Salam hujung minggu

11 hari sudah Ramadhan kita tinggalkan. Bererti 11  hari sudah Syawal kita raikan. Masih lagi beraya sakan atau sudah banyak hari menyambung semula tugas ? Jika sudah bertugas, tapi still rasa  tak puas hati lagi nak beraya … jangan gundah-gundah, insyaAllah tahun depan jika masih dipanjangkan umur, rayalah kome puas-puas ye 😛

Apa cerita sekalipun Syawal ini, jika ada kesempatan saya ingat nak mulakan puasa enam esok. Harap-harap kali ni berjaya tunaikannya. Hishh, malu pula. Orang lain dah selesai, kita baru nak mula. Nak buat macam mana, sewaktu orang sibuk beraya saya pula sebaik je balik dari Terengganu, terus demam selesema dan batuk. Saya kalau dah mula batuk, memang tak lepas daripada kena ke klinik. Dah ke klinik barulah lega batuk tu.

Ok, bukan nak ceritakan tentang raya, batuk atau apa. Sekadar nak berkongsi sikit lagi tentang cerita  soya, cincau dan tempe.

Kisahnya begini, lebih kurang dalam 3 minggu lepas ( masa kita semua tengah berpuasa ) saya ada curi2 snap gambar kat bawah ni.

soya, cincau dan tempe
soya, cincau dan tempe

Masa tuannya ada, saya buat dek aje.. konon jual mahal lah. Apabila tuannya dah berlalu, saya apa lagi cepat2 laa snap gambar air soya, cincau dan tempe ni. Buat apa lagi kalau bukan bahan untuk blogging. Cerita soya, cincau dan tempe … Heheh, kalau dah dasar blogger … 😀

Soya segar dari ladang dapur  ni dijual oleh seorang Ustazah KAFA di sekolah saya. Soya yang masih panas-panas ni dijual pada harga RM 1.50 ni, diusahakan sendiri oleh ustazah tersebut dengan suaminya yang juga menjadi pengedar  kurma  pada bulan puasa. Ini kali ke-2 ustazah tersebut membawa dan menjualnya di sekolah. Kali pertama pada hari ke-2 Ramadhan. Masa tu, saya buat endah tak endah saja sebab saya fikir jam 12.30 tengah hari terlalu awal untuk membelinya. Lagi pun, kalau teringin nanti, saya boleh beli je soya kotak yang berlambak kat kedai tu. Cehh, kes jual mahal lah ni.  Kali ke-2 ustazah tu datang lagi, ramai kawan yang berebut membelinya membuatkannya saya tertanya-tanya best sangat ke air soya yang dijual ustazah tu, sedap sangat ke …

>> Langkah Demi Langkah Buat Air Soya Sendiri <<

Puas bertanya dengan rakan-rakan yang telah lama menjadi pelanggan setia air soya, cincau dan tempe ustazah tu, saya pun membelinya satu. So,petang tu berbuka dengan air soya lah ceritanya. Tidak dinafikan, memang air soya hasil tangan ustazah tu memang sedap dan setanding dengan air soya kotak yang biasa kita beli di kedai. Paling penting  ia fresh, tiada pengawet dan kurang manis. Baru lah tahu mengapa rakan-rakan saya sangat sukakannya.

Risik punya risik ( saya tak begitu mengenali ustazah ni kerana saya baru 2 tahun berkhidmat di sekolah ini dan jarang sekali  bertemu dengannya ) terbongkarlah cerita. Rupa-rupanya perniagaan air soya, cincau dan tempe ni adalah perniagaan atau bisnes warisan yang sudah sekian lama dijalankan oleh kaum keluarga suami ustazah tersebut. Kata kawan-kawan saya lagi, kalau nak mencari rumah ustazah tu senang sahaja sebab rumahnya yang di tepi jalan besar tu siap  ada papan tanda bisnes air soya jenama keluarga mertuanya.

Hmm, kalau dah namanya bisnes warisan, maknanya dah lama benarlah perniagaan tu dijalankan. Dengar cerita pun, perniagaan air soya, cincau dan tempe tu sudah beroperasi sejak mereka belum bermenantukan ustazah tu lagi. Sekarang si ustazah, anak sulungnya sudah berusia 12 tahun. Boleh kira sendiri berapa lama keluarga mertuanya hidup senang-lenang hasil menjual air soya, cincau dan produk seumpamanya.

Dari cerita ustazah tu, saya buat kesimpulan sendiri bahawa berniaga air soya  beroperasi dari rumah sendiri juga boleh mendatangkan pendapatan lumayan dan hidup mewah. Tak perlu tunggu memegang jawatan besar dan berkedudukan tinggi untuk mengecapi semua kesenangan itu.

Agaknya jika tak menjadi seorang  guru, mungkinkah saya kini menjadi peniaga nasi lemak, pisang goreng atau air soya, cincau dan tempe ? Kemungkinan itu ada, sebab saya dapati ada sedikit kecenderungan diri ke arah itu hihik. Kerja tanpa terikat dengan mana-mana pihak, tiada batasan waktu dan paling penting kurang tekanan. Best wooo..

Ok, begitulah alkisah cerita soya,cincau dan tempe .. Oh ya,sebenarnya ada 2 entri lepas berkenaan produk soya yang kalian boleh baca di sini dan di sana .

p/s : kejap lagi kalau Lisa Surihani hidang Marigold Peel Fresh, korang minum la ye.. jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri je 😉

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

12 thoughts on “CERITA SOYA, CINCAU DAN TEMPE”

    1. Ha,ah sepatutnya ada peningkatan mcm yg cikgu katakan tu…tapi tak tahulah saya keadaan sebenar. Maybe juga generasi anak cucu tu kurang menunjukkan minat utk meneruskan legasi tu

    1. Kalau lihat dari sudut biz ustazah tu, rasanya memang laku sebab ada juga orang yang pi beli secara pukal untuk jual. Dari pendapat saya pula, memang laku tak kira musim apa pun kecuali musim hujan..hihi. Sebab soya ada penggemarnya sendiri.. pak cik jual jajan kat luar pagar sekolah, kilang etc pun ada jual air soya

        1. Jika tak silap saya, terlalu bnyk sangat minum bg lelaki boleh mengurangkan kesuburan.. Dulu saya ada jumpa kenyataan ni dalam satu akhbar, tepat ke tak, tak pasti pula. Silapnya saya tak ambil simpan artikel tu buat rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me