CPUV Nuffnang Bulan September & Oktober

By | October 6, 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Update ringkas malam ini tentang CPUV Nuffnang Bulan September & Oktober.

Motif sharing hari ni langsung tak ada niat nak menunjuk-nunjuk pun. Sekadar mengisi keperluan blog agar ada entri baru yang mungkin ingin anda baca hehe .. perasan la macam ada pembaca setia gituuu 😀

 photo 1f57c339-554e-4d8b-a87d-0e653d6c3f96_zpsml6txchx.png

*** Insyaallah, jumlahnya sudah mencapai tahap minimum payout

Dan sebenarnya untuk cover alexa rank juga. Boleh tengok sendiri kat bawah tu kan. Seminggu lebih tak update blog angkanya bertukar dengan cepat sekali.

Ini adalah antara perkara yang harus dijaga selalu oleh para blogger, terutama blogger biasa-biasa macam saya  kalau mahu blog terus bertahan dan menjadi lubuk rezeki secara pasif mahupun aktif.

Alhamdulillah, Nuffnang masih lagi mahu bermurah hati dengan memberikan 31 lagi iklan CPUV untuk blog yang biasa-biasa saja ni. 31 CPUV Nuffnang bulan September & Oktober , kalau ikut pecahannya adalah begini : 24 CPUV  dari bulan September yang masih on going dan ditambah dengan 7 lagi CPUV untuk bulan Oktober. Jadilah kesemuanya 31 CPUV.

Bagi saya yang berblog secara sambilan ni, iklan daripada Nuffnang bukanlah sekadar hiasan seperti mana yang mungkin ada dinyatakan oleh blogger lain. Sebabnya  iklan Nuffnang di blog saya ini juga sedikit sebanyak menjadi penyumbang atau sumber duit poket selain daripada komisen hasil promosi beberapa produk affiliate yang sememangnya menjadi nadi blog ni.

Setiap blogger mungkin ada pandangan berbeza tentang meletakkan iklan Nuffnang di blog masing-masing. Mungkin bagi yang sudah konsisten dalam menjana income daripada review dan advertorial , Nuffnang sekadar penambah perisa saja.

Apa-apa sekali pun, ia adalah hak masing-masing yang tak perlu dijadikan isu.  Tapi andai kata anda adalah blogger yang baru bermula, masih bertatih  macam saya, tak ada ruginya pun memasang iklan Nuffnang. Bukan kene bayor pun …ye dak.

Untuk mencapai tahap yang lebih baik, memang kena bermula dari bawah. Alhamdulillah, saya sedang menunggu cek dari Nuffnang selepas cashout pada hujung Ogos lepas. Jumlahnya tak banyak, ada laaa dalam 3 angka saja …. boleh laa tu kan daripada tak ada langsung . Err, jangan salah faham itu bukan jumlah terkumpul untuk sebulan ye.. tapi untuk 2 bulan  lebih kurang hihihi 🙂

Nak dapat CPUV macam ni dari Nuffnang ? Jom daftar di Nuffnang  bila-bila masa saja.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

3 thoughts on “CPUV Nuffnang Bulan September & Oktober

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me