BUKAN SEMUA ORANG SUKA

Salam,

Dunia penulisan blog banyak ragamnya. Sama seperti bidang kerja yang lain. Memilih untuk menulis blog atau dalam bahasa paling mudah, menjadi blogger adalah merupakan pilihan yang dibuat sendiri. Tentunya tak ada paksaan.

Mahu menulis dan menghurai tentang apa terletak di tangan masing-masing. Tapi bukan semua orang suka dengan apa yang kita bicarakan.

2 hari lepas, saya menerima 2 komen dari orang yang sama. Walaupun ditulis sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, saya masih faham mesejnya. 2 baris akhir komennya mengatakan yang saya ini terlalu sibuk cuba mendapatkan perhatian daripada pembaca sedangkan entri yang saya tulis tidak ada isi bermakna selain rungutan demi rungutan sahaja.

Huhuh… saya menulis kerana mahu berkongsi pendapat dan ilmu. Selain itu, alhamdulillah ia juga menyumbang sedikit rezeki buat saya.  Pandangan dan idea saya mungkin tidak sealiran dengan pemikiran orang lain. Saya menulis mengikut cara saya, mentafsir sesuatu juga tentunya dari dasar hati saya sendiri.

Dunia maya ini luas. Kita semua ada pilihan. Jika tidak suka dengan idea serta ilmu yang saya siarkan, boleh sahaja beredar ke laman lain. Senang bukan..

Tidak tahu apa masalah sebenar dengan pembaca yang begini.

Untuk saya, ia tidak menjadi kudis. Blogging insyaallah tetap saya teruskan. Mudah2an Allah beri saya kelapangan untuk menulis dan mudah2an apa yang saya tulis itu walau mungkin tak merubah dunia,moga  sedikit sebanyak mampu mendorong orang lain ke arah kebaikan.

Rakan blogger lain bagaimana ?

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

2 comments

  1. sudah adat dunia
    penulis meluahkan apa yang dirasa/difikirkan
    pembaca pula tidak semestinya setuju dengan apa yang ditulis
    kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me