BLOGLIST SETAHUN DARI CIKLAILI.COM

…Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…

Sejak petang tadi, saya sudah merangka-rangka untuk merakamkan kenangan zaman kanak-kanak melalui salah satu lagi segmen baru yang akan diwujudkan di blog ini. Tapi nampaknya perlu ditunda sekejap bagi memberi laluan kepada entri Bloglist Setahun dari CikLaili.Com.

Peluang besar yang diberikan oleh cikgu blogger yang sangat saya kagumi ni, jarang2 sekali datang. So bila rezeki ada di depan mata, mustahillah untuk  sesiapa sahaja melepaskannya .. rite ?

Blog ini adalah merupakan projek ke-2 saya selepas blog bernichekan kesihatan. Pendaftaran hosting & domain blog melalui Sempoi Hosting dilakukan pada bulan September tahun lepas. Niche kali ini lebih bersifat personal disebabkan saya lebih suka menulis apa sahaja berdasarkan pengalaman & pemerhatian. Rasanya ia lebih menyeronokkan & skopnya lebih meluas.

Seperti CikLaili, saya juga merupakan seorang guru. Blogging merupakan hobi yang bertunas semenjak 2009 sehinggalah sekarang. Bezanya, blog saya tidak terkenal, jauh sekali dari berjaya menjana rm rm rm rm ..seperti blog ciklaili 😀

Sepanjang tempoh 4 bulan ini, saya banyak melakukan blog walking ke blog2 yang terkenal untuk mencari maklumat atau tutorial tentang pembangunan sesebuah blog. Dalam tempoh ‘ bw ‘ ini lah saya terjumpa dengan blog ciklaili. Sejak dari tu, saya menjadi silent reader tetap blog ini.

Banyak panduan blogging yang saya peroleh dari sini. Tips meningkatkan trafik blog seingat saya adalah entri pertama yang membawa kepada perkenalan dengan blog ciklaili dan ternyata ia memang sangat berguna buat blogger baru seperti saya.

p/s: Terima kasih daun keladi kepada ciklaili yang memberi peluang kepada semua blogger untuk mempromosikan blog di halamannya.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me