjang  dengan aneka huruf lebih kurang beginilah ;

A+.,,.BD>>>*&*++haya-el.net bla bla bla 

Bukan sekadar atas header, footer pun kena. Confirm hackers!! Adoiii laa, mati Cik Kiah macam ni.

Bagi yang sudah pernah terkena, tentu tahu tahap bengang dan risaunya. Saya sudah menggaru kepala, langsung tak tahu apa hendak dibuat. Cuba login ke wordpress admin tak boleh, begitu juga di CPanel.

Akhirnya jam 11 lebih , saya gagahi diri hantar email kepada blogger terkenal, pemilik @ founder¬†komuniti forum¬†WangCyber.Com yang juga merupakan ahli panel SBDDB 2013¬†yang baru saja berlalu iaitu Mr Shuth.¬†Pada fikiran saya, biarlah hantar email dahulu. Mungkin Isnin baru akan dapat balasan serta selesaikan masalah ni. Lagi pun dah malam2 buta, tentu orangnya dah dibuai mimpi. Esoknya pula Ahad….hmmm, hai hati,sabar aje lah.

Selepas 10 minit, dering tanda email masuk berbunyi. Alhamdulillah, balasan dari Mr Shuth! ¬†Akhirnya selepas berbelas kali berbalas-balas email dengan panduan buat begitu kemudian buat begini, akhirnya Kongsi Macam2 Cerita pulih seperti biasa. Cuma sedikit malang kerana entri ‘Buat Duit Dengan Affiliate’ terpaksa ‘dihilangkan’¬† demi memulihkan blog. Tak apalah hilang satu entri jika dibandingkan lenyapnya sebuah blog yang diusahakan dengan penuh lelah¬†sejak 9 bulan lalu.

Ucapan setinggi terima kasih ingin saya dedikasikan khas di sini sebagai tanda penghargaan kepada Mr Shuth kerana sejak dari blog pertama pada penghujung 2009 sehinggalah ke blog ke dua ini, setiap kali ada masalah, saya tak pernah sekali pun gagal untuk mendapatkan bantuan daripada beliau.

Itulah  sebabnya mengapa sejak mula berblogging dari 2009 hingga sekarang, saya setia memilih hosting dari SempoiHosting.Com.

Kredit Ilustrasi : www.clipartof.com

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ūüėÄ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ūüėÄ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

11 Comments on "DIKUNJUNGI SANG HACKER"

  1. Hehe..seronok kan ada pengalaman mcm ni..saya alhamdulillah..belum terkena lagi..hehe

  2. pendatang asing tanpa izin juga ni
    mujur dapat diselesaikan dalam waktu singkat
    alhamdulillah

  3. risau saya kalau terkena macam tu

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me