BUKAN SUKA-SUKA TUKAR

By | August 22, 2013

Salam hormat,

Kalau ada dalam kalangan pembaca atau rakan blogger yang pernah beberapa kali singgah ke blog ni tentu sekali kalian perasan tentang sesuatu. Perasan tak yang theme blog ni kerap sangat bertukar? Datang minggu lepas, theme Redline. Jengah  4 hari lepas,theme Modern Multipurpose. Semalam tengok macam  theme Twenty Twelve. Tiba-tiba je hari ni Twenty 12 tu bertukar pula jadi Swift Basic … ada la dekat 50 kali dah kot bertukar 😐

Saya sebenarnya bukan suka-suka tukar.. Tukar sebab dah terdesak. Kalau tak kerana ada masalah pada theme blog, tak ada masa laa nak godek sana godek sini buang masa dan bikin sakit kepala saja. Kan lebih baik masa yang ada tu digunakan untuk mengemas, tidur, window shopping ke .. 😉

Banyak perkara yang menyebabkan saya terpaksa menukar theme sedia ada ni kepada theme asal blog ni . Tak perlu kot nak diceritakan di sini apa masalahnya kerana saya pasti selaku site owner ( bagi yang ada blog ), kalian tentunya sudah sedia maklum perkara-perkara yang diperlukan dalam aktiviti blogging serta hal-hal yang perlu diatasi segera bagi memastikan blog masing-masing sentiasa di barisan hadapan untuk tatapan pembaca.

Selain menukar theme atas sebab-sebab yang boleh dijangka oleh rakan blogger, ada perkara lain juga yang bermain di fikiran saya. Agak pelik bagi saya selaku blogger cap ayam ni apabila trafik mencanak naik, sedangkan rasanya tiada ‘ killer post ‘ pun yang diterbitkan dalam beberapa hari ni. Tidak menggembirakan saya walaupun trafik meningkat hampir 150 % kerana pada masa yang sama ranking alexa terus-menerus terjun menjunam.

Tertanya-tanya juga apa puncanya kepada 2 situasi di atas ?

Semakan berkaitan bounce rate blog ni yang dilakukan petang tadi menunjukkan angka 37 % . Satu angka yang agak cantik, tapi seperti tidak ada ertinya pun kerana ranking alexa yang menurun manakala PR nya tidak menunjukkan sebarang perubahan. Kekal statik pada 0 ..

Aduhai …

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

4 thoughts on “BUKAN SUKA-SUKA TUKAR

  1. Mohd Shubhi

    Pening dengan kerja lihat ranking ni, saya dah dua kali blog down terus atas sebab installed plugin yang kononnya untuk kasi cepat download…hasilnya semua down terus…cubaan!

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Kadang2 kita nak kena buat tak nampak je ranking2 tu. Abaikan seketika, teruskan update entri2 berguna .. insyaallah nanti ranking tu kembali ok. Memang sesetengah plugin menjadikan blog lebih berat dan timbulkan problem lain pulak. Minimakan plugin adalah salah satu cara cepatkan loading blog.. tapi tu laa, as a site owner memang kita ni akan teruja untuk buat macam2 utk jadikan blog kita sebagai blog yg super dari segala segi … hihi 🙂

      Reply
  2. ajumohit

    kak saya nak check bounce rate tu tak pandailah, memang nak kene pergi kelas ni, anyway theme baru ni cepat loadingnya kak, ringkas je 😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me