DIKHUATIRI PALSU

By | July 11, 2013

Salam Ramadhan,

Semalam saya ada menyiarkan satu entri berkaitan ‘Fadhilat Solat Sunat Tarawih’. Walau bagaimanapun entri tersebut telah saya keluarkan rentetan komen dari seorang rakan blogger yang bertanyakan tentang kesahihan hadis berkaitan tajuk tersebut.

Sebaik menyemak semula dan membuat rujukan di beberapa laman yang berkaitan dengan isu itu, saya mengakui bahawa maklumat yang disiarkan berkaitan tajuk di atas adalah dikhuatiri palsu.

Lantaran itu saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog ini dan berharap agar entri itu tidak menyebabkan kekeliruan atau apa saja keadaan yang boleh menyebabkan kita selaku umat Islam, terpedaya dan terpesong dari segi akidah.

Terima kasih kepada rakan blogger yang prihatin kerana menyedarkan saya. Ini merupakan satu pengajaran berguna agar saya lebih berhati-hati dalam memuatnaik sebarang artikel berbentuk keagamaan.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ­čśÇ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ­čśÇ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 thoughts on “DIKHUATIRI PALSU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me