TULISLAH BLOG DENGAN GAYA TERSENDIRI

Dianggarkan pada hari ini sahaja terdapat lebih kurang 60 juta blog di seluruh dunia.Pada era blog sebagai medium atau alat  menyampaikan maklumat, di mana terdapat pilihan domain percuma dan berbayar , maka peluang setiap orang untuk bergelar blogger adalah sangat besar dan sangat mudah.

Dengan blogspot dan wordpress.com sebagai tapak contohnya, semua orang boleh membina blog dan kemudiannya mengisytiharkan diri sebagai blogger. Namun, tak semua berupaya menjadi blogger dalam ertikata blogger yang sebenar-benarnya.

Blogger tulen, blogger sejati, blogger berkarisma biasanya menulis sesuatu entri dengan pengisian  yang  akan memberi impak kepada orang di sekelilingnya ( pembaca blog ). Dan kredibiliti terhadap tulisannya itu tentu sahaja tidak perlu @ sukar untuk dipertikaikan.

Sebagai blogger yang baru sahaja  2,3 tahun berjinak-jinak dalam dunia blogging, saya selalu ‘blog walking’  untuk membaca, melihat, meneroka apa sahaja catatan yang kebetulan ‘muncul’ di layar komputer. Sering kali selesai blog walking ke sana – sini, akan ada satu persoalan serupa yang muncul berkali-kali dalam minda.

Secara peribadi, saya terperasan bahawa terdapat sesetengah pengendali blog  yang sangat suka meniru cara atau gaya penulisan blogger lain terutamanya yang telah ada nama di persada blogging. Jika pun tidak meniru gaya penulisan blogger tersohor, mereka ini cenderung juga menulis mengikut gaya penulisan penulis yang diminati. Maaf ye, jika saya salah dan ada yang terasa. Ini realiti dunia blogging.

Meniru gaya penulisan bukan tidak boleh , namun untuk membina pengaruh sebagai blogger yang berwibawa, adakah ini cara nya yang sesuai dan sepatutnya ?

Pada pendapat saya, walau apa sekali tajuk yang hendak dikemukakan, tulislah dengan cara yang tersendiri. Biar tak sehebat blogger yang anda kagumi, namun ketulenannya jelas. Kata orang, ori !

Blog yang ditulis dengan cara tersendiri, tiada ikut-ikutan, tak kira bagaimana’ sempoinya’  bahasa, biasanya lebih panjang hayatnya berbanding blog yang dibina kerana mahu ia kelihatan hebat seperti blog si A, si B dan sebagainya.

Blog yang ditulis dengan gaya tersendiri, suatu hari insyaAllah akan memiliki aura dan mampu menarik pengikut dari kumpulan pembaca yang tidak dijangka. Bukankah tujuan kita pada saat mula blogging adalah untuk membina sebuah blog yang berpengaruh dan bermakna ?

Jika benar itu lah tujuannya, maka berhentilah dari terus-terusan meniru. Mulakan dari sekarang. Be yourself dan tulislah blog dengan gaya tersendiri.

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me