CARA PASANG IKLAN LEADERBOARD DI ATAS HEADER BLOG WORDPRESS

Sedikit tip ( huhu kalau boleh dianggap begitulah… ) untuk dikongsi bersama hari ni.

Setelah menukar theme blog untuk kesekian kalinya ( disebabkan ada beberapa part yang saya tak berapa berkenan ), timbul pula masalah sebab theme yang dipilih untuk kali ni tak menyediakan ruang untuk menampilkan iklan Nuffnang pada leaderboard. Ha ha, ini blogger memang banyak problem maa…ter over rajin. Kejap2 tukar, kejap2 tukar….

Puas merisik dengan Encik Google kalau2 ada cara mengatasinya, tak kira lah sama ada dengan penggunaan widget atau plugin tertentu. Banyak tutorial yang ditemui, tapi bila dah surf separuh jalan, rupanya khas untuk pengguna Blogspot je…Emm semput !

Susah betul nak cari tutorial berkaitan masalah ni khas kepada pengguna WordPress. Pada theme terdahulu, semua tu tak menjadi masalah kerana tersedia universal sidebar yang boleh kita drag & drop kat mana2 yang diingini seperti di bawah page navigation dan sebagainya.

Lastly, teringat dulu2 pernah ada terbaca tapi terlupa pula kat mana. Untuk dapatkan space bagi iklan leaderboard, perlu buat sedikit touch up coding pada bahagian editor. Bab coding mencoding ni memang leceh betul laa …. awal2 lagi surrender. Bukannya apapun, memang ai tak reti ok.

Tapi disebabkan beriya-iya hendakkan juga ruang tu, terpaksa beranikan diri tawakal je lah. Alhamdulillah berhasil juga.

Kepada blogger yang mungkin hadapi masalah sama, bolehlah cuba2. Tapi tak dijamin ye sebab lain themes lain bentuk code nye ( betul ? )… Apa2 hal, saya tak bertanggungjawab.

1.) Login ke account wordpress .

2.) Pada sidebar kiri, klik Appearance > Editor

3.) Di Editor, klik Header ( header php) yang terletak di sidebar Template  di sebelah kanan.

4.) Cari < head> ( boleh gunakan Ctrl F dan taip < head> untuk memudahkan carian ).

5.) Copy & paste code iklan leaderboard ( contohnya Nuffnang 728 x 90 ) di bawah < head>.

Contoh :

<head>

<!– nuffnang –>

<script type=”text/javascript”>

        nuffnang_bid = “28e77fd7edbf32eba36c8f4207311cd5”;

        document.write( “<div id=’nuffnang_lb’></div>” );

        (function() {             

                var nn = document.createElement(‘script’); nn.type = ‘text/javascript’;   

                nn.src = ‘http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js’;   

                var s = document.getElementsByTagName(‘script’)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);

        })();

</script>

<!– nuffnang–>

6). Klik save / update.

7.) Preview atau klik visit site untuk tengok hasilnya.

Ok, selamat mencuba. Mudah-mudahan menjadi

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me